Bab 3

8 2 0
                                    

5:55pagi
Aku terjaga kerana azan subuh berkumandang, lalu aku bangun mencapai tuala dan masuk bilik air untuk mandi dan selepas mandi aku solat subuh.

************
Selepas solat, aku terdengar bunyi notification whatsapp pada iPhone aku. "Pelik, siapa pulak pepagi buta ni nak berwhatsapp?" Kata aku.

Selepas selesai melipat telekung dan sejadah, aku bangun dan mencapai iPhone aku. Notification whatsapp daripada abang Harris.

[abang Harris: good morning Dee. Bangun bangun solat subuh.]
[Dee: good morning abang, dah solat da. Rajinnya abang whatsapp Dee pepagi cam ni ye.]
[abang Harris: bagus, abang nak make sure Dee tak tidur, nanti tak pergi pulak kelas pertama dia dengan cikgu hensem ni 😋]

Eh dia ni, perasan hensem konon, tapi nasib baik betul hensem.
[Dee: perasannyaaaa. Dee tak tidur la abang, don't worry yeee. I'll not miss my first class today with my handsome teacher 🙄]
[abang Harris: hahahaha, okay.]

************
7:30pagi
Aku terbau nasi goreng kampung yang dimasak oleh Mak Timah, terus aku turun ke dapur.

"Selamat pagi Mak Timah! Ya Allah Mak Timahhhhh, sedapnya bauuuuu sampai ke bilik Dee tauuuu." Kata aku
"Selamat pagi Dee, alolo Mak Timah tahu kamu lapar dan ni favourite kamu. Tunggu jap ye. Sikit lagi masak ni." Kata Mak Timah.

Selepas mak Timah hidangkan atas meja terus aku cedok nasi goreng ke dalam pinggan, aroma nasi goreng ni membuatkan aku tak sabar untuk makan. Lalu, mama dengan papa datang dan duduk sekali dimeja.

"Good morning mama papa. Dee makan dulu yeeee. Tak boleh tahan dengan nasi goreng ni" kata aku
"Good morning sayang" kata mama dan papa sambil senyum.

Sambil makan mama bertanya "Dee barang dah siap nak bawak rumah Aunty Su? Since harini dan esok cuti. Kamu tinggal rumah aunty su okay? Ahad petang mama jemput kamu. Boleh?"
"Ohh boleh je mama, lagipun dah lama Dee tak jumpa Hanna (adik harris) ye la dia kan duduk asrama penuh and boleh la Dee belajar sekali dengan dia. Kitorangkan sebaya" kata aku.

"Ye tak ye jugak. Terlupa pulak mama. Okay baguslah kalau macam tu." Kata mama.

Selepas makan, aku terus naik bilik untuk bersiap-siap ke rumah aunty Su.

**********
9:00pagi
Aku kini berada dihadapan rumah Aunty Su, rumah banglo yang gah berdiri macam istana ni dan perkara yang membuatkan aku terpesona dengan rumah aunty Su ni adalah halaman rumah yang bertemakan ala garden yang simple penuh dengan bunga, kolam ikan dan disebelahnya terdapat tempat duduk kayu yang cantik. Aku dan Mama masuk ke dalam rumah dan bersalaman dengan Aunty Su.

"Ya Allah, cantiknya anak mummy ni! Dah besar da." Kata Aunty Su.

"Terima kasih aunty Su, aunty Su apa kurangnya makin berseri lagi." Kata Aku. Lalu aku ternampak abang Harris datang dan salam mama.

Mak aih, tinggi gila mamat ni kalah hantu galah. No wonder la selalu ejek aku ketot.

"Hi, Harris. Hensem da dia ni. Ni Adik, kak long tinggalkan Dee ni sampai Ahad boleh? Ahad tu akak jemput balik because petang ni dan esok akak ada meeting." Kata Mama pada Adiknya, Safarina.

Harris tersengih bila mama puji dia.

"Kaklong ni, Rina tak kesah pun. Dee duduk sini lama2 pun boleh. Maklumlah Hanna kat hostel, takde peneman. Kalau akak busy pun, nanti boleh suruh si harris tu hantarkan." Kata Safarina.

"Baiklah, terima kasih ye adik, kaklong kena gerak ni. Dee jaga diri okay? Jangan nakal2 dengan Aunty Su."kata Mama.
"Baik mama, take care tau bawak kereta. I love you!" Kata aku sambil salam tangan mama.

Mama terus pergi meninggalkan aku, Abang Harris dan Aunty Su. Lalu... "ketot lagi budak kecik ni. Haha" kata Harris.
"Auntyyy!! Tengok abang Harris niii." Kata aku.
"Harris, kamu ni suka sangat kacau Dee la." Kata Aunty Su sambil geleng kepala. Terus Harris berlari anak naik ke tingkat atas.

"Aunty Su, Hanna tak balik ke minggu ni?" Kata aku.
"Dia tak balik sayang. Start bulan ni, dia tak balik sebab nak SPM dah kan. So, sekolah dia ada buat kelas setiap minggu cuti ni." Kata Aunty Su.

"Oh yekeee, em baru nak jumpa Hanna." Kata aku dengan sedih. "Alolo, kesian anak mummy ni. Btw lepas ni, Dee jangan la panggil Aunty Su, panggil Mummy tau." Kata Aunty Su. "Alright baiklah mummy! Hehe" kata aku. "Good girl, so let's go to your room and start your lesson with your new teacher." Kata Mummy sambil membawaku ke tingkat atas.

***************

Cotton CandyWhere stories live. Discover now