Part 10

112 12 0
                                    

Di Bangunan SM.Town

"Bagus !! Akhirnya kau dah buat keputusan. Berlakon,sayang sangat kau dekat kerjaya kau nie kan. " Kata Jihyo ibarat mengejek manusia yang berada di depannya.

"Sukahati akulah,kau sibuk apahal??" Marah Sehun kepada Jihyo yang tak habis ii menyusahkannya.

"Syuting Drama itu akan bermula pada minggu hadapan,esok akan ada perjumpaan dengan semua crew dan juga pelakon. Harap kau bagi kerjasama yang secukupnya." Arah jihyo sambil memberikan senyuman sinis tanpa disedari sehun.

"Patut ker ada perjumpaan?? " Tanya Ohhsehun. Bodoh punya mamak, dah tahu nak Berlakon mesti ada perjumpaan.

"See,aku dah cakap yang kau nie mentah. Masa ini lah kau nak ambik peluang,bodoh betul!! Macam manalah Soo Man appa boleh trainee kan kau dekat sini." Ejek Jihyo sambil membuat mimik muka tak puas hati.

"Cakap macam kau tu perfect sangatkan. Siap kau, aku matikan kau !!!" Marah Ohhsehun.

"Kisah pulak aku. Orang mentah macam kau nie mana layak nak sentuh kulit aku. Maaf,!!" Ejek Jihyo tanpa disedarinya bahawa seorang manusia tersentap mendengarnya.

"Yelah. Aku tau yang orang macam aku mana layak untuk bertanding dengan kau. Aku hanya boleh jadi hamba kau tanpa aku sedar. " Ujar Sehun sambil menatap Jihyo seperti ingin menerkamnya.

Terasa..? Manusia mana yang tak terasa kalau kena hina depan- depan macam nie. Hati batu jer yang tak terasa kalau kena kutuk.

" Baguslah. Sedar pun diri tu siapa. Dahlah pergi balik dorm, orang macam kau tak layak ada dalam bilik CEO lama-lama. Nanti jatuh MUFLISS." ejek Jihyo sambil memberi isyarat supaya Sehun keluar.

Tanpa bersuara OhhSehun keluar dari bilik tersebut. Terdengar juga bunyi dengusan dari mulutnya.

"Kau lihat nanti. Aku akan pastikan kau melutut depan aku.... "

____________________________

Ohh Sehun.

Kim Hyuna.

Lee Seung Gi.

Lee Sung Kyung

Yoona.

Kim Ki Bum.

"Mempersembahkan pelakon-pelakon utama yang akan terlibat dalam lakonan ' The Man who Love to Hate' nanti. Semoga semua pihak dapat memberikan komitmen yang baik sepanjang syuting di jalankan. Maafkan saya kalau saya ada lakukan apa-apa kesalahan kerana saya pun masih baru dalam dunia pengarahan nie. Saya masih lagi pelakon bawahan buat masa sekarang. Saya hanya menggantikan tempat Soo Man appa yang sekarang nie berada di Jerman untuk menaikkan lagi nama syarikat nie." Ujar lebar Song Ji Hyo aka pengarah untuk dramas bersiri ini. Sambil merendahkan dirinya masih terselit lagi senyum sinis buat orang yang paling dibencinya.

"OhhSehun. Awak boleh berikan ucapan sempena meraikan yang awak berjaya dapatkan watak utama nie."Arah penerbit yang inginkan OhhSehun untuk berbicara.

"Ohh! Hai saya OhhSehun atau boleh panggil saya Sehun. Saya harap yang anda-anda semua dapat berikan tunjur ajar kepada saya kerana saya juga masih baru dalam dunia lakonan nie. Selama nie saya hanya sibuk dengan dunia tarian dan muzik saja. Saya juga senang hati kerana dapat berganding bahu bersama-sama artis terkemuka korea iaitu Lee Seung Gi , Yoona ,Kim Ki Bum ,Lee Sung Kyung dan lupa pulak heroin kita iaitu Kim Hyu..Na. Sila berikan tunjuk ajar." Kata OhhSehun sambil menundukkan badannya.

____________________________

"OhhSehun !! Tunggu!!

Jerit Seorang perempuan kepada OhhSehun yang berjalan pantas tanpa memandang belakangnya.

(OnGoing) BadBoy:-Where stories live. Discover now