Bab 3

161 5 0
                                    

Hari ini merupakan hari cuti buat Laura. Saja dia buat cuti sendiri. Dia mengambil keputusan untuk berehat di rumah sahaja. Dia mencapai handphone dan mendail seseorang.

"Ooo Jae Ha sunbae! Achimehaseyo(Good morning)! " Tegur Laura tatkala Jae Ha mengangkat panggilannya

" Laura! Achim too. How was your day in Malaysia? It has been a week since you leave us. Our friend already miss you"

" Im fine. Omomo im also miss you guys so much. Jae Ha Sunbae,do you miss me too? "

Kedengaran Jae Ha melepaskan ketawanya di hujung talian.

" Im miss you too,my dear. Comeback to Hanguk as soon as possible and meet me "

Kali ini Laura pula yang ketawa. Jae Ha memang kawan yang sering mendengar segala masalahnya dan menjadi pendengar setia tentang masalahnya. Disebabkan itu,Laura senang untuk berkawan dengannya.

" Of course i want to comeback to Hanguk but i hv so much thing that i need to settle down first. But i promise that i will come to Korea and meet you"

Mereka meneruskan perbualan dan kemudian Laura kembali baring ke katil sambil memintal mintal rambutnya yang sudah melepasi bahu itu.

*******************************************
"Dengar kata anak U sekarang ni bekerja dekat studio Mr Chong. Betul ke Datin? " Soal Datin Maria

Puan Hanim mengangguk

"Wah wah berbakat sungguh anak U. Dia kompos lagu tu untuk orang yang sangat berbakat. Bukan calang calang orang tu. Fairil Amriz! Diakan artis menempa nama di Australia sebelum dia terkenal dekat sini"

Puan Hanim sedikit terkejut. Seperti tidak percaya. Tidak pula anaknya itu memberitahu dia membuat lagu untuk artis yang cukup terkenal itu. Sedikit sebanyak perasaan bangga mula menyelinap di sanubarinya.

.
Laura bersiap-siap untuk pergi mengambil angin di taman berhampiran kawasan perumahannya. Dia mencapai kunci kereta dan menghidupkannya.

Laura menekan icon radio. Tiba tiba dia terasa bosan pula. Sudah tiba masanya untuk dia mendengar lagu Malaysia. Bisik hati kecilnya.

"Dan kini kami akan memutarkan lagu Selamat Tinggal,Sayang oleh artis terkenal Malaysia, Fairil Amriz! "

Laura tersentak. Artis terkenal? Terkenal sangat ke?

Dia mendengar lagu Selamat Tinggal,Sayang sehingga keretanya sampai ke destinasi.

Laura berjalan dan kemudian duduk di sebuah pondok yang berhadapan dengan tasik. Dia mengeluarkan handphone dan earphonenya. Dia menyisih rambutnya ke belakang.

Tiba tiba earphone miliknya ditarik. Pantas dia memandang gerangan yang menarik earphonenya itu. Alangkah terkejutnya dia apabila muka Fairil yang putih bersih itu begitu sekali dekat dengan mukanya. Laura menolak badan Fairil sehingga dia terjatuh dari tempat duduknya.

"Awww!! "

Laura segera bangun dan menghampiri Fairil yang sedang memegang sikunya.Laura memegang siku Fairil dan membeleknya

"Awak ni kenapa? Dengan tak bagi salamnya. Memang padanlah dengan muka awak" Ujar Laura sambil mengeluarkan pembalut luka di beg tangannya. Fairil tersenyum lebar.

"Kita dok berbuih mulut bagi salam. Dia yang pekak dok dengar earphone tu " Jawab Fairil.

Laura tidak menjawab sebaliknya meletakkan pembalut luka itu di siku Fairil.

Akhirnya,Laura dan Fairil duduk bersebelahan di pondok tersebut. Keriuhan suara kanak kanak yang sedang bermain sedikit pun tidak mengganggu mereka.

"Lagu saya dah makin ramai orang suka. Banyak komen positif yang saya terima daripada peminat" Ujar Fairil setelah mereka lama menyepi.

"Orang kalau dah terkenal,nyanyilah lagu apa apa. Peminat mesti suka aje " Jawab Laura

Fairil terdiam. Perempuan ni ada je ayat yang boleh mematahkan setiap kata katanya. Ahh susah betul nak memikat dia!

Laura bangun dari tempat duduknya. Dia ingin beredar namun pantas dihalang oleh Fairil

"Sebenarnya,saya nak mintak tolong awak ni"

Laura memandang Fairil.

"Err...isnin ni kita ada interview dengan wartawan.Tentang lagu terbaru saya ni."

"Lagu..saya? " Ajuk Laura kembali.

"Eh, lagu awak "

"Haa nanti wassap ajelah nama tempat tu"

Laura ingin beredar namun sekali lagi dihalang oleh Fairil.

"What?"

"Macam mana nak wassap kalau nombor telefon awak tak bagi?" Tutur Fairil sambil kakinya menguis guis tanah.

"Tak payah nak terkuis kuis macam tu boleh tak? Bak sini handphone " Jawab Laura. Dah macam budak budak dia ni.

Laura memulangkan semula iphone 6s gold Fairil.

"Boleh saya pergi,Mr Fairil ? "

Fairil tersenyum sambil mengangguk.

" Err kalau awak tak kisah,saya nak ajak awak keluar makan malam dengan saya.Boleh?Sempena meraikan kejayaan lagu kita ni? "

Laura mencebik.

"Belum dapat sebarang award lagi dah berangan nak raikan kejayaan. " Balas Laura lalu terus meninggalkan Fairil.

Fairil kecewa namun dia tidak berputus asa. Baginya,perempuan seperti Laura susah untuk dijumpai pada zaman kini. Kebanyakkan perempuan yang dia jumpa agak bersikap mengada ngada apabila berjumpa dengannya. Ada juga yang tidak segan silu mengodanya. Namun,tidak bagi Laura. Gadis ini sentiasa bersikap garang dan tidak pernah mengoda mahupun mengada ngada dengannya.

'Tak apa..banyak masa lagi.. ' bisik hati Fairil.

*******************************************

Laura menikmati makan malamnya dengan sungguh tenang dan gembira kerana papanya masih berada di luar negara.

"Laura.." Panggil Puan Hanim

"Ye ma"

"Mama dengar Laura yang buat lagu untuk artis terkenal tu..hm siapa eh namanya tu..Faril ke Fa..Fa.."

"Fairil,ma "

"Hah! Fairil"

"A'ah memang pun. Tapi Laura kisah apa dia artis terkenal ke tidak. Maki tetap kena maki bila buat salah"

"MasyaAllah takkan sampai macam tu sekali Laura layan dia" Tegur Puan Hanim

Laura membuat muka selamba

.
Laura masuk ke dalam kamarnya. Dia duduk di kerusi piano dan mulai bermain piano.
Jari jemarinya masih lagi tangkas dan lemah gemalai apabila bermain piano.Dia bingkas mencapai kertas kosong dan mula membuat lagu. Dan akhirnya dia tertidur.

Kerana Dia (ON HOLD)Where stories live. Discover now