D I A R I 11

18.1K 735 20
                                    

Aku sampai di hospital Putrajaya....Kereta di parking dan aku terus memboloskan diri keluar..Muka pucat dan sakit aku hiraukan..

"Boleh saya bantu Puan?"Soal jururawat perempuan yang menjaga kaunter pertanyaan di situ..Aku menghulurkan buku appoinment aku pada nurse tersebut..Dia mengangguk kepala lalu menekan interkom di sisinya..

Aku memandang sekeliling..Ada yang keluar wad,ada yang tunggu di emergency case dan ada yang baru masuk untuk melawat ahli keluarga yang sakit..Yang pasti,semua berkeluarga..

"Puan!"Panggilan nurse tersebut membuat bahu aku terhenyut terkejut..

"Puan boleh terus masuk ke bilik Dr.Saadiah..Dia free sekarang..Puan jalan straight and then belok kiri pastu jumpa bilik Dr.Saadiah.."Terang nurse tersebut..Aku anggukan kepala dengan senyuman manis..

Aku terus mencari jalan yang ditunjukkan tadi..Selepas membelok ke kiri,aku terus berjumpa dengan bilik yang di situ tertera nama Dr.Saadiah..

Pintunya aku ketuk beberapa kali sebelum suara dalam menyuruh masuk..Tombol pintunya aku buka dan terus masuk..Pintu ditutup kembali..

"Assalamualaikum Dr.."Salam ku beri..Aku menarik kerusi di hadapan Dr.Saadiah..

"Waalaikummussalam Puan Azwa.."Jawapnya dengan senyuman..

"Saya datang untuk apppoinment tentang kandungan saya sekaligus masalah kanser saya.."Cerita ku tanpa ditanya..

"Saya tahu tu..So,macam mana?Puan sihat?Puan ada rasa sakit²?"Soal Dr.Saadiah bertalu²..

"Tak sihat dok!Setiap hari saya sakit.."Kata ku sayu..Kepala aku tunduk kebawah..

"Sabarlah..Pesakit saya yang mengidap kanser hati semua sudah selesai menjalankan operation..Cuma,Puan Azwa pesakit saya yang paling kritikal setakat ini..Saya tahu,Puan sudah di tahap ketiga..Batuk makin menjadi² kan?Darah sentiasa mengalir..Saya harap Puan perbanyakkan berdoa.."Pesan Dr.Saadiah..Tangan ku digosok perlahan!

"Tapi,saya tak tahan.."Luah aku..Tangisan aku pecah di dalam bilik yang luas itu..

"Puan taknak buat operation?"

"Taknak..Ianya pasti akan mengorbankan anak saya..Tidak apalah!Saya rela beri peluang kepada anak saya untuk terus hidup...Mereka masih kecil dan perlu diberi peluang untuk melihat dunia..."Kata ku..Airmata yang mengalir diseka menggunakan belakang tangan.

"Suami puan tak ikut?"Soalan cepumas ditanya..Aku sekadar menggeleng kepala..

Takkan aku mahu cerita masalah keluarga aku pada orang luar..Lagian,aku dan Dr Saadiah mana rapat!Rasanya,lebih baik aku senyapkan..

"Dia kerja.."Jawap aku acuh tak acuh..

"Hermm..Kalau macam tu,marilah saya periksa kandungan Puan.."Selepas berkata demikian,aku dan Dr Saadiah bangun dan bergerak ke arah birai biliknya..Aku disuruh baring atas katil bercadar biru laut dan berbantalkan putih sementara Dr Saadiah menyediakan bahan...

10 minit kemudian..

Kami duduk semula di meja kerja Dr Saadiah..Dia menulis sesuatu pada buku warna pink untuk baby..Kelihatan sungguh ralit..Aku hanya duduk bersandar dan memerhati sahaja..

"Ookay..Alhamdulillah,Kandungan Puan Azwa sihat dan nampaknya kembar sulong Puan membesar dengan sihat..Kandungan puan sudah berusi 5 bulan lebih...Lagi beberapa minggu akan masuk 6 bulan.."Cerita Dr Saadiah dengan senyuman manis.

"Alhamdulillah..Boleh saya tahu jantina mereka?"Soal aku..Aku harap sangat boleh tahu jantina anak aku..Kemungkinan aku tak kesempatan nak tahu jantina mereka selepas aku lahir!!

"Saya Izinkan Abang!"[Complete√]Where stories live. Discover now