Hari ni malas nak masuk kelas. Alaa lagipun cikgu semua mesyuarat sampai waktu rehat. So better aku cari budak budak nieNur Aisyah Fadhilah Binti Amir.
Nur Qaisara binti Halim
Siti Balqis binti Firdaus
Syafiqah binti Rosian.Hah mereka berempat telah dipilih oleh abang aku haritu untuk menyertai comp lets sing together. Nama mereka pun aku dah antar dekat tiger sebab dia mintak.
Nasib baik la f3 duk satu aras ja. Tak der la aku penat nak cari sorang sorang. Sambil itu aku check la jugak kelas kelas lain . Sebab cikgu tiada untuk jaga kelas . So aku dah diberitahu untuk pesan kepada semua pengawas untuk jaga kelas yang diberikan.
Sampai saja dekat kelas 3Beta1 aku ketuk lalu ada seorang junior datang dekat aku.
"Saya nak jumpa Aisyah dan Qaisara"
"Jap ya kak saya panggilkan."Aku pun tunggu la kat susur gajah sambil mata memandang view dari tingkat tiga nie. Lawa. Tak sangka cantik . Well aku mana pernah datang aras f3 saja saja nak lepak .
"Er, akak cari kami ?"tersentak aku bila ad yang menegur. Aku kalih lihat mereka yang memandangku.
"Ikut akak pergi bilik audi. Tapi sebelum tu kamu berdua tolong panggil syafiqah dan balqis sekali."kataku lalu beredar. Sebelum nak masuk bilik audi aku kena pi mintak kunci dulu.
Tapi dah semua orang mesyuarat so aku pergi bilik mama dan ambik sendiri. Ala sebelum habis aku letak laa.
Tiba di bilik audi aku lihat mereka sudah menunggu ketibaanku. Aku buka pintu dengan segugus kunci tadi lalu aku pelawa mereka masuk. Ala buat macam rumah sendiri."Akak panggil korang nie sebab sekolah kita perlukan seorang vocalist utama untuk competition lets sing together. Dan cikgu fahmie telah pilih korang berempat. So akak kena pilih sorang sahaja untuk masuk comp tu. So sekarang akak nak test korang punya suara."huh penat cakap panjang panjang. Tapi aku tipu sikit sikit tu boleh la.
Lepas aku dengar suara empat empat orang tu. Aku pilih Balqis sebab suara dia boleh nyanyi pitch tinggi dan rendah. Then lagi 3 orang tu aku ucapkan maaf dan mereka boleh beredar.
"Balqis hari nie kamu balik dengan siapa? Sebab satgi waktu balik akak nak bawak kamu jumpa band sekolah pulak."
"Saya balik dengan abang saya tapi pukul 3"
Okay cun selesai satu masalah.
"Kamu boleh pulang kekelas kamu"Ada satu jam lagi sebelum rehat. Em nak masuk kelas malas. Nak jaga kelas lagi malas. Em nak pergi mana ? Nak nyanyi malas. Nak lepak mana ?
Em pergi Ladang tulip la. Ladang tulip nie diusahakan oleh kelap pertanian. Kenapa tulip ? Em president kelab nie minat aku . Then satu hari dia tanya kau suka bunga apa ? Then aku kata la tulip tapi aku tak suka tulip yang dalam bouquet.
"Kenapa?"
"Aku tak suka orang bagi aku bunga. Sebab bunga tu takkan tahan lama. Aku lagi suka tengok bunga tu ditanam dekat belakang sekolah banyak banyak."
Dan tadaaa depan mata aku nie ladang tulip. Pelbagai warna dan saiz yang ada. Dekat sini jugak la dia luahkan perasaan kata dia suka aku. Tapi waktu tu kami baru f3 dan aku tak suka bercouple. Sejak dari haritu aku dah tak rapat dengan lelaki.
Dan sekarang nie aku digosipkan bercouple dengan budak paling bermasalah disekolah. Tiger . Sejak dia tolong aku banyak dah benda buruk jadi dekat aku. Aku selalu kena buli dengan dia. Dulu ya aku tak takut. Tapi sekarang aku mula takut dengan dia.
Wel dianie berani lakukan apa saja dan mama pun xboleh halang. Pasal spotcheck tadi pun dia clean and clear . Tak dak satu pun salah dekat dia and aku terkejut. Dari jauh aku nampak dia dah tersenyum sinis dekat aku.
YOU ARE READING
Qistina
Teen FictionQistina Alia Anak kepada Tengku Hisham jutawan yang popular di Malaysia. Namun tidak ramai yang tahu bahawa Tengku Hisham mempunyai dua orang puteri. Qis seorang yang mempunyai darah gemuruh. Tidak berani menonjolkan diri. Lalu dia juga mempunyai b...