"Cut!!" Laung produser kepada kami yang sedang berlakon..
"Bagus. Lakonan kamu semua tak ada masalah. Jadi,cukup aja hari ini. Esok,datang awal seperti Jihyo-shhi dan Jin-shhi. Cepat siap lagi bagus." Pesan pengarah yang mengarah cerita emergency couple itu.
"Aku pulang dulu Ya,"Mintaku kepada Semua orang. Aku harus pulang awal kerana kereta rosak. Jadi,mahu tak mahu aku harus pulang dengan bas.
"Awal nyer,selalunya lepak dulu." Kata minhyuk btob yang memegang watak sampingan dalam drama ini.
"Ada masalah sikit,okeylah bye" beritahuku. Memang selalu lepak dulu.
"Okey,hati-hati Ya Jihyo. "Pesan Jin sambil melambaikan tangannya kepadaku.
Perjalanan menuju ke bas stop hanyalah memakan masa lima minit dari tempat syutting. Sudahlah aku memakai kasut tumit tinggi. Kereta pom masa-masa inilah dia mahunya rosak.
Tiba-tiba aku terasa seperti ada yang memegang tanganku. Dengan automatiknya badanku terpusing menghadapnya. Ya, figura yang berada di hadapanku ini adalah insan yang aku cintai 8 tahun lalu.
"Kim..Dong....Jun?" Tanyaku tergagap-gagap mahukan kepastian. Sekarang Kau makin kacak.Ya,makin kacak.
"SongJiHyo, maafkan saya. Tolong maafkan saya. Saya masih cintakan awak,Jihyo." Ucap kimdongjun sambil cuba memegang tanganku. Datang-datang mahukan kemaafan, apa gila.
"Maaf? Cinta? Cinta apa yang awak maksudkan? Bukankan impian awak itu lagi penting dari saya,??" Kataku sambil tersenyum sinis.
"Tapi Jihyo, saya masih cintakan awak. Saya tahu saya salah. Saya terpaksa lakukannya. Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan." Katanya. Aku terlihat beberapa air matanya keluar. Ikhlas atau tak ,sengaja aje kut. Dulu bukan ker dia yang beria nak putus. Inilah manusia,dah menyesal baru nak datang mintak maaf.
"Dah 8 tahun lah kita putuskan hubungan. Kalau nak tahu,Cinta saya dekat awak dah pudar masa awak membuat keputusan memilih kerjaya awak daripada saya." Kataku sambil cuba menahan airmata dari mengalir. Sengsaranya aku pada masa itu,Kau tak kisah pom kan?...So,go your life.
"Jihyo,jangan begini. Terima saya balik. Saya sengsara awak tinggalkan saya." Kata DongJun sambil cuba memelukku.
"Lepaskan akulah dongjun. Kau bukan saja memilih kerjaya malah kau turut kata yang Hyori lagi layak bersamamu. Aku terkilan dengan perbuatanmu. Jangan cuba memaksaku untuk bersamamu kembali. Aku tak Suka." Kataku meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Aku hanya tipu,Jihyo. Aku tak maksudkan apa yang aku Beritahu. Maafkan aku".
Dongjun malah mengeratkan lagi pelukan kami. Yah!! Rimasnya begini. Dulu memang pelukan ini yang aku selalu idamkan dan membuatkanku tenang tapi sekarang tak lagi.
"Bro!! Kalau dah perempuan tak nak,jangan nak paksa."...Entah dari mana datangnya suara itu. Sepertinya,aku kenal.
"Kau siapa,"Tanya dongjun.Akhirnya dia Lepaskan juga pelukan yang merimaskan tadi.
"Jin!!" Teriakanku sambil cuba menghampirinya. Aku berada dibelakangnya. Mujur aja Kau ada Jin.
"Aku tahu kau KimSeokJin. Tapi aku nak tahu apa hubungan kau dengan Jihyo lah." Kata Dongjun.
Yelah. Bodoh ker tak kenal Si Jin nie grup BTS sekarangkan tengah hot di pasaran. Tak gurau ,hangat di korea.
"Sebaliknya,Kau tanyalah si Jihyo nie aku siapa." Suruh Jin.Sesungguhnya aku tak mengerti Jin..Jangan nak asyik menyuruh.
Aku hanya senyap. Entah apa yang harus aku katakan,aku bingung.
"Dia kekasihku. Jadi jangan nak berharap. Dia sudah ada aku. Jadi jangan nak ganggu hubungan kami." Kata Jin sambil memelukku. Ini lagi satu masalah,selamba badak aja kata aku nie girlfriendnya.
YOU ARE READING
(OnGoing) BadBoy:-
FanfictionSenior.Junior.?????. "Kau nak tahu tak Junior yang handsome itu,MakAyah dia kawan MakAyah aku. Kalau korang nak rapat dengan dia, Bagi aku upah."- Bohong SongJiHyo. "Bubbles tea.... "- OhhSehun. Umur??Berbeza 4 tahun.Apa yang akan jadi Kalau mereka...