0.1

1.1K 70 0
                                    

No one really cares about my life.

It is better if I'm invisible,

Cause everyone will never notice it.

- - - -

Baekhyun keluar dari biliknya dengan menyandang beg di bahu sebelah kanan.

"Baekhyun, mari sarapan dulu.." ajak ommanya.

Tanpa berkata apa-apa, Baekhyun terus memakai kasutnya. Ommanya berlari ke pintu depan rumah untuk mengejar baekhyun.

"Jaga diri baik-baik. Cepat balik tau." Kata ommanya.

Sekali lagi, baekhyun menghiraukan kata-kata ommanya. Dia berdiri lalu menjeling ommanya dan bergerak ke sekolah.

Begitulah rutin harian si hati batu baekhyun. Entah apa yang membuatkan dia sentiasa marah. Orang sekeliling menganggap dia ialah seorang psycho.

Tanpa baekhyun perasan, ommanya telah meletakkan duit dan nota di tepi begnya. Dengan harapan baekhyun akan membaca nota tersebut.

Tibanya di sekolah, baekhyun terus ke kelasnya. Duduk di tempat belakang sekali tanpa berteman.

Orang lain pun mula berbisik.

"Ishh..kau tengok tu. Budak pyscho tu asyik berangan je. Mesti nak benda jahat lah tu.."

Walaupun budak itu hanya berbisik, tapu baekhyun dengar dengan jelas sekali. Baekhyun lalu menjeling budak itu.

"Apa jeling-jeling?! Kau nak bunuh aku? Bunuh lah! Aku report polis." Kata budak itu.

Baekhyun tersengih lalu berkata..

"Kalau perangai kau macam gini, polis pun boley bunuh kau. "

"Apa-"

tak sempat budak itu membalas kata-kata Baekhyun, cikgu dah pun masuk.

Cikgu seperti terkejut melihat Baekhyun.

"Baekhyun-ssi, kamu tak balik lagi ke?" Tanya cikgu.

Baekhyun mengangkat mukanya. Dengan riak muka kenapa-saya-kena-balik? .

"Baekhyun, jumpa saya diluar sekejap.."

Baekhyun pun mengikut arahan cikgu . Mereka bergerak keluar. Cikgu itu meletakkan tangannya di bahu baekhyun.

"Baekhyun, omma kamu telah meninggal dunia baru kejap tadi. Cikgu tak tahu sebab apa, so lebih baik kamu pergi tengok sendiri." Kata cikgu.

Baekhyun seperti hilang fokus. Cikgu itu menggoncang badan Baekhyun untuk menyedarkan dia.

"Pergi sekarang baekhyun-ssi..sebelum terlambat.." kata cikgu.

Baekhyun melihat cikgu itu dengan mata yang berair. Lalu dia berlari keluar sekolah. Fikirannya bercelaru.

Omma! Don't leave me yet!.

Sampai sahaja di jalan rumahnya, sudak kelihatan ramai orang berkerumun di luar rumah.

Baekhyun menyerbu masuk kedalam. Dan nampak ommanya sudah terbaring.

Pada saat itu, hidup baekhyun hancur. Gelap. Sedih. Dia tidak boleh berfikir tentang apa-apa sekarang.

Dia melutut dihadapan ommanya. Memegang pipi nya dengan tangisan...

"Maafkan Baekhyun, omma. Tolong jangan pergi..."

Polis pun mencelah.

"Kamu ni anak mrs.byun ke?" Tanya polis.

Baekhyun mengangguk.

"Mrs.byun ditemui ditikam di ruang tamu ini. Kami belum menjumpai apa-apa kesan pencerobohan lagi, tapi jangan risau sebab kami akan mencarinya lagi..." jelas polis itu.

"Jadi, encik tak tahu siapa yang bunuh omma saya?" Tanya Baekhyun.

"Tanya lagi konon. Padahal kau yang bunuh mak kau kan! " kata salah seorang pak cik disitu.

Baekhyun menjeling keras pada pakcik itu. Dirinya seperti ingin tumbuk pakcik itu sekarang juga, tapi ditahan di dalam hati.

"Belum lagi. Tapi kami akan terus menyiasat." Balas polis itu.

- - - - - -

Selepas majlis pengebumian ommanya, Baekhyun duduk di ruang tamu.

Dia sudah tidak boleh menangis, kerana air matanya sudah kering.

Dia berfikir tentang nasibnya selepas ommanya mati. Kehidupannya pasti berubah.

Dia terpaksa ambil kerja sambilan selepas ini.

Tokk! Tokk! Tokk!

"Datang.." kata Baekhyun dengan lemah sekali.

Dia membuka pintu dan nampak dua orang jejaka.

"Byun Baek Hyun. Ikut kami." Kata salah seorang daripada mereka.

"Kau siapa?" Balas Baekhyun dengan kasar.

"Kami polis."

.
.
.
.
.

Bersambung....

[C] The BOYWhere stories live. Discover now