Four

52 4 0
                                    


  Keuntungan hari ini agak luar biasa kerana penonton amat menyukai lagu itu. Soyeon dan Hani menghampiri Ken dan Minhyuk. "Wahh sedaplah lagu baru korang ni" puji Soyeon. Ken dan Minhyuk hanya tersengih. Ken pula terpandang Hani. Hani tersenyum melihat Ken. Ken menghampiri Hani. "Hai Hani" sapa Ken. "Hai Ken. Sedaplah suara awak. Lagu pun best" puji Hani. Ken hanya tersengih seperti biasa. "Awak macam mana? Awak dah ingat apa-apa? Awak dengan Kak Soyeon okay?" bertubi-tubi Ken menyoal Hani. Ken terpaksa menggunakan panggilan 'saya-awak' ketika berbual dengan Hani yang masih amnesia. Kebiasaannya dia menggunakan 'Aku-Kau'. Hani pula seolah-olah tidak mahu menjawab soalan Ken. Ken bertanyakan soalan lain pula. "Macam mana awak boleh kenal saya sorang je? Kenapa awak tak boleh ingat ahli keluarga awak dan yang lain?" "Saya pun tak pastilah. Lepas saya dengar Abang Jonghyuk sebut nama Ken, saya seakan-akan kenal awak tapi sebenarnya saya tak berapa ingat apa hubungan kita berdua" jelas Hani. Ken hanya mengangguk.

  "So betul lah apa yang Minhyuk kata semalam. Dia kenal aku tapi ingatan dia masih belum kuat" Ken bermonolog di dalam hati. "Ken, Minhyuk, malam kang jemputlah datang rumah Akak. Akak dengan Abang akan masak special untuk korang" kata Soyeon. "Wahh ni yang best ni. Kau macam mana Ken? Malam ni kau free kan?" soal Minhyuk teruja. Ken mengangguk. "Baiklah malam nanti kitorang datang rumah akak. Setengah jam sebelum dinner kitorang sampai" sempat lagi Ken bergurau. Mereka ketawa bersama. 5 minit sebelum pukul 8pm, makanan siap dihidangkan. Sebenarnya Jonghyuk yang menyuruh Soyeon menjemput Ken dan Minhyuk untuk makan malam bersama. Dia sebenarnya ingin memberi kejutan kepada mereka semua. Isterinya juga tidak tahu-menahu akan perkara ini. Tidak lama kemudian Ken dan Minhyuk pun tiba. Mereka makan malam bersama. "Semua dah habis makan malam kan?" soal Jonghyuk tiba-tiba. Ken dan Minhyuk mengangguk. "Jangan balik dulu... Abang ada kejutan untuk korang... Tadaa!" Jonghyuk mengeluarkan 4 keping tiket taman tema di Gangnam. Ken dan Minhyuk terkejut.

  "4 keping tiket untuk Hani, Ken, Minhyuk dan of course my queen, Soyeon. Anggaplah ni hadiah" terang Jonghyuk. "Menyusahkan abang je" kata Minhyuk. "Taman Tema Gangnam? Taman tema tu sekali dengan taman tema air kan? Jauh betul abang Jonghyuk beli tiket2 ni" kata Ken pula. "Sebenarnya kebetulan haritu abang bertugas kat Gangnam so beli teruslah. Part paling best, ada diskaun time tu, so abang belilah empat" terang Jonghyuk. "Tapi abang, tiket ada 4 je, abang tak nak pergi?" soal Soyeon. "Sayang pergilah dengan budak-budak ni sekali. Bawak Sohyuk sekali" kata Jonghyuk. Air muka Soyeon berubah, "Abang tak boleh nak join sebab kerja. Lain kali Abang teman Sayang okay?" tambah Jonghyuk. "Tiket2 ni expired hujung bulan ni, so jangan tunggu last minute baru nak pergi. Kalau boleh pergi sabtu ni kalau masing2 tak busy" cadang Jonghyuk. Mereka hanya mengangguk. "Terima kasihlah abang Jonghyuk. Ingatkan ajak kitorang dinner sesaja tapi ada hajat lain rupanya" Ken mengucapkan terima kasih.

  "No problemlah Ken. Abang dah anggap korang berdua ni macam adik-adik abang. Cuma Ken adik kandung dan Minhyuk pulak adik tirilah" sempat lagi Jonghyuk bergurau. "Kenapa pula saya adik tiri?!" Minhyuk seakan-akan marah. Mereka semua hanya ketawa. Beberapa hari kemudian, Soyeon dan anaknya serta Hani menuju ke rumah Ken dan Minhyuk. Mereka berdua tinggal di rumah sewa. Soyeon datang menjemput mereka untuk ke Gangnam. Mereka hanya menggunakan sebuah kereta untuk menjimatkan kos. Perjalanan dari Seoul ke Gangnam hanyalah memakan masa selama 45 minit. 45 minit kemudian , mereka tiba di Taman Tema Gangnam. Taman Tema Gangnam agak istimewa kerana taman tema biasa dan tema air digabungkan. "Korang nak pergi mana dulu? Akak nak pergi water park je. Nak bawak Sohyuk pergi main air. Akak tak berani naik roller coaster apa semua ni" kata Soyeon. "Saya ikut Akaklah. Saya pun tak berani sangat nak naik semua tu" kata Minhyuk. "Saya nak jalan2 kat sini je la. Ikutkan hati nak juga main kat water park tu tapi baju salin pulak tak bawak" ujar Ken.

Youth Hurts = Us Now [Malay FF]Where stories live. Discover now