"Hmmmm Muad, Saya cadangkan supaya kita bina 'Wall Of Art' kat sini. Sebab tempat ni adalah tempat yang paling sesuai untuk digunakan untuk projek seni. Macammana Muad??""Saya pun rasa macam tu jugak. Saya harap-harap tempat ni digunakan secara berhemah. Bukan digunakan untuk diconteng perkara mengarut. Macam-macam anak muda sekarang ni. Nak conteng situ nak conteng sini, semua tempat nak conteng. Haih kenapalah ramai anak muda macam tu sekarang ni. Kalau kita tengok anak muda zaman dulu, tak da lah macam ni. Bila teknologi dah maju, mulalah nak gunakan teknologi tu ke jalan yang salah. "
"Hahaha. Muad~muad. Sabar je la ya?Sama-samalah kita berdoa ya perangai macam ni dapat dibanteras. Jom pergi makan!!! "
Setelah dinding siap dibina
"Woww besarnya dinding ni!! Kalau conteng best ni. Betui dok Hashim?"
"Ha a la Teh~~,besarnya dinding ni~~~.Haishhh tak boleh la kalau tengok je. Kita kena buat moment ni"
Lalu mereka pergi ke dinding dan menconteng 'Teh and Hashim was here 2016'
"Fulamak bukan main moment kita Teh. Anyway kau sedar tak kita tengah conteng dinding sapa ni? "
"Entah. Tak tau la pulak. Sapa ehh pemilik dinding ni?? Jom la tanya orang sekeliling. Mana tau ada antara diorang yang tau ke?"
Mereka berjalan-jalan mencari orang untuk ditanya. Selepas beberapa minit mencari, akhirnya jumpa seorang pemuda bernama Muad. Muad inilah pembantu pemilik dinding itu yang bernama Azhar.
"Ermmm abang? Boleh kami tanya dinding yang baru bina tu dinding sapa ehh? Pak cik tau tak? "
"Hmmm dinding ni ehh? Sebenarnya dinding ni arwah kawan abang punya. Dah lama dah dia meninggal. Katanya sebab kanser paru-paru. Kenapa ya dik?"
"Ha!?Dah meninggal!? Aduhhh macammana ni Hashim? "
"Wuishh tak boleh jadi ni. Kita kena...... "
Tiba-tiba abang Muad menyampuk
"Kenapa ni dik?? Apa yang korang buat?? Boleh abang tau? Mana tau abang boleh tolong ke? Kan abang ni kawan kepada arwah abang Azhar. "
"Err tak pa lah bang. Ermmmm ha bang, ada tak arwah cerita tentang akibat ganggu dinding dia?? "
"Ermmm ada ke ehh?? Jap..... Ermmmmm ha! Ada2. Arwah cakap sapa yang ganggu dinding tu akan kena kacau sampai arwah tu puas. Katanya laa... Tapi lawak jugak sumpahan dia kalau difikirkan."
Hashim dan Teh berasa sangat gelisah walaupun sumpahan yang dikenakan kepada mereka itu agak kelakar kerana arwah akan kacau sampai puas. Mereka memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah mereka yang sedang dihadapi.
"Ok lah bang. Kami mintak diri dulu ya? Ada hal lain la nak kena buat. "
Selepas beberapa saat berjalan. Mereka berpatah balik kepada abang Muad kerana tertinggal satu soalan.
"Ehh bang, bang. Boleh kami tau kubur arwah abang Azhar kat mana?? Sebab kami nak melawat dia. Yelah, kitakan sesama muslim kenalah melawat saudara kita bila senang atau susah. "
"Hmmm kalau korang nak pergu kubur dia, tak jauh pun dari dinding yang dia bina tu. Dalam 2km je. Korang kena lepas dinding tu dulu dengan memanjat dinding tu. Lepas korang jalan je terus sampai jumpa kubur dia. "
"Aik? Macam pelik je jalan nak pergi kubur dia Teh? Dah naik seram dah bulu roma aku ni. "
"Hmmm ok pak cik,thank you for the information.Kami pergi dulu. "
Mereka melangkahkan kaki mereka dan berjalan ke arah dinding arwah tersebut. Kemudian mereka terus memanjat dinding tersebut dengan perasaan seram sejuk yang menegakkan bulu roma mereka. Kemudian mereka meneruskan perjalanan mengikuti denai-denai yang terbentuk sepanjang jalan .Selepas 2km, mereka nampak sebuah kubur.
"Haaa jumpa jugak kubur si arwah ni. Huhh penat gila. Dah la 2km jauhnya. Ehh? Tapi kan, kenapa kubur ni macam ada orang jaga je? "
"Alah..... Abang Muad tu kot yang jaga. Janganlah fikir pelik-pelik Hashim. "
Mereka terus duduk bersebelahan kubur si arwah tersebut. Mereka memberikan salam kerana mengikut adat islam dan mereka bertanyakan khabar dan mereka meneruskan agenda utama mereka iaitu meminta maaf atas apa yang mereka buat. Tiba-tiba kepala mereka dua diketuk dengan srbuah kayu yang besar.
Pada jam 12 tengah malam
(Shruhhhh)
"Hoi bangunlah, lamanya korang pengsan. Aku pun dah naik boring dah tunggu korang bangun. Hahahaha korang tau kenapa aku ikat korang kat sini?""Erhhhh kitorang kat mana ni?? Abang Muad!!? Kenapa abang buat macam ni kat kami?? Kami tak buat salah apa pun kat abang. Tolong la lepaskan kami bang~~"
"Ahhh!!!! Korang jangan nak pura-pura tak bersalah pulak. Dinding arwah abang Azhar tu kirang yang conteng kan? Ha??? Hahahaha sebenarnya abang Azhar tak cakap pun yang dia akan kacau orang yang ganggu dinding dia. Dia cuma nak abang tolong balas dendam. Hehehe~Jangan risau. Abang tak kan buat benda teruk pun kat korang. Abang cuma akan belasah korang je lepas tu korang kena cat balik dinding si arwah tu. Maafkan abang"
(Dushh, dushh)
"Erhhh sakitnya~maafkan kami bang. Kami janji tak kan buat lagi dah bang. Huhuhu sakit bang. Ahhh!! "
Setelah kejadian tersebut berakhir, Teh dan Hashim berjanji tidak akan menconteng dinding lagi kerana takut insiden mereka dipukul terjadi lagi.
-THE END-
YOU ARE READING
VANDALISME
Short StorySetiap VANDALISME yang berlaku pasti mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri.Buku ini akan menunjukkan kisah VANDALISME yang selalu berlaku