Senja menyinsing pergi , malam menjelang tiba . Aku , masih dalam perjalanan balik kerumah . Kulihat langit jingga senja sudah berubah warna , diliputi ungu tua dan hitam pudarnya malam . Namun , senibina Pencipta tidak pernah menjemukan mata , sentiasa indah menenangkan jiwa .
Bebanan kerja diofis ditinggalkan diluar pintu kereta , bingitnya radio tidak aku pedulikan . Trafik jam , namun aku tidak berasa runsing , hanya kerana memerhatikan bintang bintang yang bertebaran di cakerawala . Indah sungguh ciptaan-Nya . Bintang yang sama ini menyaksikan 1001 kisah aku dan dia , imbauan kenangan 17 tahun lalu terpapar kembali .
"Awak buat apa tu , Daniel ? " katanya , aku tersedar dari lamunan . Lamunan kerana asyiknya melihat bintang .
"Pemandangan malam ni , cantikkan Sarah ?" balasku .
Sarah merupakan jiran aku sejak kecil , dia merupakan anak Datuk Bandar . Ayahku hanyalah pekerja dikebun ayahnya . Walau sudah bertahun kami berkawan , cinta tidak pernah diluahkan . Mungkin kerana pada masa itu kami terlalu gentar untuk meluahkan perasaan atau mungkin aku sememangnya tidak boleh kerana kasta .
Malam itu ,dia meratap wajahku kesedihan ,aku sudah tahu bahawa dia akan berpindah ke bandaraya keesokan harinya namun apa yang aku boleh lakukan .
" Daniel , saya akan berpindah esok " katanya sayu . Dia seolah-olah tidak mahu berpindah kesana .
Walaupun tidak diluahkan , aku tahu bahawa kami saling mencintai namun cinta dibawah usia hanyalah membazir masa .
"Ya , saya tahu . Ayah awak dah bagitahu abah saya fasal berita awak dan keluarga akan berpindah ,tahniah " balasku bersahaja .
"Daniel , awak tak sedih ke ? " tanyanya secara rawak . Dia seakan mahu memberitahu sesuatu yang hanya tersekat di kerongkong , tidak mampu diluahkan pada hari itu .
Ironinya , tiada sepatah perkataan diperkatakan olehku ,aku hanya mendiamkan diri . Fikiranku bercelaru . Aku tidak mahu dia pergi namun aku bukan sesiapa sebagai penghalang. Hanya menahan sebak didada . Kufikirkan nasib , yang pada masa itu dimainkan oleh perasaan .
"Tak apalah Daniel , selamat tinggal ," katanya .
Setapak dua dia berjalan ke belakang , aku menyambut katanya .
" Sarah "
"Selagi awak melihat langit dan bintang , ingatlah bahawa kita sebenarnya melihat langit yang sama , cuma daratan berbeza ," aku tersenyum ."Terima kasih Daniel , saya tak akan lupakan kenangan bersama awak . Awaklah kawan baik saya selama ini " balasnya kegirangan .
Aku menumpang gembira , walaupun pagi itu aku tidak lagi melihat kelibatnya . Mereka bergerak sesudah solat subuh .
Itulah kenangan 17 tahun lalu . Aku dengan dia , kini kami tidak lagi berkawan .
Aku meneruskan perjalanan kembali kerumah . Sampai shaja dipintu pagar , isteriku menyambut kepulangan suaminya dengan anak sulung dikendongan.
"Abi dah baliklah Imran . " katanya pada si comel itu .
"Sorry saya lambat , saya baru lepas siapkan fail dokumen untuk projek baharu " balas aku .
"Alhamdulillah , janji Abi dah balikkan Imran ?" lagi sekali dia bermain kata dengan anak sulungnya .
Aku hanya tersenyum melihat gelagat isteriku ,seorang doktor persendirian .
Aku sekali lagi melihat bintang dilangit .
"Cantikkan langit malam ini " katanya
"Ya, tak ubah seperti 17 tahun yang lepas " balasku .
Kami berdua tersenyum gembira mengenangkan takdir Allah yang menyatukan semula dua insan yang saling merindui
Sebenarnya , ada satu lagi kenangan yang sengaja tidakku bongkarkan pada awal cerita .Apabila aku melanjutkan pelajaran di India ,kumelihat bintang dan sentiasa mengingati Sarah dan kerana takdir Allah , Dia membuktikan dunia ini sangat kerdil . Aku terserempak dengan Sarah disana dan disinilah kami sekarang , bersama sama melihat bintang dilangit yang telah menyimpan pelbagai coretan pahit dan manis kami berdua .
Semoga cintaku kepadamu kekal sehingga ke Jannah .
YOU ARE READING
Bintang
RomanceBintang , menyimpan pelbagai kisah pahit dan manis yang berlaku dalam sepanjang hayat kita .