Tanpa membuang masa kak Suzie mengajak aku mengikutinya dan tinggal di rumahnya .
" Kak terima kasih sebab sudi beri tempat tinggal,yelah saya ni bukan sesiapa ,bukan orang yang akak kenal pun!" aku berkata kepada kak Suzie.
Dah..dah..tak payah ungkit dik! Selagi akak boleh tolong ,akak tolong.Bukankah menolong orang yang teranaiya macam adik ni berganda pahala akak dapat?" kali ni kak Suzie bersuara.Sungguh kak Suzie merupakan insan yang mulia,aku tak tahu nak membalas budinya.Kata aku didalam hati.
"Ya Allah kau tambahkan pahala kak Suzie.Kerana dia telah menolong hambamu yang tak berdaya ini! Amin Ya Rabbal Alamin..
**********
Kini sudah seminggu aku berada di rumah kak Suzie .Kadang rasa malu jugak bila duduk saja ." Ahh...baik aku cari kerja ,at least x membebankan kak Suzie." aku berura- ura mencari pekerjaan .
Tiba2 ada satu sosok yang menuruni tangga ,rupanya kak Suzie." Dahlah adik , tak payah cari kerja akak boleh tanggung kau ."kak Suzie berkata.Aikk bila masa kak Suzie tau aku nak cari kerja ni?Tekejut aku bila kak Suzie berkata begitu.
" Dik ,akak nak tanya ni kau jangan buat muka pelik pulak!. Sekarang umur kau berapa dik? " Kak Suzie menyoalku dwngan muka serius.
Oh!Umur adik baru 17 kak .Kenapa akak tanya?aku mula bingung bila kak Suzie bertanya."Hmm..ada apa2 ker?"
"Oh ..taklah akak saja tanya.Ni lagi satu akak nak tanya masa kau kena "tendang" bapak kau ada tinggal apa2 untuk kau tak?"
Hah?maksudnya?"aku keliru dengan maksud kak Suzie.
"Alah..kau ni lambat pick up betul! Contohnya , keputusan SPM ,surat beranak ker? Tu maksud aku." Kan kak Suzie dah ber"aku-kau".
"Sebenarnya ada.."belum sempat aku berkata kak Suzie dah potong line.
"Hah bagus! Akak nak tengok result kau.." pinta kak Suzie."Erkkk...nak bagi ke tak?aku berkira- kira untuk menunjukkan result aku,yelah keputusan aku bukannya bagus pun!.
"Ta..tapi result saya tak okey".Lambat - lambat aku menyerahkan result aku ,dan akhirnya bahu aku ditepuk oleh kak Suzie.Nasib tak terkeluar jantung.
" Apa lak tak okey! Ni kau dapat Straight A' !".Riak wajah aku bertukar pabila mendengar pujian kak Suzie .Tak pernah aku dipuji selama ni,kak Suzie orang pertama puji aku.
Melihat Tiya bermuram, Suzie ingin menanyakannya tapi hasratnya dibatalkan kerana tak mahu Tiya tertekan.
YOU ARE READING
Kau Pembuli Hatiku
RomanceTiya? Sebut saja nama gadis itu satu kolej kenal.Kenapa? Kerana dia adalah mangsa buli kepada sang jejaka yang paling famous di kolej tersebut.Hari2 dilalui seakan tak menyebelahi gadis tersebut, dan lagi entah apa malang dirinya bertemu seorang gad...