Hanya Padamu

18 0 0
                                    

Kehijauan belantara
Mematahkan lamunanku
Lalu ku tadah tangan
Memohon keampunan padaNya
Kerana alpa dan lalai
Mentaati perintahNya

Ku cuba jahit tikar yg terkoyak
Lamaku bersujud padaNya
Ku luahkan segala yg terpendam di kalbu
Untuk mencari ketenangan yg hakiki

Dalam sujudku
Ku mohon
Jangan bebani aku dgn duniawi
Kerana ku tahu ku tak mampu
Tabahkanlah hatiku
Untuk menerima dugaanMu
Kuatkanlah langkah kakiku
Untuk berjuang di jalanMu
Bantulah aku
Untuk membawa risalah Mu

MONOLOG HATI Where stories live. Discover now