Informasi: Gangguan Emosi

43 1 1
                                    

Menjalani satu kehidupan itu kita sendiri tahu satu perkara yang sukar kerana penuh dengan liku dan pancaroba. Tambahan pula, pada hari ini terdapat banyak cabaran baru yang kita perlu hadapi. Begitu juga apa yang telah berlaku kepada remaja pada hari ini bilamana, ada remaja yang terlalu tertekan sehinggakan bertindak di luar jangkauan ataupun telah memilih satu corak kehidupan yang salah. Dalam satu artikel yang pernah dikeluarkan ke dalam internet baru-baru ini, ada satu persoalan yang menarik minat saya untuk dibincangkan pada hari ini iaitu; "Adakah selebriti internet remaja pada hari ini dilanda gangguan emosi sehinggakan mereka bertindak sedemikian ataupun semuanya untuk hiburan semata-mata?"

Di dalam persoalan ini, terdapat persoalan lain yang berlegar dalam kepala saya iaitu, jika benar mereka dilanda gangguan emosi, gangguan emosi itu berpunca daripada apa ataupun siapa? Adakah daripada ibu-bapa? Adakah daripada persekitaran sekolah? Adakah berpunca daripada hubungan persahabatan? Atau mungkin kerana persekitaran perumahan?

Sebelum kita mencari solusi kepada soalan tersebut, eloklah kita untuk mengenali dulu, erti gangguan emosi itu apa.

Emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu keadaan jiwa yang mewarnai tingkah laku. Emosi dapat juga diertikan sebagai suatu reaksi psikologi yang ditampilkan dalam bentuk tingkah laku gembira, bahagia, sedih, berani, takut, marah, haru dan sejenisnya. Biasanya emosi muncul dalam bentuk kumpulan perasaan, dan surut dalam waktu yang singkat. Hathersall (1985), merumuskan pengertian emosi sebagai situasi psikologi yang merupakan pengalaman subjektif yang dapat dilihat dari reaksi wajah dan tubuh.

Berdasarkan sebab dan reaksi yang ditimbulkan, emosi dikelompokkan menjadi tiga, iaitu :

1. Emosi yang berkaitan dengan perasaan, misalnya perasaan dingin, panas, hangat, sejuk dan sebagainya. Munculnya emosi seperti ini lebih banyak dirasakan kerana faktor fizikal diluar individu, misalnya cuaca, kondisi ruangan dan tempat dimana individu itu berada.

2. Emosi yang berkaitan dengan kondisi fisiologi, misalnya sakit dan sebagainya. Munculnya emosi seperti ini lebih banyak dirasakan kerana faktor kesihatan.

3. Emosi yang berkaitan dengan kondisi psikologi, misalnya cinta, rindu, sayang, benci dan sejenisnya. Munculnya emosi seperti ini lebih banyak dirasakan kerana faktor hubungan dengan orang lain.

Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan.

Munculnya emosi negatif pada diri remaja disebabkan oleh pelbagai hal, Hurlock (1980) & Luella Cole(1963) menyimpulkan faktor yang menyebabkan timbulnya emosi negatif pada diri remaja, iaitu:

1. Orang tua atau guru memperlakukan mereka seperti anak kecil yang membuat harga diri mereka dilecehkan.

2. Terlalu banyak dihalang daripada disokong atas tindakan mereka.

4. Diperlakukan secara tidak adil oleh ibu bapa

5. Merasa permintaan tidak dipenuhi oleh orang tua, padahal orang tua mampu.

Remaja yang sudah mencapai kematangan emosi dapat dilihat dari ciri- ciri tingkah lakunya seperti berikut :

1. Faham dengan erti emosi iaitu bertanggungjawab atas diri sendiri dan orang lain.

2. Mampu menerima diri sendiri dan orang lain seadanya. Mereka tidak cenderung menyalahkan diri sendiri ataupun menyalahkan orang lain atas kegagalan yang dialaminya.

3. Mampu mengendalikan emosi-emosi negatif, sehingga kedatangan emosi negatif tidak impulsif.

Remaja yang tidak matang emosinya dapat dilihat dari ciri-ciri tingkah lakunya seperti berikut :

1. Cenderung melihat sisi negatif dari orang lain.

2. Impulsif, kurang mampu mengendalikan emosi dan mudah emosional.

3. Kurang mampu menerima diri sendiri dan orang lain apa adanya.

4. Kurang mampu memahami orang lain dan cenderung untuk selalu minta difahami oleh orang lain.

5. Tidak mahu mengakui kesalahan yang diperbuat dan cenderung menyembunyikannya.

Emosi negatif pada dasarnya dapat dikawal sehingga tidak menimbulkan efek negatif. Beberapa cara untuk mengawalnya adalah :

1. Berfikir positif atas setiap situasi yang berlaki.

2. Cuba belajar memahami karakteristik orang lain. Memahami bahawa orang lain memang berbeza dan tidak dapat memaksakan orang lain menyesuaikan dengan keinginan diri sendiri.

3. Cuba menghargai pendapat dan kelebihan orang lain. Mereka mendengar apa yang dikemukakan orang lain dan mengakui kelebihan orang lain.

4. Bersabar dan menjadi pemaaf.

6. Mengalihkan perhatian pada objek yang boleh munculkan emosi positif.

Pada masa yang sama, remaja yang sering mengalami gangguan emosi boleh melakukan beberapa kaedah seperti;

a. Menarik nafas sedalam-dalamnya.

b. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).

c. Berfikir sebelum bertindak.

Jadi, sekarang pelajar lebih jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan gangguan emosi. Maka, terjawab sudah semua persoalan tersebut dengan penerangan dan lebih jelas. Jangan terlalu tertekan dan kalau anda tertekan, tontonlah Guitarpleasure, Luqman Podolski, Faizdickie dan Adibalexx di Instagram. Semoga artikel bulan ini bermanfaat!

AMIGO - OgosWhere stories live. Discover now