Bab 2

7.9K 428 24
                                    

Kaki ditarik menjauh dari lelaki yang tidak dikenalinya. 

"Saya nak tolong je. Tadi awak tertidur kat luar tu. Awak okey ke? Ke nak pergi klinik." Tanya lelaki itu prihatin.

Perempuan itu hanya diam membisu, mata terkebil kebil memandang ke arah dapur. Bau yang lazat menyengat deria bau hidungnya. Hidung dikembang kempiskan. Lidah dijilat ke bibir.

"Err.. awak nak makan? Lapar?" Laju perempuan tu mengangguk.

Lelaki itu tersenyum. Chicken chop yang dah siap terhidang di atas meja diambil, diletakkan di atas meja kopi berdekatan sofa. Sudu dan garfu disua.

 "Awak makan lah." Lelaki itu bersuara.

Perempuan itu menyambar chicken chop di dalam pinggan dengan tangan. Disuap rakus kedalam mulut, ibarat setahun sudah tidak makan. Begitu gelojoh.

Semakin pelik lelaki itu melihat kelakuan perempuan di hadapannya. Macam tak berapa betul je. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan. Kawannya yang bekerja sebagai doktor di Hospital Bahagia di telefon.

"Assalamualaikum.. Afiq, kau busy tak?"

"Waalaikummusalam. Tak, kenapa?" Jawab satu suara garau di hujung talian.

"Kau boleh datang rumah aku tak bila kau dah habis kerja petang ni? Aku ada hal nak minta tolong kau."

"Okey. Janji kau masak special untuk aku makan malam nanti."

"Kau ingat aku bini kau?" 

"Ala rilekslah Ameer, takkan cakap sikit nak sentap kot. Suruh masak je, bukan ajak teman tidur."

"Gila kau. Kau dah jadi gila sejak sejak kerja kat hospital gila tu." Terdengar gelak kuat di hujung talian.

Ameer sudah mendengus sebal. Afiq tak habis-habis dengan perangai kuat menyakatnya.

"Wehh.. dah la. Aku ada kerja lagi ni. Jumpa petang karang ye sayang." Gurau Afiq. 

Ameer pantas mematikan talian dan meletakkan telefonnya di atas meja. Dikerling perempuan yang sakan melahap tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dari kaki yang luka, mata Ameer naik ke ke atas, hingga ke jari tangan perempuan itu. Dapat dilihat kuku yang panjang dan hitam seperti berbulan bulan tidak dipotong dan dicuci. Matanya naik lagi ke raut wajah perempuan itu, cantik tapi kotor. Matanya hinggap ke rambut perempuan itu, panjang ke paras pinggang tapi kusut masai dengan baunya yang boleh menyebabkan dirinya mahu pitam.

"Memang sah kau ni gila." Rungut Ameer perlahan.

Perempuan itu masih terkebil kebil memandangnya. Seperti wajah kanak kanak yang meminta dibelikan gula gula.

"Kau nak apa? Air?" Tanya Ameer. Bahasa panggilan juga telah ditukar. Tak guna nak sopan sopan, bukan dia faham jugak.

"Nak." Jawab perempuan itu.

"La.. boleh cakap. Ingatkan tak boleh. Nama kau siapa? Dari mana?" Soal Ameer. Perempuan itu kembali diam.

"Aduhhhh! Aku pun boleh gila la layan kau. Kejap aku ambil air." Gelas yang berada di atas meja diambil, dihulurkan pada perempuan tanpa nama itu.

"Aku panggil kau Tijah boleh?" Ameer saja memberikan nama Tijah bila teringatkan kucingnya yang mati dilenyek kereta 3 bulan lalu.

Lantas perempuan tanpa nama itu mengangguk. Air dalam gelas sudah licin diteguk Tijah.

"Kau nak mandi tak?" 

Angguk lagi.

"Tu bilik air, kau masuk bilik bawah tu tukar baju. Dalam tu ada baju Mak Munah. Kau pinjam dulu." Arah Ameer.

Tijah mula bangun berdiri, tapi tiba tiba dia terduduk semula. Mukanya berkerut kerut. Kakinya ditenung.

"Sakit sangat ke? Pergi klinik nak?" Ameer cuba membelek kaki Tijah tapi pantas ditendangnya Ameer hingga Ameer terundur ke belakang.

"Sakitlah, kau tendang aku kenapa?" Marah Ameer, dia mengosok gosok betisnya yang ditendang Tijah.

Tijah mula memaut kakinya ke atas kerusi, seperti ketakutan mendengar suara Ameer yang agak tinggi.

"Meh, aku angkat kau." Tangan dihulur pada Tijah. 

Tijah masih kaku, mukanya tanpa riak. Ameer pula mula hilang sabar. Tangan Tijah direntap, tubuh Tijah didukung. Bilik bawah dituju, diletakkan Tijah di atas katil.

"Kau salin baju, ni tuala. Nanti dah siap, panggil aku. Aku tunggu kat luar." Baju dan tuala dari dalam almari diambil dan diletakkan di atas katil.

 Tijah yang kaku dari tadi, mula membuka butang bajunya satu persatu dihadapan Ameer. Seluarnya dilondeh. Hanya pakaian dalam yang tinggal di tubuh genitnya.

Gullppp.. Ameer menelan air liur yang tiba tiba rasa seperti tersekat dikerongkong.

Belum lagi sempat dia keluar dari situ, Tijah sudah mula membuka pakaian. Kakinya pula bagai digam ke lantai, tidak berganjak. Matanya bagaikan mahu terkeluar dari soket melihat keindahan tubuh seorang wanita yang belum pernah dilihat seumur hidupnya.

Tangan Tijah mula terkapai kapai untuk membuka cangkuk pakaian dalam dibelakang badannya. Muka Ameer sudah membahang panas melihat situasi itu. 

"Eh... ehhh... tunggu aku keluar dulu." Sempat dia menahan tindakan Tijah, kalau tak confirm dah selamat si Tijah tu. Dengan pantas, dirinya keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat. Jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas berlari pecut. Peluh merinik di dahi. 

Gullppp... Air liur ditelan lagi. Menyesal tak ambil peluang yang datang bergolek depan mata.

Kepala digeleng.

Pantas akal menyangkal nafsu yang cuba menguasai diri.

"Astaghfirullah al azim." Mujur imannya masih kuat didada. Wajahnya diraup.

                                              

Akleema Malikah (✔)Where stories live. Discover now