Bab 2

218 7 0
                                    

Usai solat maghrib,Laura merebahkan tubuhnya di katil. Waktu waktu begini dia selalunya sudah tidur. Maklumlah jam disana cepat sejam dari waktu di Malaysia.

" Laura " Panggil Puan Hanim.

" Ya,ma "

" Jom makan sama sama. Semua tengah tunggu Laura tu"

"Pergilah makan dulu. Laura tak ada seleralah" Balasnya.

"Janganlah macam tu..jom turun makan sama"

Nak tak nak terpaksalah Laura menuruti kata mamanya itu. Sampai sahaja di meja makan,Dato Hisyam memandang ke arah Laura.
Laura pula membuat muka selamba dan terus duduk di sebelah mamanya.

"Dah tak geti nak turun makan lagi dah?" Perli Dato Hisyam

Laura membuat muka selamba seolah olah papanya tidak berkata apa apa padanya. Dia mencedok sedikit nasi dan ayam.

"Dengar cerita kau amik ijazah kedoktoran selepas  belajar muzik kat sana? Betul?" Soal Encik Hisyam.

Laura mengangguk.

"Apa perancangan kau lepas ni? "Soalnya lagi.

Laura menghabiskan makanannya lalu ke dapur untuk membasuh tangan. Terus dia berjalan menuju ke tangga.

"LAURA HUMAIRA! " Tengking En Hisyam.

" Hey apa ni memekak kat sini? Buat apa papa nak tahu? Papa sendiri cakap kat Laura yang papa tak nak masuk campur dan amik tahu pasal Laura kan? Laura ni kan bukan anak papa "

"Kurang ajar! "

"Abang sudahlah tu. Budak tu baru je balik sini. Janganlah timbulkan pergaduhan pulak" Puan Hanim memujuk suaminya.

" Awak tengok tu! Semenjak dia balik sini perangai dia makin kurang ajar! "

"Abang pun satu..tak pernah nak faham anak sendiri.Nak ikut kata abang je. Macam manalah dia nak hidup kalau semuanya kena ikut keputusan abang?" Jawab Puan Hanim.

" Hah awak iyakan ajelah perangai anak awak tu. Sampai naik lemak awak manjakan "

"Anak saya je?!Habis bukan anak abang jugak? " Puan Hanim terus berdiri lalu kembali ke bilik. Meninggalkan suaminya keseorangan di meja makan.

********************************************
Laura menggengam penumbuknya dengan kuat.
"Baru balik dari luar negara bukannya nak sambut aku dengan cara baik. Ada je nak memekak kat telinga aku ni " Bebel Laura

Akhirnya,Laura tertidur.Sesekali dia mengigau memarahi papanya. 5 tahun dia bermasam muka dengan papanya itu. Mak Wan dan Puan Hanim sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk menyatukan hubungan mereka berdua semula. Sama sama keras kepala.

Keesokkan paginya,Laura mengeluarkan semua fail fail yang berkaitan muzik untuk dibawa bersama ke studio Mr Chong. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja. Baru balik dah kena kerja. Apa boleh buat~

"Laura nak kemana lawa lawa macam ni? "Soal Puan Hanim

" Pergi studio ma. Harini hari pertama Laura bekerja. "

"Haa baguslah tu. Tak adalah duduk terperuk je kat rumah ni. Laura tu bukannya remaja lagi. Dah umur 25 tahun dah. Sesuai jadi bini orang dah ni" Ujar Puan Hanim.

Laura hanya tersenyum. Dia? Isteri? Omomo lama lagi tu. Puan Hanim menyerahkan sesuatu kepada Laura.

" Ni..kunci kereta. Drive elok elok "

"Wah! Thanks ma! "

"Papa tak ada dalam seminggu ni. Terpaksa pergi Bandung. "

" Hm " Jawab Laura.

Kerana Dia (ON HOLD)Where stories live. Discover now