Yes , He need time.
Dengan hati yang berat, aku lepaskan abang Ammar buat sementara waktu mengikut kehendaknya. Selepas kejadian malam itu, abang kerap merapat denganku, meluangkan masanya ataupun lebih tepat 'cuba' luangkan masa. Aku sengaja mengelak darinya sebab aku mahu sesuaikan diri dengan ketiadaannya nanti.
Aku juga tahu abang Ammar ada hati dan perasan dan sudah aku beritahu awal awal aku juga perlukan masa." Kalau itu keputusan Raffy , abang tak ada masalah. Tapi , abang tahu Raffy sedih sangat dengan keputusan abang. Yes of course you will. Thanks Raffy , for everything. Abang janji sebelum abang bertolak esok abang takkan jumpa Raffy. Nanti abang juga yang sedih sendiri. Jadi, Just wanna say that I love you. I really meant it Rafaella." Ucap abang Ammar sambil menikam tepat kedalam mataku. Air mata jantannya jatuh lagi.
Kata katanya yang masih terperap lama dalam mindaku. Kata kata terakhir sebelum dia pergi mencari masa.
Ya,memang aku sudah pertahankan diri aku dari terus dimanipulasi dengan segala ayat pengaruh abang Ammar tapi tipulah kalau aku kata aku tak rindukan dia selepas 5 bulan dia menjauh dariku.
Aku masih bersyukur kerana dapat berhubungan dengannya secara dalam talian tapi aku juga manusia yang rindukan seorang manusia." I wish I could meet you in person right now. Damn I miss you so much abang. "
Aduku pada gambarnya yang disimpan dalam telefon yang diberi oleh abang Ammar sewaktu dia bergambar di ruang tamu berbulan yang lalu.Tak sedar yang setitis air mataku telah menitik pada bantal yang aku sedang peluk dan baju abang Ammar yang aku ambil didalam biliknya untuk melepaskan rindu. Macam macam dah aku buat pada baju. Aku cium , aku peluk , aku buatkan sebagai peneman tidur.
" Raffy ? Kenapa menangis ni ? Tak elok tau demam demam ni menangis nanti lagi lambat nak kebah dari demam."
Hannah yang tiba tiba muncul, masuk kedalam bilikku.Punggungnya dilabuhkan disebelahku dengan tangan yang memegang segelas susu. Susu tersebut dihulurkan padaku dan aku membetulkan posisi aku sebelum duduk menyambut susu itu.
" Thanks " Ucapku lalu menghabiskan susu itu dengan dua kali teguk.
" Woah Raffy. Chill .. " Hannah menyambut gelas kosong yang aku pulangkan kepadanya.
" Rindu abang Ammar kan ? " Tukas Hannah.
Kalau aku geleng kepala nampak sangat aku tipu. Sebab aku menangis sambil memeluk baju abang Ammar. Dah biasa sangat Hannah nampak aku pegang baju abang Ammar kalau aku rindu padanya.
" Iya. What else do you expect. Tapi, Hannah jangan risau sangat Raffy dah besar pandai pujuk hati sendiri." Kataku dengan nada perlahan.
" Hm kenapa tak tidur lagi ni Hannah ? Esok nak bertolak balik kampung Hannah kan ? " Aku mengubah topik.
" Hannah laparlah. Jom teman makan luar ? Supper ? Jomlah " Ajak Hannah sambil menggoyangkan tangan kananku cuba memujuk.
" Ok. Raffy teman je tapi Raffy tak nak makan. Boleh ? Ok jom siap " Baru sahaja aku hendak bangun Hannah tahan tanganku.
" Tak nak makan ? Tadi Raffy makan sikit je. Macam tak makan pun boleh dikatakan. Roti bakar dengan peanut butter je. Makanlah ya Raffy. Kesian Hannah tengok Raffy tak selalu makan sejak 5 bulan ni. Pipi pun dah nampak cengkung tak cantiklah Raffy. Jangan macam ni. Kalau tak nak makan malam ni pun promise me yang Raffy akan makan secara seimbang lepas ni. Ni Hannah tengok—"
YOU ARE READING
Rafaella(My Ending)#Contest
RandomCerita asal : Rafaella Oleh : Maria Isabella 💞 @xMizabel