Aku.

11 1 0
                                    

Nama aku Sarang,Oh Sarang.Umur aku baru 18 tahun.Sekarang aku berada di tahun akhir di Sekolah Tinggi Han Chun.Maaf,itu bukan bunyi bersin.Itu nama sekolah aku.

Macam yang kau sedia nampak dengan mata yang belum buta,ini Diari Cinta,Sarang bermaksud Cinta.Dan ini diari aku.Huhu.

Aku ada abang bernama Sehun,Oh Mihun sup.Tak.Aku sengaja buat lawak hambar.Oh Sehun nama dia.Perangai dia Nauzubillahiminasyaitonirrajim.Dia lah abang segala jin.Tapi dia lah satu-satunya abang yang aku ada.Jadi aku sayang dia.*Bluerkkk*

Aku ni seorang gadis yang comel,baik hati dan penyayang.

Ada aku cakap comel,baik,penyayang ke tadi?

Maaf,aku tipu sikit.

Aku Oh Sarang,seorang gadis tak matang.Comel tu aku tak pasti.Tanya lah orang yang hari-hari pandang aku,aku ni comel ke tak.Aku ni tak pernah baik.Sikap membahan dan menyetankan orang memang tidak pernah lari dari hidup aku.Nak kata aku ni penyayang,itu ada betul nya.Maaf kalau aku sekarang mengembang kuncup kan hidung sendiri.Aku ni ada dua orang kawan baik,Luna dan Sana.Ya,aku tahu klishe sungguh nama rakan-rakan aku.Tanya lah penulis,dia yang letak nama nanana ganu kite.Setiap kali rakan-rakan aku susah,senang mahupun gembira,aku akan sentiasa ada bersama mereka.Dan aku ni pantang tengok diorang dibuli.Siapa berani?Aku habaq kat bapak aku wuuhuuuuu.Aku saja je taknak kotorkan tangan.Bukan takut eh.Nampak penyayang tak aku?*comei tak Kak Ton*

Bapak aku,Oh Tae Joon ni bukan calang-calang orang.Dia peguam,antara tentera terbaik dari Army.Ada aku cakap aku nak habaq kat bapak aku kalau kawan aku kena buli?Ya,sebabnya bapak aku ni jenis bengis tak bertempat.Sama macam spesies harimau dalam Madagascar 3 tu,alah Italy apa tah nama dia.Yang masuk dalam cincin sebesar jari kelingking tu.Kalau bapak aku tahu ada orang buli aku dengan kawan-kawan aku,siap lah.Lari tak cukup tanah diorang kena kejar.Aku tak layan ha.Tibai gelak je tepi longkang.

Walaupun hidup aku sentiasa dikelilingi pelangi sampai aku termuntah warna-warni,aku tetap ada masalah aku sendiri.Masalah dimana aku cepat sangat jatuh cinta.

Jeon Jung Kook.Classmate aku merangkap kawan baik daebak aku.Keserlahan dia,orang boleh nampak dari setiap benda.First,dia pelajar pintar dekat sekolah ni.Second,dia ada rupa yang payah dan begitu sulit untuk korang elakkan mata korang dari merenung dia.Lebih kurang biji mata korang terkeluar lah.Third,dia adalah atlet sekolah.Geng-geng dia pun ditubuhkan nama,Bitiyesh.

BTS ni antara tumpuan ramai dekat sekolah ni.Geng dia ada Namjoon,Jimin,Suga,Jhope,Tae Hyung dan Jung kook.Kalau tak percaya,acer tanya dak dak perempuan.Bukan setakat dak perempuan,dak laki,dak wicet,dak ig pun follow perkembangan diorang tau.Aku ni dikira bertuah lah sebab satu kelas dengan diorang.Woohoo!Tak adalah aku nak kata bertuah en dapat kawan dengan Jung Kook,tapi aku sekali sekala terasa bangga diri pula.

Dan last..

My candy teddy boooboo pak keboom boom pak..eh gedik!

Crush aku.

Choi Young Jae !

Lelaki eyesmile paling manis pernah aku jumpa.

Merangkap budak sengal sekolah.

Pelajar paling nakal tapi pintar.

Pelik kan bunyi nya?

Geng-geng dia nakal jugak lah,sama macam bitiyesh.Terdiri daripada Jae Bum,Jackson,Jinyoung,Bambam,Mark,Yugyeom and one and only pak sepet i si Youngjae muah 😽.

Dia shomel au au.

Ayark!Gedik lagi!

Apapun,

Ini cerita aku,

Kisah yang aku catat hanya menggunakan sebatang pen dan sebuah buku bernama,

Diari..

Sarang=love.






LOVE'S DIARYWhere stories live. Discover now