Noktah. Part1
"Saidatul pakcik kau sampai! " kata Aisya teman karibnya. Saidatul hanya melepaskan keluhannya dengan berat. Memandang setiap ruang madrasah yang selama ini tempat dia belajar ilmu Al quran. Setitik demi setitik air matanya mengalir keluar.
"Lepas ni, aku dah tak boleh belajar kat sini dah. Aku kena belajar hidup suasana luar! Aku akan rindu tempat ni." kata Saidatul didalam hati. Pelahan2 dia mengesat air matanya.
"Weh, asal bawak meja quran sekali? Cuti raya bukan lama pon, seminggu setengah je! Tak payah nak over excited cuti lama! Lagi pon bawak meja quran ni belom tentu kau ngaji kat rumah! " kata Amira sambil ketawa, dia rakan gengnya sewaktu susah senang.
"Aah la atul, asal bawak banyak sangat barang? Cuti bukan lama pon cuma tahun ni kita betuah sikit sebab 4 kali cuti. Selalunya 3 kali setahun je kita cuti... Kan3" kata Aisya
"Aku nak kurangkan barang dalam loker, kau tahu kan kak Aliya selalu bising aku tak kemas loker! " kata Saidatul perlahan.
"Kau asal beb! Sedih je aku tengok kau.... " belom sempat Aisya menghabiskan ayat nya. Terdengar suara Ustazah Maria.
"Saidatul! Cepat sikit. Pakcik awak tunggu lama tu. " kata Ustazah Maria. "Haaa Amira ibu awak pon dah sampai" sambung Ustazah Maria.
"Ehh betol ke ustazah? Alhamdulilah " kata Amira sambil berlari ke arah katilnya untuk mengambil barang.
"Mak saya sazah? " kata Aisya ..
"Belom lagi! " kata Ustazah Maria sambil menggelengkan kepala. Saidatul mengangkat barangnya menuju kearah kereta hilux ayahnya. Pakciknya hanya tersenyum riang apabila melihat anak saudaranya.
"Saidatul sehat?" kata Amer sambil tangannya menghulur hendak menyalam.
"Sehat Alhamdulilah... Ibu tak ikut ke?" kata Saidatul sambil melihat kearah kete yang kosong dalamnya.
"Ibu jemput kakngah kat asrama. " kata Amer.
"Paksu, kaklong nak masok salam ustazah kejap tau" kata Saidatul sambil belari kearah pintu masuk madrasahnya. Sesampai dipintu bilik ustazahnya. Saidatul hanya bediri tegak didepan pintu! Perasaan sebak menyerbu dalam hati dia. Saidatul mengetuk pintu bilik ustazahnya. Belom sempat tangannya sampai untuk mengetuk ada orang menarik tangannya dari arah belakang. Saidatul tekejut.
"Aku harap kau tak buat keputusan terburu2. Kita satu geng kan dah janji nak khatam syahadah sama2! Kau dah lupa. Kalau kau tak ada nanti siapa nak dengar luahan hati geng kita? Kau balik , aku nak kau pikir betol2 kalau kau sayang kami kat madrasah ni. Balik la weh, aku,mira, tasya, kak Aliya.. Semua tunggu kau. Aku dah terbaca dairi kau! Jangan disebab kat surat ustaz bagi kat kau, kau jatuh macam ni. Sayang weh kau dah ada 20 juzuk dah, tinggal lagi 10 juzuk je kau nak khatam. Jangan berhenti ye."kata Amira sambil mengesat airmatanya dan sebelah tangannya lagi memegang erat tangan Saidatul. Saidatul hanya mendiamkan diri dia tak nak menangis depan kawannya. Dia kene kuat.
"Aku nak salam sazah. Kau nak balik jugakkan. Jom salam sama2." kata saidatul sambil tersenyum paksa. Amira hanya tersenyum hambar walaupun tesenyum airmata nya tetap mengalir.
_________________________________
Kreditby@iyatul_wiyah0207Cerpen ke2 selepas nawaitu_cinta
YOU ARE READING
Noktah
Romancesaidatul Aqma. pelajar madrasah tahfiz yang cilik. peramah tetapi Agak pendiam. dugaan setelah dia berhenti dari pusat pengajian nya bertalu² sampaikan dia berputus asa untuk meneruskan. cinta pertama nya ditolak kuat oleh dia sendiri pada seora...