Kalau engkau sudah jatuh cinta
Baru engkau tahu rasanya bagaimana
Salahnya dia, kau pura-pura butakan mata
Kau takkan berkata dusta kerana takut dia terluka
Kau rela berpenat lelah demi turuti segala kemahuannya
Kau lebih rela pendam dan terluka asal engkau tak hilang dia
Setiap kali dia berkata dusta kau maafkan dan beri peluang kedua
Akhirnya dia tinggalkan kau pergi dengan yang ketiga
Dan kau hanya mampu menangis tanpa kata
Itulah manusia tak pernah menggunakan mata untuk menilai cinta