hari ini aku lambat bangun
hampir saja aku ketinggalan keretapi tadi
pagi ni padat dengan penumpang
aku terpaksa berdiri
perasaan menyesal kerana dahulukan drama semalam mula memenuhi diri
nasib baiklah heronya lee min ho
otak aku memainkan semula scene romantik drama legend of the blue sea yang aku tonton semalam
membuatkan aku tersenyum sendiri
tidak menghiraukan orang di sekeliling yang memandang aku pelik
"hey.."
sapa seseorang
menghentikan lamunan aku
aku menoleh ke arah suara tersebut
dia..
lelaki berambut kelabu yang aku usha selama ni menyapa aku
chill
just act natural
"duduklah." dia berdiri dan menawarkan tempat duduknya
aku menolak
tapi dia masih berkeras
nak taknak aku terpaksa mengalah
aku mengucapkan terima kasih
dia hanya tersenyum
membuatkan rama-rama dalam perut aku ni
buka zoo takde lesen
"aku selalu nampak kau, dan aku tau kau pun selalu nampak aku kan?" soalnya
eh perli ke bang
aku hanya mengangguk
malu
selama ni dia perasan aku usha dia
"btw my name is park jimin."
dia mengenalkan dirinya
finally..
"i'm kim maera, just call me mae."
"well nice to finally know you." balasnya sambil tersenyum
hingga mata dia hampir tidak kelihatan
jantung tolong jangan excited sangat
"me too." aku pun turut tersenyum
"jumpa esok?" soal jimin
nampaknya ini perhentian dia
aku mengangguk laju sambil tersenyum lebar
ok mae, jangan bagi nampak sangat
jimin menghadiahkan sebuah senyuman sebelum turun meninggalkan aku
senyuman dia masih melekat di kotak fikiran aku
park jimin
aku nak saman kau
sebab buat aku tergila-gilakan kau
setiap waktu
dan tak bagi aku peluang
untuk menang
tak adil ish
YOU ARE READING
train
Fanfikcebiar keretapi jadi saksi kisah cinta aku dan dia infired by; i. public transportation • pjm ( stopmin ) Coming Soon [ ] On-going [ ] Hiatus [ ] Complete [ / ] Published: 030317 Ended: 030317