Di sebuah sekolah, terdapat dua orang pelajar yang amat nakal. Pada suatu hari mereka melakukan vandalisme terhadap sebuah langsir di sekolah tersebut. Mereka memukul langsir tersebut kerana mereka ingatkan langsir itu langsuir. Hal ini kerana langsir tersebut memeranjatkan mereka sewaktu mereka hendak masuk ke kelas pada waktu pagi lalu mereka memukul langsir tersebut sampai rosak. Maklumlah mereka adalah pelajar yang nakal jadi tidak peliklah mereka berbuat sedemikian."Haih~~~ korang ni~~~, tak habis-habis nak menjahanamkan harta benda sekolah. Cuba laaaa buat kerja berfaedah sikit, tolong cikgu angkat buku ke, tolong urut cikgu ke, tolong buat kopi ke, kan bagus macam tu? Ini langsir yang rosak ni laaaa yang korang bagi kat cikgu. Kamu ingat kos nak beli langsir ni seringgit?? Dua ringgit?? Tak!!!! Langsir ni lagi mahal daripada perempuan murahan kat luar sana tau tak? Sekarang ni macammana? Ganti langsir baru ke kamu nak bayar ganti rugi?? "
"Huhu~ maafkan kami cikgu, kami tak sengaja rosakkan lang...... "
"Tak sengaja apa!!!! Ni dah banyak kali dah kamu bagi alasan yang sama. Muak dah cikgu dengar tau tak!!! Sekarang ni cikgu cuma bagi dua pilihan, ganti atau bayar?? Jangan cakap banyak. "
"Kami ganti la cikgu~~ maafkan kami cikgu~~ Kami mintak diri dulu...."
Alya dan nabilah berjalan keluar sambil mengesat air mata mereka yang membasahi pipi mereka sejak dimarahi oleh cikgu tarmizi sebentar tadi.
"Hmm sedihnyaaa aku tengok diorang ni. Dah la perempuan, tapi buat vandalisme paling banyak kat sekolah ni. Kalah budak lelaki. Biasanya lelaki yang buat vandalisme kat mana-mana pun. Tapi..... comel jugak bila tengok diorang nangis tadi. Hehehe tak pa-tak pa, nak tengok jugak tirai baru apa yang diorang akan beli nanti. "In the meantime....
"Ishhhh stress laa dengan cikgu tarmizi tuu. Tengok la sekarang, kan kita dah kena ganti langsir yang kita dah rosakkan tu. Habis la duit poket aku bulan nii. Nak shopping pun x boleh. Huhu~~"
"Alahhhh janganlah sedih nabilah. Tak pa, kita sama-sama gabung duit kita beli langsir baru yang lagi cantik daripada yang kita rosakkan tu. Rasanya cukup kot duit kita kalau gabung. Harap-harap cukup lerr...... "
Pada hari sabtu, mereka outing pergi ke kedai kain membeli langsir yang paling cantik untuk digantikan dengan langsir mereka sudah patahkan hari itu.
Setelah mereka selesai order langsir, mereka terus pulang ke asrama mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Mereka tidak makan kerana mereka terpaksa menggunakan duit belanja mereka untuk membeli langsir.Sehari berlalu.....
"Haaaa sampai pun barang kita order ni. Fuhhh sekarang kita cuma perlu bawak langsir ni dan pergi pasang kat kelas kita. Lepas tu kita jangan inform kat cikgu lagi tau alya? Because aku nak surprise cikgu ok? "
"Ok2 😊"Keesokan harinya....
Mereka datang ke sekolah dengan senangnya kerana masalah yang mereka hadapi sudah selesai. Selepas perhimpunan berakhir, semua pelajar masuk ke kelas masing-masing dan menunggu waktu PNP bermula.
Cikgu Tarmizi masuk ke kelas dan beliau terkejut melihat langsir yang baru alya dan nabilah beli.
"Wahh cantiknya langsir ni. Siapa yang beli ni?? Hehe"
"Hishh buat tak tau pulak. Kitorang la yang beli cikgu. Ok tak langsir ni?? Ke nak tukar langsir lain? "
"Ehh tak cantik la langsir ni. Pergi tukar cepat. Haha tak da lah. Gurau je ye? Cantik langsir ni..... Cantik sangat. Pandai la korang pilih. Macam ni la anak murid cikgu~~ Pandai buat pandai-pandai la baiki balik. Lain kali jangan buat balik ye? "
"Hmm ok cikgu. Sorry la cikgu. Kami tak kan rosakkan langsir dah lepas ni. Kami akan rosakkan benda lain pulak. Hehe . "Kelas berlangsung seperti biasa....
Beberapa hari lepas tu, alya dan nabilah hendak masuk ke kelas dan mereka terkejut langsir yang mereka beli rosak teruk.
"Wehh!!! Sapa yang buat ni!!! Ishh geramnya aku!! Kalau dapat tangkap orang yang buat benda ni conform tak lepas. Aku akan cari sampai lubang cacing. Tunggu la.... "Waktu PNP bermula....
Cikgu Tarmizi masuk ke kelas dan sekali lagi terkejut melihat langsir yang baru dibeli 2 hari lepas berada dalam keadaan yang lagi teruk daripada yang alya dan nabilah pernah rosakkan dulu.
"Huishhh boleh sakit jantung cikgu asyik terkejut ni. Sapa pulak yang rosakkan langsir ni Alya?? Nabilah?? Takkan la kamu berdua yang buat benda ni? Cikgu tak percaya yang korang akan buat lagi benda ni sebab tu langsir kamu berdua. "
"Ehh.... Bukan kami cikgu.... Kami pun terkejut tengok langsir kami ni rosak teruk cikgu.... Kami geram sangat cikgu..... Kalau dapat jumpa orang yang buat tu siap laa... "
"Hmmmm dah-dah. Semua bukak buku teks PAI. Hari ni kita akan belajar tajuk baru iaitu dalam bahasa inggeris disebut what you give, you get back. Jadi setiap apa yang kita buat pasti kita akan dapat balik. Sebagai contoh, bila kita merosakkan harta benda orang, ada yang akan rosakkan harta benda kita balik. "In the meantime....
"Aik? Cikgu tengah perli kita ke apa nabilah? Terasa pulak dalam hati ni. Rasanya betul la apa yang cikgu cakap. Apa yang kita buat, kita akan dapat balik. Aku rasa kita patut berubah la nabilah. Apa pandangan kau? "
"Ha a la alya... Aku pun rasa nak berubah jugak. Tapi kan, sapa yang rosakkan langsir kita ehh?? Hmmm...... "
"Ha a la!!! Sapa ehh?? "
Sampai sekarang misteri tersebut tidak dapat diselesaikan.-THE END-
YOU ARE READING
VANDALISME
Short StorySetiap VANDALISME yang berlaku pasti mempunyai kisah-kisahnya yang tersendiri.Buku ini akan menunjukkan kisah VANDALISME yang selalu berlaku