D I A R I 14

17.8K 693 24
                                    

Menghitung hari-krisdayanti

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Jalan cerita,Kisah yang panjang,
Menghitung hari....

Padamkan saja,
Kobar asmara mu,
Jika putik itu takkan ada,
Yang aku minta,
Niat sucimu,Bukan puitis....

Pergi saja,
Cinta mu pergi...
Bilang saja pada semua,
Biar semua,Tahu adanya...
Diri,ku kini sendiri...

Padamkan saja,
Kobar asmara mu,
Jika putik itu takkan ada,
Yang aku minta,
Niat sucimu,Bukan puitis....

Ohhhh....Pergi saja,
Cinta mu pergi...
Bilang saja pada semua,
Biar semua,Tahu adanya...
Diri,ku kini sendiri...

Kini...diriku sendiri...

Sudah dua kali berturut² lagu tersebut berkumandang di corong handfon aku...Ianya diulang tanpa henti..Semakin dilayan,semakin sayu perasaan aku ini...

Airmata yang mengalir aku seka dengan belakang tangan...Sendu² masih berbunyi di bilik hotel itu..Perlahan dan penuh kesedihan..

Lagu tersebut,lagu kegemaran aku...Lagu yang membawa maksud yang mendalam..Terasa seperti lagu tersebut diaju kepada aku sendiri..

Aku bangun dari baringan lalu bersandar pada kepala katil..Kepala aku dongak memandang syiling..Mata dipejam!Tanganku mula bermain antara satu sama lain..

Fikiran aku mula menerawang memikirkan sesuatu...Sesuatu rasa yang sudah mula bertandang....Rasa yang sejak seminggu ni aku tahan agar bersabar..Rasa rindu pada suami yang sedang bahagia di rumah..

Seminggu aku di hotel ni,langsung aku tak dengar khabar berita yang terjadi di rumah sana..Sudah hilang terus rasanya aku mahu menjejak rumah tersebut..Mungkin mereka sedang bersuka ria di sana tanpa fikirkan aku!!

Tiba² aku menangis teresak²...Diriku mula memberontak sendirian mahu berada dalam pangkuan suami tersayang...Diri ku meronta perlukan kasih sayangnya!Diriku merintih ingin dibelai oleh Aryan seperti suami isteri yang bahagia di luar sana...

Adakah silap aku kerana mengizinkan Aryan kahwin?Tapi,kalau aku tak bagi pun..Ianya tetap berlaku!Aku tiada mesti sahaja Aryan akan ambil peluang untuk nikahkan Wawa...Ataupun mereka kahwin lari!

Aku tahu,aku tak patut berfikir begitu...Mereka sudah halal!Mereka sudah lama diijabkabulkan..Mereka juga sudah menjadi sepasang suami isteri yang sempurna..

Muka aku sapu dengan tapak tangan...Ya Allah!Kau tabahkan aku...Mungkin ini ujian untukku..Aku tahu Engkau takkan berikan ujian ke atas seseorang kalau dia tak mampu lalui..Ini adalah ujian aku!Aku redha keatasnya...Mungkin penderitaan aku ada hikmah disebaliknya..Bantu hamba mu Ya Allah!

Aku turun dari katil dan mencapai kain tuala..Aku ke arah bilik air untuk mandi dan solat Isyak yang belum aku tunaikan..

Usai mandi dan solat..Aku berteleku atas sejadah dengan harapan dapat menenangkan hatiku yang gusar...Perasaan itu aku cuba hindari sebaik mungkin..

Aku mula menadah tangan untuk membaca doa..Mata ku pejam serapatnya untuk meminta kepada Yang Maha Esa!!

"Ya Allah Ya Tuhanku...Ampunkan dosaku..Kedua ibu bapa ku di sana..Kurniakan mereka cahaya syurga..Titipkan sayang ku pada mereka..Ya Allah!Ampunilah dosa suami ku dan maduku andai mereka ada menginkari suruhan Mu ini...Limpahi mereka pahala dan rezeki yang halal..Kurniakanlah cahaya mata pada mereka..Sentiasalah berkati mereka itu dan lindungilah mereka dari segala bahaya yanh mendatang.."Aku teresak menangis..Aimata dibiar mengalir tanpa diseka..Aku luahkan segala pada Yang Esa..

"Ya Allah!Hanyalah padamu aku meminta..Hanya padamu aku memohon...Ya Allah!Kau bantulah umatmu ini...Hindarilah rasa gusar ku...Penderitaan aku mungkin akan berkurangan...Sentiasalah lindungi ku yang hanya bersendirian tanpa bantuan..Berkatilah segala yang diberi pada ku..Ya Allah!Sampaikan salam rinduku pada suamiku...Hanya Mu Yang Maha Esa aku mampu berdoa..Titipkan syahdu ku ini pada si dia..Janganlah kau ubah pendirian aku yang hanya inginkan dirinya..Ya Allah!Bantu hambamu..Cukuplah penyeksaan ini,hentikanlah kesakitan yang hambamu ini rasa..Keperitannya amat mendalam..Hanya mu aku mampu mengadu...Ya Allah!Sentiasa lindungi anak ku..Berilah mereka hidayah dan sentiasalah lindungi mereka yang bakal lahir..Makbulkan doaku..Aku memohon!!"

Doa aku amiin dengan esak tangis kuat..Tersendu teruk aku lalui..Walaupun keperitan!Aku tempuhinya..Kesakitanku ini akan ada hikmat disebaliknya..Pengharapan aku menjadi satu titik doa yang bakal Allah singgahkan di hati si dia...

Aku baringkan badan lemah ini atas sejadah...Airmata yang lesu mengalir dibiar agar aku rasa satu kepuasan..Aku lebih rela begini jika ini yang terbaik..Untuk apa aku hidup jika tiada apa yang menanti aku di atas dunia ini..Tapi,aku harus teruskan kerana masih ada dua zuriat yang sedang membesar dalam rahim aku..

Mataku pejam...Cuba hindari rasa gusar ini...Perlahan!Terasa bayu lembut mula meniup air mukaku seakan ingin memberi aku ketenangan yang sudah lama tak aku rasa...Aku terlelap!!








Sis memang betul² nangis bila tulis doa tu...Doa diatas adalah doa yang 100% doa yang kawan Aunty
sis minta pada yang Maha Esa...

Sungguh!Sis curahkan segala rasa pada doa di atas...Kalau reader nak sedap lagi,baca doa di atas bila dengar lagu BENCI KU SANGKA SAYANG-SONIA...(video di atas)

Sungguh,reader akan rasa penghayatannya yang sebenar...Jika reader semua membaca doa tersebut sama seperti reader sumua doakan kesejahteraan Azwa(bkn nama sbnar)...

Cubalah...

Sorry for typo and teruskan membaca kisah ini nya!!Teruskan vote and comment!!In Syaa Allah sis reply..

"Saya Izinkan Abang!"[Complete√]Where stories live. Discover now