Aku , Kau dan Bintang .

14 2 0
                                    

Senja menyinsing pergi , malam menjelang tiba . Aku , masih dalam  perjalanan balik kerumah .  Kulihat langit jingga senja sudah berubah warna , diliputi ungu tua dan hitam pudarnya malam . Namun , senibina  Pencipta tidak pernah menjemukan mata , sentiasa indah menenangkan jiwa .

Bebanan kerja diofis ditinggalkan diluar pintu kereta , bingitnya radio tidak aku pedulikan . Trafik jam , namun aku tidak berasa runsing , hanya  kerana memerhatikan bintang bintang yang bertebaran di cakerawala . Indah sungguh ciptaan-Nya . Bintang yang sama ini menyaksikan 1001 kisah aku dan dia , imbauan kenangan 17  tahun lalu terpapar kembali .

"Awak buat apa tu , Daniel ? " katanya , aku tersedar dari lamunan . Lamunan kerana asyiknya melihat bintang .

"Pemandangan malam ni , cantikkan Sarah ?" balasku .

Sarah merupakan jiran aku sejak kecil , dia merupakan anak Datuk Bandar . Ayahku hanyalah pekerja dikebun ayahnya . Walau sudah bertahun kami berkawan , cinta tidak pernah diluahkan . Mungkin kerana pada masa itu kami terlalu gentar untuk meluahkan perasaan atau mungkin aku sememangnya tidak boleh kerana kasta .

Malam itu ,dia meratap wajahku kesedihan ,aku sudah tahu bahawa dia akan berpindah ke bandaraya keesokan harinya namun apa yang aku boleh lakukan .

" Daniel , saya akan berpindah esok " katanya sayu . Dia seolah-olah tidak mahu berpindah kesana .

Walaupun tidak diluahkan , aku tahu bahawa kami saling mencintai namun cinta dibawah usia hanyalah membazir masa .

"Ya , saya tahu . Ayah awak dah bagitahu abah saya fasal berita awak dan keluarga akan berpindah ,tahniah " balasku bersahaja .

"Daniel , awak tak sedih ke ? " tanyanya secara rawak . Dia seakan mahu memberitahu sesuatu yang hanya tersekat di kerongkong , tidak mampu diluahkan pada hari itu .

Ironinya , tiada sepatah perkataan diperkatakan olehku ,aku hanya mendiamkan diri . Fikiranku bercelaru . Aku tidak mahu dia pergi namun aku bukan sesiapa sebagai penghalang.  Hanya menahan sebak didada . Kufikirkan nasib , yang pada masa itu dimainkan oleh perasaan .

"Tak apalah Daniel , selamat tinggal ," katanya .

Setapak dua dia berjalan ke belakang , aku menyambut katanya .
" Sarah "
"Selagi awak melihat langit dan bintang , ingatlah bahawa kita sebenarnya melihat langit yang sama , cuma daratan berbeza ," aku tersenyum .

"Terima kasih Daniel , saya tak akan lupakan kenangan bersama awak . Awaklah kawan baik saya selama ini " balasnya kegirangan .

Aku menumpang gembira , walaupun pagi itu aku tidak lagi melihat kelibatnya . Mereka bergerak sesudah solat subuh .

Itulah kenangan 17 tahun lalu . Aku dengan dia , kini kami tidak lagi berkawan .

Aku meneruskan perjalanan kembali kerumah . Sampai shaja dipintu pagar , isteriku menyambut kepulangan suaminya dengan anak sulung  dikendongan.

"Abi dah baliklah Imran . " katanya pada si comel itu .

"Sorry saya lambat , saya baru lepas siapkan fail dokumen untuk projek baharu " balas aku .

"Alhamdulillah , janji Abi dah balikkan Imran ?" lagi sekali dia bermain kata dengan anak sulungnya .

Aku hanya tersenyum melihat gelagat isteriku ,seorang doktor persendirian .

Aku sekali lagi melihat bintang dilangit .

"Cantikkan langit malam ini " katanya

"Ya, tak ubah seperti 17 tahun yang lepas " balasku .

Kami berdua tersenyum gembira mengenangkan takdir Allah yang menyatukan semula dua insan yang saling merindui

Sebenarnya , ada satu lagi kenangan yang sengaja tidakku bongkarkan pada awal cerita .Apabila aku melanjutkan pelajaran di India ,kumelihat bintang dan sentiasa mengingati Sarah dan kerana takdir Allah , Dia membuktikan dunia ini sangat kerdil . Aku terserempak dengan Sarah disana dan disinilah kami sekarang , bersama sama melihat bintang dilangit yang telah menyimpan pelbagai coretan pahit dan manis kami berdua .
Semoga cintaku kepadamu kekal  sehingga ke Jannah .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bintang Where stories live. Discover now