Dikejar?

20 0 0
                                    

Aku tercungap-cungap menarik nafas. Peluh. Panas. Semuanya tidak menjadi keutamaan aku lagi, yang penting aku mesti melepaskan diri daripada mereka yang berpakaian sut hitam yang tidak aku tahu menahu daripada mana kewujudan mereka semua ini. Nyawa aku dan keluarga aku berada dalam keadaan bahaya!

Mereka yang tidak aku kenali terus mengejar aku seperti permainan kejar mengejar di atas jalan yang penuh dengan selirat.

Aku letih. Aku penat. Aku mahu segalanya berakhir dengan serta merta juga! Sekali lagi, aku membuka langkah seribu dan meneruskan larian aku hingga ke loteng rumah aku yang dua tingkat ini. Aku bersembunyi di situ sementara bagi mendengar perbualan antara mereka. Aku ingin tahu mengapa mereka memburu aku.

"Engkau jumpa budak tu?"salah seorang daripada lelaki yang bersut hitam itu bertanya kepada rakannya yang berada di sebelahnya.

"Masih belum lagi. Tapi aku rasa dia masih lagi berada berdekatan di sini." Matanya liar memandang ke setiap penjuru kawasan rumah aku.

"Kita mesti bawa budak itu juga walau apa-apa cara sekali pun!" Mereka beralih pandangan. Seorang lagi lelaki bersut hitam, mempunyai muka yang ketat dan kelihatan  seperti orang yang bukan jenis yang peramah menyahut perbualan mereka. Kumpulan sut hitam yang lain memberi laluan untuknya berjalan kearah mereka berdua lagaknya seperti seorang ketua mereka.

Aku mengumam. Ketakutan menyirap dalam diriku. Deras arus darahku semakin meningkat. Jantung aku berdegup dengan lebih kencang.

"Cari budak itu. Kita harus bawa dia keluar dari sini. Lagi cepat lagi bagus. Aku tak mahu berada di sini selama-lamanya. Teruskan pencarian."

"Bagaimana pula mereka yang berada di ruang tamu."

Lelaki itu memandang ke arah anak buahnya sambil mengeluarkan sekotak rokok di dalam kocek blazernya.

"Bunuh saja mereka. Dia seorang sudah pun boleh mencipta seribu lagi wajah mereka yang sama dan lebih banyak yang serupa dengan wajah mereka."

Tangannya menyeluk lagi ke dalam kocek seluarnya dan mengeluarkan pemetik api yang berwarna perak. Dilihatnya jam tangan yang berada di sebelah kiri.

"Kita masih ada setengah jam lagi untuk keluar dari sini."

Lelaki itu berhenti seketika kata-katanya. Tangannya yang memegang putung rokok disuakan ke bibirnya. Membuka pemetik api dan membakar hujung putung rokoknya. Dihisapnya rokok itu dengan nikmat dan menghembus asap itu dengan tenang. Setelah itu dia memandang ke arah lelaki tadi dan menyambung semula kata-katanya,".......Lihat di loteng pula. Aku tahu dia pasti berada di loteng sekarang ini. Mungkin sekarang ini dia sedang mendengar perbualan kita."

Senyuman terukir di bibirnya. Senyuman yang penuh dengan makna.

Kecut perut aku dibuatnya. Macam mana dia tahu aku berada di sini?! Aku menjadi gelabah. Ke mana lagi aku mahu pergi?! Aku mengigit bibirku yang merekah dan mata aku liar mencari jalan keluar dari sini. Aku mesti keluar dengan selamat daei sini juga!

Oh, ya. Baru aku teringat. Ada sebuah tingkap kecil di bilik air ibu dan bapa aku. Ya, di situ aku dapat melepaskan diri dengan selamat. Aku boleh ikut jalan di atas bumbung!

Aku terus saja mengatur langkah dengan perlahan-lahan ke bahagian bilik tidur ibu bapa aku kerana bilik air itu berada di dalamnya. Aku terjengket-jengket dan perlahan menuju ke bilik itu. Sekali lagi, bunyian tapak kasut menghentam lantai. Aku semakin panik. Bunyi tangga mudah alih berada di lubang siling di mana tempat aku mula-mula masuk ke sini tadi.

Aku mempercepatkan langkah aku dengan berhati-hati, dan akhirnya aku sampai dengan selamat. Aku membuka salah satu siling kapur. Aku menjengukkan kepala aku ke bawah.

Argh!....tak guna. Pintu bilik air itu terbuka dengan luas pula! Aku mencari idea. Aku mesti tutup pintu itu dulu. Tapi bagaimana?

Aku sekarang berada di kawasan yang sangat tinggi. Gayat! Tapi mujur aku tahu serba sedikit dan berlatih gerakan Parkour. Di tingkap bilik air itu dihadang oleh jeriji besi yang kukuh. Aku halakan kaki aku ke besi tersebut dan memasukkan kaki aku ke salah satu lubang tersebut. Lalu tangan aku pula memegang salah satu jeriji tersebut dengan kukuh. Dengan perlahan-lahan aku turun dengan berhati-hati dan melompat ke lantai bilik air yang licin tersebut dengan selamat.

Dada aku semakin berdebar-debar. Aku mengatur langkah aku ke pintu bilik air tersebut dan dengan pantas aku menguncinya dari dalam. Aku cepat-cepat mencari alatan tajam di dalam bilik air itu. Mata aku terus mencari-cari sementara derapan tapak kaki di atas loteng semakin menghampiri ke kawasan bilik air itu. Aku jadi tidak keruan.

Aku mengambil pasu bunga kecil yang mengandungi bunga plastik itu dan mencampakkannya ke lantai. Derapan kaki semakin laju. Mereka sudah mendengar di mana aku berada sekarang! Hati aku bagai mahu saja meletup kerana terlalu takut. Aku terus menuju ke tingkap dan cuba membukanya tanpa kunci. Berkali-kali aku cuba melakukannya tetapi tidak berjaya. Aku turun daripada tingkap tersebut dengan hati yang sangat kecewa! Kaki aku memijak lantai dan terasa ada benda tajam tertusuk ke dalam dagingku. Aku memandang ke bawah. Terlihat pisau lipat pelbagai guna tercampak keluar daripada pasu bunga kecil itu. Patutlah ibunya selalu bising mencari semula pisau tersebut. Rupanya pisau tersebut selama ini berada dalam pasu tersebut. Pasti ibunya lupa mengeluarkan pisau tersebut selepas mengubah hiasan bunga palsu. Aku terus mencapai pisau tersebut dan cepat-cepat memanjat jeriji besi tersebut.

"He is here!" Lelaki bersut hitam itu menjerkah ke muka aku membuatkan aku terperanjat dan terlompat jatuh dari jeriji tingkap tersebut. Jantung aku seperti tidak berdenyut lagi. Tangan aku terketar-ketar ketakutan. Mata aku terbeliak memandangnya. Dia turun daripada loteng tersebut dan sekali lagi aku berada dalam keadaan bahaya!

"Easy boy, we don't mean to hurt you. If you surrender to us, it will bring a lot easier to us to finish this job." Lelaki itu membuka tangannya bagi menangkap aku yang sudah jatuh tersungkur ni.

Dengan kudrat aku yang masih ada, aku menggenggam pisau tadi dan menerkam lelaki tersebut dengan sekuat hatiku. Aku mengambil peluang aku dan membuat tumbukan padu ke arah mukanya. Aku mengetapkan gigiku dengan kuat dan terus menuju ke arah tingkap.

Lelaki tersebut pengsan tidak sedarkan diri. Aku terus memanjat sekali lagi jeriji tersebut dan membukanya dengan pantas. Sekali lagi aku mengenakan satu tumbukan kuat ke cermin tingkap tersebut. Tingkap itu pecah berderai.

Tiba-tiba bunyi hentaman kuat dari pintu bilik air sangat kuat. Mereka cuba merobohkan pintu tersebut dengan badan mereka! Aku tidak teragak-agak lagi dan keluar terus daripada bilik air tersebut. Aku menjengah keluar dan melihat beberapa buah kereta mahal yang juga berwarna hitam berada di kawasan lapang rumahku. Silap langkah. Mereka yang bersut hitam yang ditugaskan menjaga kawasan luar sudah pun terlihat kelibat diriku. Aku berlari sambil menjerit. Aku pantas melarikan diriku di atas bumbung.

Mereka juga segera mengeluarkan senjata api mereka dengan segera dan melepaskan tembakan rambang ke arahku. Aku menjerit semakin kuat! Ketakutan sebegini memang aku tidak dapat tahan lagi. Aku berlindung di sebalik ceruk bangunan runahku.  Anehnya tiada seorang pun perasan aku berada dalam keadaan bahaya sekarang! Sepertinya satu masyarakat di pekan itu hilang dari situ.

Jiran-jiran tetangga aku pun tidak ada. Kawasan perumahan tersebut kelihatan sunyi sepi. Hanya aku dan kumpulan bersut hitam.

"Hold your fire!" Suara lelaki yang seperti guruh menjerit ke arah mereka supaya memberhentikan tembakan ke arah aku. Aku masih lagi terketar-ketar ketakutan.

Suara lelaki tadi amat aku kenali.

"Yeah, kamu di sana. Ya, kamu! Turun ke bawah. Kami janji tidak akan apa-apakan kamu. Kami hanya mahu kamu ikut bersama kami saja."

Dan sekarang, aku sedang bertentangan mata. Aku tidak tahu kemana aku larikan diri lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RUNAWAY (Slow Update🐌)Where stories live. Discover now