"Eh.. mana dah perempuan gila tu?" Tanya Aswad pada Amirul, kawan sekerjanya. Mata melilau ke arah tempat duduk belakang van yang dibawanya.
"Mana aku tahu, tadi kan kita berhenti makan cendol sama sama." Balas Amirul selamba tanpa rasa.
"Mati kita kalau perempuan gila tu hilang. Apa kita nak jawab dengan pihak hospital." Kening digaru. Masalah.. masalah..
Tugasnya hari ini menghantar perempuan yang disahkan gila dari Hospital Ipoh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Mata memandang tajam Amirul di sebelah.
"Entah entah kau tak lock pintu tadi kan?" Tuduh Aswad, bahu Amirul ditepuk kuat. Dia hanya pemandu ambulance tapi Amirul yang ditugaskan menjaga perempuan itu.
"Aku lupa lah aku lock ke tak, aku ingat dia tak lari." Jawab Amirul serba salah. Raut wajah Aswad yang tegang dipandang.
"Mahu kena buang kerja kita. Jom la kita cari dulu perempuan tu. Semua silap kau tak gari tangan, kaki dia." Amirul terus dipersalahkan.
"Dia gila tak teruk pun, bukan meracau nak kena gari. Aku kesian kat dia muda muda lagi dah gila." Jawab Amirul, sungguh dia kesiankan perempuan tu. Senyap membisu. Langsung tidak bersuara, rupa cantik tapi sayang gila.
"Itulah kau nak kesian tak bertempat, ni mana kita nak cari dia." Aswad sudah bercekak pinggang. Mata memandang jalan raya yang sibuk dihadapan.
"Kau cari belah sana, aku pergi belah sini." Arah Aswad, kaki mengorak langkah laju ke belah kiri. Kawasan perumahan dihadapannya di tuju. Semoga perempuan gila tu tak lari jauh.
☆☆☆☆☆☆☆
Lari... dan lari sekuat hatinya... walaupun hanya berkaki ayam, sakit di kakinya langsung tidak dihiraukan.
Penat sudah berlari, jantungnya berdegup kencang. Peluh sudah merinik di dahi. Yang dia tahu sekarang dia harus lari dari tempat neraka itu. Kakinya berhenti di satu simpang, rumah dua tingkat dihadapannya dipandang. Pintu pagar pula terbuka seakan mengalukan kedatangannya.
Laju kaki melangkah ke halaman rumah itu, badannya dibawa menyorok di belakang pokok pokok bunga di halaman rumah itu. Mata mengintai ke arah luar pagar. Nafas lega ditarik sebaik kawasan di sekitarnya selamat. Matanya pula semakin lama semakin berat, sudah cukup jauh dia berlari membuatkan dia keletihan. Tidak sedar bila masa matanya terpejam rapat. Dengkuran halus mula kedengaran.
"La.. aku tak kunci pintu pagar ke?" Dahi ditepuk perlahan. Senyuman senget terhias di bibir mengenangkan kalutnya dia keluar rumah tadi. Kereta dipandu masuk ke garaj. Lantas badan dibawa keluar dari tempat duduk pemandu. Pagar dikunci.
Tiba tiba matanya tertangkap satu figura manusia di celah celah pokok bunga yang ditanam Mak Munah, orang gajinya.
"Siapa ni?" Kaki diatur menghampiri manusia yang sedang lena itu.
"Perempuan? Baju yang dia pakai ni macam baju hospital je. Dia lari ke?" Berbagai bagai soalan timbul di benaknya.
"Aduhhh..! Macam mana ni." Rambutnya yang terjuntai di dahi diraup ke belakang. Tangan naik bercekak pinggang.
"Hoiii.. perempuan..! bangun..!!" Dikuis kuis bahu perempuan yang sedang lena itu dengan kunci keretanya.
Tiada tindak balas.
"Tidur ke dah mampus ni?" Jari telunjuknya diletakkan di hujung hidung perempuan itu untuk merasakan masih ada nafas atau tidak.
"Fuhhh... nasib hidup lagi." Nafas lega dihembus.
Matanya terpandangkan kaki perempuan itu yang luka. Terdetik rasa kasihan dihatinya.
"Ni mesti tak pakai selipar ni." Jarinya menguis sedikit batu yang melekat di telapak kaki perempuan itu.
Pintu rumah yang terkunci dibuka terlebih dahulu, tubuh perempuan itu dicempung masuk ke dalam rumah. Diletakkan dengan berhati hati di atas sofa. Laju anak tangga didaki, kotak first aid di tingkat atas dicapai. Niatnya untuk mengubati kaki perempuan itu, risau melarat jika dibiarkan.
Luka dicuci dan disapu minyak gamat. Yang itu saja yang dalam kotak first aidnya. Dia langsung tidak teringat untuk membeli kelengkapan lain. Muka perempuan yang sedang lena itu ditatap.
'Cantik.' Getus hatinya. Tapi melihatkan rambut perempuan itu yang serabai, dia jadi keliru. Perempuan ni lari dari siapa? Ada orang nak rogol ke? Kepala digeleng perlahan.
Kriuukkk...
Ralit nemerhati perempuan itu, perutnya berbunyi minta diisi. Perut yang berbunyi digosok perlahan.
"Laparlah pulak, masak dulu lah." Si lelaki menggumam perlahan.
Kaki melangkah ke dapur. Bahan bahan mentah yang dibeli tadi, dikeluarkan dari plastik. Isi ayam turut dikeluarkan dan dibasuh bersih.
"Hmmm.. masak chicken chop lah." Pantas dia membuat kerja di dapur memandangkan dia memiliki restoran sendiri, dan minatnya yang mendalam dalam bidang memasak tidak dapat disangkal. Sebut saja western, masakan kampung, Indian, Chinese semuanya hanya di hujung jari. Isi ayam diketuk ketuk sebelum disalut tepung yang sudah siap dibancuh.
Bunyi bising dari dapur mengejutkan perempuan yang sedang tidur lena di atas sofa. Spontan badannya berdiri tegak.
"Aucchhh..!!" Perempuan itu berdesis, sakit. Kakinya yang berdenyut ditelek.
"Hey... awak ok?" Teguran itu buatkan si perempuan itu panggung kepala. Mata mereka saling bertentang.
YOU ARE READING
Akleema Malikah (✔)
RandomNamaku Akleema Malikah, bermaksud ratu cantik. Tetapi hidupku tidak secantik namaku. Aku... seorang janda beranak dua. Pagi meniaga nasi lemak, petang meniaga goreng pisang. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan malam. Berlakunya tragedi...