KINI. LOVE CAFE. 2027
Taeyeon tersedar saat telefon pintarnya berdering. Dia terus melekap telefon itu pada telinganya tanpa melihat siapa si pemanggil itu.
"Yeobosaeyeo?"
"Omma! Omma eodisseo?" jelas suara seorang kanak-kanak perempuan di sebalik panggilan itu. Taeyeon tersenyum kecil.
"Omma dekat Love Cafe, sayang. Wae?" balas Taeyeon. Wajah Baekhyun dijelingnya. Dia lihat wajah Baekhyun hanya bersahaja. Lelaki itu ralit bermain dengan Iphone miliknya. Sesekali dia lihat wajah lelaki itu tersengih. Pelik.
"Omma! Sofia dengan appa on the way nak ke sana. Jangan pergi mana-mana tau!" Sofia berkata dihujung talian. Taeyeon tergelak kecil mendengar celoteh anak perempuannya.
Setelah menamatkan panggilan dengan anaknya, Sofia, dia menumpukan semula perhatian pada Baekhyun. Baekhyun sekadar memerhati.
"Mianhae. Anak nuna call. Nanti suami nuna akan datang sini. Kalau Baekhyun-sshi nak balik dulu, pergilah." Ucap Taeyeon. Ya, dia kini sudah menjadi isteri dan ibu. Tiga tahun selepas pengbubaran SNSD, dia berkahwin dengan seorang pemuzik terkenal Korea yang berdarah campuran, Dean. Setahun kemudian mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini sudah berusia lima tahun, Sofia.
"Aniyo. Actually saya baru lepas mesej isteri saya. Suruh dia datang sini. Bolehlah kita buat sedikit gathering, kan?" kata Baekhyun sambil tersenyum manis. Baekhyun juga sudah mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu. Kini dia dan isteri sedang menanti kelahiran bayi kedua mereka ke dunia.
"Omma!" jeritan seorang kanak-kanak perempuan membuatkan kedua-dua mereka mengalihkan memandang kanak-kanak itu.
"Sofia!" Taeyeon menjerit kecil. Terus dirangkulnya tubuh kecil Sofia kedalam dakapannya. Terlihat seorang lelaki yang berwajah kacukan menghampiri meja mereka.
"Baekhyun, ini Dean, suami saya. Oppa, ni Baekhyun. Hobae chagi dulu." Kata Taeyeon memperkenalkan mereke berdua. Mereka berdua menunduk lalu berjabat tangan. Dalam masa sekejap saja mereka menjadi rapat.
"Oppa!" panggil seorang wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki didalam dukungannya. Wanita itu menghampiri Baekhyun.
"Aigoo! Chagiya! Kan oppa dah kata jangan dukung Jesper masa tengah mengandungkan Gegirl!" kata Baekhyun lalu mengambil Jesper dari dukungan isterinya yang sedang hamil itu.
"Ish, oppa ni! Oh, anneyeonghasaeyeo! Lee Dahyun imnida." Dahyun memperkenalkan dirinya kepada Taeyeon. Taeyeon geli hati melihat kelakuan Baekhyun saat terpandang adegan manis antara dia dan isterinya. Oh, mereka kelihatan sangat bahagia.
"Sayang, kenapa pandang diorang macam tu? Nak baby lagi ke?" soal Dean dengan nada mengusik. Taeyeon terus memukul lengan suaminya. Senyuman nakal terbit pada wajah Dean.
"Appa! Aiskrim!" jerit Jesper. Baekhyun terus membawa Jesper ke kaunter untuk memesan manisan untuk anak lelakinya.
Siapa sangka, takdir telah tertulis untuk mereka berdua bertemu di Love Cafe buat pertama kali lalu jatuh cinta. Menjadi pasangan kekasih secara rasmi dan memutuskan hubungan cinta mereka juga di kafe yang sama. Terlalu banyak kisah mereka dikongsikan dalam Love Cafe. Setelah 10 tahun, mereka bertemu kembali. Di tempat yang sama, Love Cafe. Tetapi, kini bersama kebahagiaan masing-masing.
TAMAT.
YOU ARE READING
Love Café | BBH+KTY (COMPLETE!)
KurzgeschichtenSepasang kekasih yang pernah menggemparkan dunia hiburan Korea suatu ketika dahulu bertemu semula di sebuah kafe yang menjadi titik permulaan hubungan mereka setelah 13 tahun berlalu. "Past is past, Baekhyun." - Kim Taeyeon. Started: Nov 2016 Ended...