Di petang yang tenang, angin meniup dingin, Gikwang berada di meja belajar di biliknya, sedang dia membelek-belek buku teks sekolah..
"Weh.."
Dujun berdiri disebelah sambil memberinya sehelai kertas. Gikwang mencapai kertas tersebut yang tertulis 'Senarai perkara belum dilakukan ketika hidup'. Dia pandang ke arah Dujun dan menyoal pelik, "Apa nih?"
Dujun menoleh ke tepi tingkap, dan mula mengeluh. "Semalam aku balik, rumah aku penuh dengan orang." *menggaru belakang kepala nya sambil ketawa kecil* Air muka nya berubah, "Aku nampak eomma menangis depan gambar aku, so maybe you're right".
Gikwang melihat semula kertas yang diberi oleh Dujun.
Senarai perkara yang belum dilakukan ketika hidup:
1. Beraksi dalam perlawanan bola sepak antarabangsa
2. Bercuti keliling dunia
3. Hidup kaya raya
4. Makan makanan sedap di atas awan
5. Mempunyai syarikat game sendiri
6. Bola emas
7. Gundik
8. Jersi dari MessiGikwang terus membuang kertas tersebut di dalam tong sampah, "Hei gila, kalau benda macam ni kau nak, boleh pegi mati" katanya sinis.
Dujun: A-aku, memang dah mati..
Gikwang: Maksud aku sesuatu yang kau nak buat tapi tak sempat masa kau mati, bukan senarai gila yang merepek macam ni!
Gikwang kelihatan fed up dengan Dujun. "Tolong fikir waras sikit, lagipun aku tak sebut pun pasal nak tolong kau".
Pada masa yang sama, Dujun membaca komik di atas katil Gikwang, tidak peduli kan bebelan nya. Gikwang bangun dan mula menendang Dujun bertubi-tubi, tiba-tiba Dujun berdiri seperti terfikirkan sesuatu.
"Minah..."

YOU ARE READING
💜tell or not to tell💜
Fanfiction"should i tell her? should i wait?" 'Dujun, Dujun, Dujun' Bak kata orang, jantung berdegup laju bila nampak orang yang istimewa. Aku rasa aku faham. Yoon Dujun, pelajar tahun 3 class-4, pelajaran not so good also not so bad, badan athlet, muka 50-5...