p r o l o g

441 37 0
                                    

Suasana dirumah keluarga Jeon pada malam ini sangat meriah dengan gelak tawa. Kelihatan seorang lelaki keluar dari rumah dengan raut wajah yang tak keruan kemudiannya berjalan menuju ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berbual berdekatan dengan kolam.  Kawannya, mungkin.

" Yah Jungkook, wae? " soal seorang lelaki berkulit putih dan mempunyai mata yang sepet.

" Huft. " Jungkook  memandang hyungnya sekilas sebelum mengeluh perlahan, membuatkan mereka semakin tertanya-tanya tentang apa yang berlaku kepada Jungkook.

" SinB ... - " kata-katanya terhenti disitu, tak sanggup meneruskannya. Jungkook mula berasa sebak.

" Oppa! " seorang gadis berlari mendapatkan Taehyung dan memeluknya. Taehyung kaku. Tak. Bukan Taehyung sahaja, malah semua yang berada disitu.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Gadis itu menangis teresak-esak dalam dakapan Taehyung.

" Yerin-ah. Cuba awak bagitahu kami semua apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa dengan SinB? " Taehyung mengusap lembut belakang yeojachingunya, Yerin.

Yerin mengelap airmatanya menggunakan lengan bajunya. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin.

" SinB dah tak ada. "

BUNNY'S COOKIES ( -Just One Day )Where stories live. Discover now