"Mama !! Kenapa tak kejut " berlari aku memasuki bilik air kerana aku telah lewat untuk kesekolah . Jam menunjukkan sekarang dah pukul 6.50 . Aduh dah lambat. Nasib baik aku ABC kalau tak subuh gajah la aku .Selesai bersiap aku turun dengan tergesa gesa memanggil papa kerana aku perlu pergi sekolah dengan papa. Kenapa tak pergi dengan mama ? Well aku kan taknak kantoi kata aku nie anak pengetua. So better pergi dengan papa. Tak sempat breakfast aku ambil sekeping roti yang telah disapu jem oleh abang aku.
Lalu aku masuk ke dalam kereta dengan kasut di tangan kiri roti ditangan kanan. Apa jala aku dah lambat. Semasa dalam perjalanan aku pakai kasut. Sampai ja dekat sekolah aku terus salam papa dan keluar dari kereta . Aku lihat jam sudah pukul 7.15 berlari aku ke pagar takut ditahan oleh pengawas.
Tibanya didataran aku lihat para pelajar dah beredar masuk kekelas masing masing. What the takder perhimpunan ? Owh bagus la takder la aku mengantuk sangat. So aku baru ja nak naik tangga dengan tenang aku teringat kelas pertama adalah miss Aulia hat garang tu . Terus aku mendaki dengan laju . Tiba dia tangga terakhir aku hampir jatuh nasib baik ad tangan yang sempat tarik aku dari jatuh.
Tanpa buang masa aku terus beredar takut miss aulia sampai dulu dari aku . Mau kena denda .
Fuh selamat . Miss aulia masih belum ad dalam kelas. Aku duk dekat tempat aku . Sebelah aku perati mimi sedang baca novel . Ehh minah nie dah la seludup novel masuk sch . Kena rampas padan muka.
"Wei mimi , takder story ka?" Kataku sambil buat muka bosan . Baru sahaja dia nak bukak mulut terdengar ketua kelas menyuruh kelas bangun.
Skip
Waktu rehat
Waktu tengah syok makan aku teringat hal di tangga tadi . Ehh sapa hat sambut aku tu hah ? Dah la aku tak cakap terima kasih . Hah lantak la . Tapi rasa macam familiar ja dia tu . Haisyhh nanti la kalau jumpa aku cakap terima kasih.
Sambung makan tetiba kantin senyap . Aik aku kalih tengok mimi . Duk pandang satu tempat nie . Aku kalih la tengok . Ehh tu bukan mamat hat tolong aku ka ? Err dia mai sini ka ? Kenapa rasa dia datang arah nie ?
Aduh takkan la dia nak marah aku.Setibanya jejaka itu di meja aku . Aku angkat muka . Baru dia nak bukak mulut aku kata " er sebelum awak nak marah ka apa ke saya nak ucap terima kasih sebab tolong saya tadi. "
"Baru nak cakap sekarang ? Kau kena bayar terima kasih kau tu ." Kata Zhafran. Yala sebab aku tengok tag nama dia . Dahla mai dengan kawan kawan dia pulak tu . Sorang tak kalut 3 pulak . Duk pandang aku atas atas bawah . Tau la freehair pun.
"Err awak nak saya bayar dengan ap? " kataku takut takut. Yala muka dia macam badboy gila tak takut. Pastu siap bawak konco konco lagi. Haisyhh.
"Em . Apa ya . Tah aku tak fikir lagi . Jumpa aku dekat bilik muzik waktu balik satgi. Aku akan abq aku nak apa." Katanya. Lalu mereka pun beredar dan aku pun sambung suapanku yang tergendala.
"Wei kau tak cita pun dia tolong kau ? Tapi takkan la budak jahat tu sanggup tolong kau kot." Kata mimi. Aku pelik lalu aku kalih tengok dia dan dia pun cerita la.
Owh zhafran nie budak jahat aku ingat dak biasa ja. Bak kata mimi denni tiger sch hat tiga belakang dia tu izz , dani dan hadi . Dani dan hadi tu kembar . Playboy sejati tu. Izz tu macam PA dia la jugak . Dengar kata apa yang dia nak dia akan dapat . And jangan kau berani kacau life dia . Dia seksa kau cukup cukup sampai kau pindah.
Wow menakutkan tapi like aku kisah . Tak mungkin la dia sekejam tu . And kadang mulut orang nie cakap je lebih padahal tak pun. So malas nak pikir.
Skip
Bilik muzik.
Sunyi. Yala dah semua orang dah balik. Nasib baik harini aku balik lambat sebab papa ad meeting so aku kena tunggu mama . Dan taknak la balik awal takut ad orang nampak so im here. Depan bilik muzik seperti yang dijanjikan.
Aku ketuk dua kali dan tetiba pintu terbuka dari dalam. Terjengul la kepala izz melihat gerangan yang mengetuk pintu. Baru nak bukak mulut dia suruh aku masuk .
Aku bukan kasut dan masuk. Aku rasa pertama kali masuk bilik nie sebab mama kata nie bilik private. Dibina hanya untuk anak pibg. So guru pun tak dibenarkan guna bilik nie tanpa kebenaran .
"Er zhafran mana ? " soalku sebab tak nampak dia pun." Ehh awal kau datang" Terdengar suaranya dari arah satu bilik kecil.
Tetiba aku bau asap rokok. Dia isap rokok ? How dia boleh seludup rokok masuk sch? Kena bagitau mama nie . Aku tutup hidung sebab tak tahan bau busuk tu .
Mungkin dia perasan lalu dia tutup pintu tu dan datang dekat ." Asal tak pernah bau rokok ? Sorry la . Aku stress so aku isap rokok." Katanya . Macam la aku kisah.
" Nak apa suruh aku datang sini ? " malas berbasa basi . Aku takut mama cari aku nanti. Aku pandang dia atas bawah . Hensem la jugak tapi sayang merokok.
"Em aku nak apa ek 🤔. Izz aku nak wat apa ekk dengan budak nie ?" Tanya dia kepada izz. Aku pandang izz . Waktu tu izz tengah pegang gitar. Dia petik gitar tu sambil pejam mata. Em interesting.
"Biar ja la budak tu. Tak menarik pun . " bagus la dia bela aku tapi ayat di pergh deep argh. "Ehh kau biar betul. " tanya zhafran
"Kau pandai buat ap ? Main gitar ke piano ke nyanyi ke ? Or something yang menarik"tanya zharfran . Ish tanya dah la tangan tu takpayah la pegang rambut aku . Semak la .
"Em tah aku taktahu. Aku just suka belajar. That its" tipu sunat takpa kot . Harap la dia taktahu.
"Ehh kau nie biar betul . Em takpe la nanti aku perlukan kau aku cari kau balik." Ceh lalu aku pun keluar dari bilik tu. Aku kerling jam ditangan. Baru pukul 2.45 mama kata balik pukul 3 so aku nak pergi mana sekarang ?Em. Teringin main gitar la . Tadi tengok izz main . Aku dah la lama tak main . Awal bulan ritu kot . Xder la lama mana. Em pi bilik audio la .
Guys how my story . Baru ja lagi . Sis masih baru . Em harap la best 😽😽
YOU ARE READING
Qistina
Teen FictionQistina Alia Anak kepada Tengku Hisham jutawan yang popular di Malaysia. Namun tidak ramai yang tahu bahawa Tengku Hisham mempunyai dua orang puteri. Qis seorang yang mempunyai darah gemuruh. Tidak berani menonjolkan diri. Lalu dia juga mempunyai b...