noktah part4

18 4 0
                                    

Noktah. Part4

Saidatul keluar dari pejabat dengan teresak2 apabila menerima surat amaran atas kesalahannya dan surat tunggakkan yurannya. Dia melihat tapak tangannya yang kemerahan dan bebirat apabila dirotan 4 kali atas semua kesalahannya. Rasa perit pedih yang tak terkata. Ketika melalui kelasnya, beberapa pelajar berkata sinis kepadanya.

"Tu ker? Ketua pelajar asrama kita yang baik tu! Last2 kena jugak dengan ustaz! Muka je baik rupanya buat maksiat hati time belajar. " kata Syafiqa budak paling wanted diasrama itu.

"Pikirkan baik, hormat pelajar2 tak pernah buat kes kan! Rupa2 nya kau.. Paling buruk dalam madrasah ni! " kata seorang rakan karib syafiqa. Saidatul hanya mempercepatkan langkahnya untuk memasuki dormnya. Sesampai dikatilnya, saidatul melepaskan segala kemarahan dan kesedihannya melalui tangisan yang kuat. Amira diluar tingkap turut menangis apabila melihat keadaannya.

----------------------------------

"Atul, kau okey tak ni. " tanya kak Aliya. Saidatul hanya tersenyum lalu mengangguk.
"Kalau tak okey kau cakap tau! " kata kak Aliya apabila melihat keadaan saidatul yang sikit tak terurus.

"Perhatian3!! " kata Aira sambil mengetuk pintu dorm dengan kuat.

"Tak lama lagi kita kan akan cuti raya right? And geng aku dah cakap awal2 yang kami semua tak akan berurusan dengan budak muka 14 talam tu. Erkk kami tak nak! So kami semua akan urus kan dapo, musollah ngaji dan ampaian. Jelas ketua pelajar!! " kata syafiqa.

"Jaga adab tu syafiqa.!" kata kak Aliya dengan lantang.

"Opsss ada senior lah. Hmmm sorry kak terbiadap pulak! Mintak diri dulu! " kata syafiqa dengan sedikit menganjing pada kak Aliya. Semua pelajar memandang Saidatul yang menutup muka dengan tangannya. Sambil menggelengkan kepalanya.

________________________

Keesokkan harinya adalah gotong royong madrasah. Bersihkan keseluruh madrasah kerana mereka semua akan bercuti.

"atul dengan Aisya tolong buangkan sampah kat belakang madrasah boleh tak? " tanya Amira.

"Aisya okey je! Atul? " tanya Aisya.

"Boleh, tapi kena cepat lah sebab dah pukul 7 ni" kata Saidatul sambil melihat jam ditangannya.

Ketika siap membuang sampah ada seseorang datang menyapanya.

"YA TOBI BI QOLBI" suara garau menyapa. Saidatul menoleh.

--------------------

Kkkk hbis part4

NoktahWhere stories live. Discover now