Jimin Pov
"duft"
Aku terjaga dari buaian mimpi selepas terdengar bunyi benda jatuh. Mataku digosok kasar, rupanya masih gelap lagi. Aku memandang jam, patutlah baru pukul 4.00 pagi. Perutku digosok, lapar lah.
"Aduh, time ni la nak lapar!" kataku dalam hati.
Aku pun keluar dari bilik, lalu pergi mengetuk pintu bilik adikku. Nak suruh dia masaklah apa lagi.
"Apa?" Jeritnya dari dalam.
"Bukak lah pintu ni"
"Pergi tidur lah!" Tengkingnya.
"Weh please lah bangun tolong masakkan aku meggi" rayuku.
Beberapa minit kemudian, barulah minah ni nak bukak pintu.
"Apehal lambat sangat? Nasib abang kau ni tak mati kelaparan"
"Eleh mengada-ngada, kau tak terfikir pulak orang susah lagi lapar dari kau! diorang sanggup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Kau? Melantak sepanjang hari sampai muka pun macam babi aku tengok" balasnya sedas.
Aku terasa. Fuh pedih.
"Kau nak aku masak apa?" Tanya dia sambil mencekak pinggang.
"Tolong masakkan meggi"
"Ya rabbi, kau gerak aku pagi buta ni semata-mata nak suruh aku masak meggi untuk kau? Weh bangang, tak reti masak sendiri ke?" Balasnya sedas lagi.
"Kalau aku pandai masak sendiri aku tak geraklah kau bahlol" Balasku balik.
Dia terdiam jap.
"Eh Eh.. dah tahu tak pandai tu... tak reti nak belajar ke? Harap tua tapi nak masak meggi pun tak reti puih" balasnya.
Aku pulak terdiam. Haih aku mengalah. Kalau aku perang mulut dengan dia ni sampai bila takkan habis.
"Yelah pape jelah, jum turun ke dapur ye hadik manis" kataku dengan lembut. Ugh padahal nak je aku tarik rambut minah ni sampai botak.
"Upah?" Soalnya.
"Eyyy kau masak dulu nanti aku bagilah upah"
"Boleh caya ke?" Soalnya.
Eiii aku laaaa minah kerdil ni
"Ye hadik sayangggggg skrg jum turun masakkan aku meggi" kataku lalu menariknya tangannya.
"Yah! Sakitlah" rintihnya.
"SHUSH, nanti datuk dengar mampus kita kena tibai dengan tongkat sakti dia" bisikku.
"Eleh orang tua tu kan pekak" kata adikku.
"Sapa yang hang kata pekak tu hah?" Datang suara garau yang ntah dari mana.
Kami berdua terbeku, peluh mengalir dengan deras. Alamak, orang tua tu dah bangun. Habislah.
"Ah ottake! Oppa!" Bisik adikku.
"Takpe biar aku handle, kau duduk diam jangan cakap sepatah haram pun" bisikku.
"Hampa buat apa pagi buta ni?" Tanya datukku sambil berjalan ke arah kami berdua.
"Ahhhh~ sebenarnya jimin nak teman bo-young ni pergi tandas hehehe. " kataku sambil mengukir senyuman hambar.
"Yaka?" Soal datukku lagi
"Iye, yang datuk ni buat apa dalam gelap? Bukan sepatutnya warga emas macam datuk ni kena tidur secukupnya. Nanti mati susah" kataku.
Adikku ketawa kecil. Aku menampar belakangnya supaya diam.