2

313 27 3
                                    

FLASHBACK. SEPTEMBER 2011.

"Yah~ aku teringin nak minum coffee la~" ujar Tiffany. Taeyeon ketawa kecil. Dia dan Tiffany berjalan laju menuju ke Love Cafe. Suasana malam yang sejuk membuatkan mereka ingin cepat sampai ke kafe itu tanpa diketahui peminat.

Menjadi rutin setiap minggu mereka berdua akan keluar dari dorm pada lewat malam hanya untuk minum secawan kopi di Love Cafe. Entah mengapa Taeyeon merasa malam itu bulan menyinar lain macam tidak seperti malam-malam yang lain. Tanpa membuang masa, mereka akhirnya tiba ke kafe itu.

Sedang mereka memesan kopi mereka, dia perasan seperti seseorang sedang memerhatinya. Dia buat tidak layan. Mask muka ditarik menuntup hidung. Mungkin sasaeng fan. Fikirnya.

"Taenggo~ look! Coffee kita dah siap. Jom balik!" ujar Tiffany dengan nada gembira.

"Jom!" balas Taeyeon. Mereka berjalan seiring ke pintu keluar. Namun siapa sangka, sedang asyik mereka bergelak tawa, Taeyeon secara tidak sengaja terlanggar seorang pelajar lelaki sewaktu pintu dibuka. Habis minuman pelajar lelaki itu tertumpah secara tidak sengaja.

"aisy!" Baekhyun merungut perlahan. Walaupun perlahan namun dapat didengari oleh halwa telinga Taeyeon.

"Omo! Ah... mi... mianhae! Neo gwenchana?" soal Tiffany dengan risau. Baekhyun mengangkat kepala dan memandang tepat pada wajah Taeyeon. Taeyeon juga ketika itu memandang wajah Baekhyun.

Dunia mereka berdua bagai terhenti. Mata mereka bertaut. Lama.

"Ekhem!" Taeyeon berdehem. Agak malu dengan situasi janggal tadi. Segera itu dia menyuakan cawan kopinya kepada Baekhyun. Baekhyun teragak-agak untuk mengambil huluran itu.

"Ambilah. Saya dah tumpahkan air awak. Maafkan saya." Kata Taeyeon lalu menunduk sedikit. Sejurus itu dia menarik Tiffany agar jauh dari Baekhyun.

Baekhyun memandang dua orang gadis yang semakin menjauh dan secawan kopi yang dipegangnya bersilih ganti. Dia tersenyum kecil.

"Neomu yeppeo.." bisiknya perlahan.

-------

FLASHBACK. JUNE 2014

Baekhyun mundar-mandir didalam biliknya. Sesekali tangannya akan berada di dalam poket. Kepala yang tidak gatal digarunya. Entah mengapa dia terlalu gementar sekarang. Chanyeol yang baru sahaja masuk ke bilik yang dikongsi oleh mereka sekadar menggeleng perlahan.

"Kau ni dah kenapa keliling satu bilik? Ada something nak share kat aku ke?" soal Chanyeol sambil mendekatkan dirinya dengan Baekhyun. Baekhyun memandang sekejap sahabat baiknya itu. Dia kemudiannya melabuhkan duduk di atas katil. Menghadap Chanyeol.

"Aku... ada suka seseorang..." Baekhyun memulakan cerita. Chanyeol mengangguk.

"Okey, so?"

"Dan aku... nak confess kat dia..." sambung Baekhyun. Chanyeol terdiam.

"Wow! Siapa gadis bertuah tu? Fans kita ke?" soal Chanyeol. Dia tersengih lebar. Baekhyun cepat-cepat menggeleng.

"Aniya! Tapi, dia sunbae kita. And, kau kenal dia..." ujar Baekhyun dengan nada perlahan. kepalanya ditundukkan. Malu!

"Woah, wait! Sunbae?! Kau jangan kata..." Chanyeol berhenti sejenak.

"Taeyeon sunbae?" sambung Chanyeol. Baekhyun tidak mengangkat kepala tetapi terus mengangguk.

"Kau nak confess dia kat mana?"

"Love Cafe. Aku dah text dia suruh datang situ malam ni." Kata Baekhyun. Chanyeol memeluk tubuh.

"Kau yakin apa yang kau buat ni betul? Kau dah fikir masak-masak?" soal Chanyeol. Tidak senang dengan keputusan sahabatnya. Baekhyun mengangguk.

"Dah setahun aku fikirkan. Dan aku rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku confess cinta aku kat dia yang selama ni aku pendam. Aku... nak dia jadi yeochin aku." Kata Baekhyun dengan penuh semangat. Chanyeol sekadar mengangguk kecil walaupun dia sebenarnya berat hati untuk bersetuju dengan apa yang bakal Baekhyun lakukan.

"Suka hati kaulah, bro! Itu hak kau. Aku cuma nak pesan, jangan menyesal pula dengan keputusan kau suatu hari nanti." Nasihat Chanyeol lalu beredar dari bilik itu. Baekhyun terdiam.

Love Café | BBH+KTY (COMPLETE!) Where stories live. Discover now