0.6

472 45 1
                                    

Calling....Calling...

Akhirnya orang itu mengangkat telefon.

"Nayeon, jumpa oppa sekarang. Kat rumah oppa. Okay." Baekhyun pun mematikan handphone nya.

Sedang dia memakai kasut, dia ternampak dua pasang kaki di hadapannya.

"Cepat nya kau samp- ugh! Kau rupanya..." kata Baekhyun.

"Aku nak tanya sikit ni.." kata chanyeol.

"Tanya esok je lah. Aku nak jumpa kawan ni.." balas Baekhyun.

"Ceyh. Jumpa kawan ke nak date?"

Baekhyun menghiraukan pertanyaan chanyeol lalu mengunci rumahnya.

"Oppa!" Jerit seseorang.

Suaranya pun sudah cukup untuk Baekhyun tahu siapakah orang itu.

"Kita cakap dekat tempat lain je lah,nayeon. Ade orang semak kat sini.." kata Baekhyun lalu terus berjalan tanpa menunggu balasan daripada nayeon.

"Bye encik!" Nayeon melambaikan tangannya ke arah chanyeol dan terus mengejar Baekhyun.

Melihat mereka pergi,chanyeol pun berkata...

"Girlfriend cantik macam gitu pun nak keras hati lagi. Tak faham aku dengan dia ni tau..."

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari belakang rumah Baekhyun. Chanyeol menjengah sikit.

Dia ternampak seseorang sedang mencangkul di belakang rumah Baekhyun. Dia memakai serba hitam.

Chanyeol perlahan-lahan bergerak ke orang itu. Tapi malangnya,orang itu perasan chanyeol.

Dia berlari selaju yang mungkin. Chanyeol cuba untuk menggejarnya tapi tidak kesampaian.

Dia pergi ke tempat orang itu mencangkul.

"Kenapa dia cangkul tempat ni?" Bisik chanyeol seorang diri.

Manakala...

"Oppa! Tunggu lah nayeon!" Jerit gadis itu sambil berlari.

Baekhyun berhenti dan menunggu nayeon. Apabila nayeon sampai di tempat nya dengan tercungap-cungap, Baekhyun bertanya...

"Macam mana kau jumpa ayah aku?"

"Oh! Nayeon nak jumpa oppa, pastu nayeon nampak orang tua ni cakap-cakap apa tah. Lepastu dia bla gitu je..." jelas nayeon.

"Dia cakap apa je dengan kau?"

"Tak de apa-apa pun.dia cuma cakap dia ayah oppa. Pelik tau dia tu, dia pakai serba hitam masa tu.."

Pada waktu yang sama, seseorang berlari di hadapan mereka. Dia memakai serba hitam.

"Appa?" Tanya Baekhyun seorang diri.

Dia baru sahaja hendak mengejar orang itu, tapi ditahan oleh nayeon.

"Jangan oppa! Dia tu mungkin pencuri mana tah! Tak mungkin ayah oppa!"

"Lepas kan aku!" Baekhyun menjerit.

"Jangan oppa! Bahaya!" Nayeon memegang kuat tangan Baekhyun.

"Lepas lah!" Baekhyun menolak kuat tangan nayeon.

Membuatkan nayeon jatuh diatas tanah.

Baekhyun menghiraukan nayeon lalu mengejar orang itu. Bila tiba di simpang jalan,dia sudah tidak nampak kelibat orang itu.

Baekhyun pergi semula ke tempat nayeon lalu marah dia...

"Semua ni salah kau! Kalau kau tak halang aku tadi, mesti aku dah jumpa appa aku!"

Nayeon hanya mendiamkan diri. Baekhyun perasan terdapat kesan luka di tangannya dan lutut.

Perasan bersalah menyelubungi diri Baekhyun.

"Bangun." Kata Baekhyun.

Nayeon hanya menurut kata-kata nya. Dengan pertolongan kerusi di tepi jalan, nayeon pun berdiri.

Baekhyun melutut satu kaki dihadapan nayeon lalu berkata...

"Naik atas aku."

"Tapi-" nayeon mahu membanteras.

"Naik!"

Akhirnya nayeon naik juga.

Kini,Baekhyun sedang mendukung nayeon. Dari tadi nayeon tidak berhenti senyum.

"Jangan nak senyum sangatlah. Kau tu berat tau tak." Kata Baekhyun.

"Yeke? Jadi,turunkan lah nayeon. Mesti nayeon menyusahkan oppa kan.." Balas nayeon.

"Tak payah. Kita dah nak sampai dah pun."

"Ok." Nayeon tersenyum lagi lalu memeluk kuat leher Baekhyun.

Baekhyun hanya tersenyum kecil apabila memikirkan betapa comelnya nayeon ini.

.
.
.
.
.
.

Bersambung....

[C] The BOYWhere stories live. Discover now