Six

40 3 0
                                    

  Ken terus mengubah fikiran. Dia pergi ke kaunter dan meminta pekerja restoran membungkuskan makanan dan minuman dipesan. Tiba-tiba dia terdengar perbualan Heechul dan rakannya mengenai perkahwinan Heechul dengan Hani. "So kau tak jadilah kahwin dengan Hani tu?" soal rakan Heechul. "Bukan tak jadi, tapi tangguh sampai ingatan dia betul2 pulih" balas Heechul. "Pelik, kenapa kau kejar sangat si Hani tu? Setahu aku kau kan buaya darat, semua perempuan kau try. Dah alang2 Hani hilang ingatan lebih baik kau cari yang baru bro" kata rakannya lagi. "Sebenarnya aku pun taklah suka atau sayang kat Hani tu tapi tulah, mak bapak aku yang suruh aku kahwin dengan dia. Diorang suruh aku kahwin dengan Hani pun sebab diorang ada agenda sendiri. Maklumlah mak bapak Hani kan kaya. Perempuan-perempuan sebelum ni pun tak sekaya Hani. Diorang nak harta aku je. Jadi terpaksalah aku kahwin dengan Hani walaupun aku sendiri tak suka si Hani tu" terang Heechul dengan panjang lebar. Ken yang berada betul-betul di belakang Heechul terkejut besar.

  Mujurlah Heechul tidak nampak Ken dan kawan Heechul pula tidak mengenali Ken. Ken terus beredar dari situ setelah mengambil makanan dan minuman yang dipesan. Malam itu, Ken hanya duduk termenung memikirkan sesuatu. "Bro apahal kau ni? Dari tadi aku tengok asyik termenung je" soal Minhyuk hairan. "Takde apalah" balas Ken ringkas. "Bagitahu je la apa masalah kau. Kau ada masalah dengan Hani ke? ke masalah dengan aku?" soal Minhyuk lagi. " Aku takde masalah dengan Hani atau kau tapi aku ada masalah dengan Heechul" tegas Ken. "Dia cari pasal dengan kau lagi ke? Mehh sini aku belasah dia" kata Minhyuk. "Tak, dia tak cari pasal dengan aku tapi dia cari pasal dengan Hani" kata Ken. "Maksud kau?" Minhyuk tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Ken. "Heechul tu ada niat lain kahwin dengan Hani. Bukan sebab sayang atau cinta tapi sebab duit" Ken menceritakan apa yang berlaku pagi tadi. Minhyuk terkejut besar. "Serius bro?" soal Minhyuk curiga. "Serius ah. Buat apa aku nak tipu kau. Jadi sekarang ni aku tak tahu nak buat apa" Ken buntu.

  "Aku rasa kita kena bagitahu Kak Soyeon dan Abang Jonghyuk pasal ni. Diorang kena tahu perangai sebenar Heechul" cadang Minhyuk. "Aku setuju tapi masalahnya skrg si Hani tu. Dia dahlah tengah amnesia kalau kita bagitahu dia pasal ni mesti dia terkejut" kata Ken. "Kalau macam tu kita jangan bagitahu dia. Kita bagitahu Abang Jonghyuk dan Kak Soyeon je. Lepas tu pandai2 dioranglah settlekan masalah ni" Minhyuk memberikan cadangan. Ken hanya mengangguk. Keesokan paginya, Ken dan Minhyuk pergi ke rumah Soyeon. Nasib mereka baik kerana kebetulan pada hari yang sama, Hani membawa Sohyuk pergi berjalan-jalan di taman permainan. Soyeon hairan mengapa Ken dan Minhyuk datang ke rumahnya tanpa diberitahu. "Maaflah sebab kitorang datang sini tanpa bagitahu akak dulu. Ken ada benda penting nak bagitahu akak" terang Minhyuk. "Apahal aku pulak? Bukan ke kita yang kena bagitahu Kak Soyeon" bisik Ken kepada Minhyuk. "Haihh2 apa gaduh2 ni? Bagitahu je la apa benda yang penting sangat tu" pinta Soyeon. " First of all, akak kena rahsiakan hal ni daripada Hani eh? Sebenarnya ni pasal Heechul. Dia....." Ken membongkar kejahatan Heechul kepada Soyeon.

  Soyeon terperanjat. "Akak sendiri tak sangka mak bapak Heechul macam tu. Sebab selama ni akak sangka diorang tu ikhlas nak kahwinkan Hani dengan Heechul tapi diorang ada niat lain rupanya" Soyeon meluahkan apa yang terpendam. "Manusia sekarang banyak yang luaran baik tetapi dalaman jahat. Sebab tu don't judge a book by its cover. Tengok macam Ken, muka macam penyangak tetapi hati dia baik" sempat lagi Minhyuk menyindir Ken. Ken menumbuk bahu Minhyuk. "Saya pun tak tahu nak buat apa Akak. Kalau akak bagitahu papa mama akak pun mesti diorang tak percaya" Ken mula buntu. "Betul kata Ken tu. Akak sendiri tak tahu nak buat macam mana" Soyeon turut buntu. "Saya rasa kita kena cari bukti untuk bongkarkan niat jahat Heechul dan mak bapak dia. Salah sorang dari kita kena rapat dengan si Heechul tu" cadang Minhyuk. "Ok dah dapat" Ken mula terfikir satu idea. "Akak malam nanti boleh tak suruh Abang Jonghyuk jumpa kitorang?" pinta Ken.

Youth Hurts = Us Now [Malay FF]Where stories live. Discover now