Kem Muar, Johor

57 0 0
                                    

15hb - 17hb April 2016 // Kem Muar, Johor

Macam-macam kenangan manis, pahit dan seram yang aku dapat sepanjang jadi fasilitator di Kem Muar, Johor. Meh sini aku cerita meh 👻👻

Pada 15hb tu aku dan geng fasilitator yang lain termasuk penasihat bergerak ke kem tu awal pagi jumaat iaitu awal sehari sebelum program kerohanian itu berlangsung. Jam telah menunjukkan dalam pukul 2.00pm kami telah selamat sampai di kem itu. Perjalanan agak jauh memandangkan kami dari Kuantan, Pahang ke Muar, Johor.

Sampai sahaja kami disana kami disambut oleh puan punya tempat. Kem tersebut mempunyai sebuah bangunan yang dijadikan dewan, satu rumah teres (banglo) dua tingkat, satu bangunan dua tingkat asrama pelajar, satu khemah ruang makan dan ruangan memasak dan ada lagi dua buah rumah kecil yang berada di belakang kem. Kem ni mcm kawasan rumah kampung yang kawasan dia agak besar jugaklah. Dibelakang kawasan kem tu ada tempat aktiviti lasak dan juga terdapat kawasan pokok paya.

Lepas dah borak dengan owner tempat tu kami pun jalan jalan lah tngok kawasan kem tu. Jujurnya pertama kali sampai tempat tu aku dah rasa mcm tak sedap hati, feel something yang mcm pelik tapi aku diamkan je. Kami fasi lelaki pegilah usya asrama pelajar tu, tengah elok lepak tetiba blackout. Owner tu kata "Oh sini memang selalu mcm tu" lepastu dia tunjukkan aku tempat nak betulkan kalau blackout lagi. Lepastu kita orang kemas dewan kecik tu untuk persiapan esok. Dalam dewan ini ada sebuah bilik kecil yang dijadikan office dan satu lagi bilik dijadikan stor simpan barang. Masa kemas tu takada apa apa sampailah kita orang siap solat asar, maghrib dan Isyak dalam tu.

Oh yeah petang tupun lagi sebuah kete fasi perempuan pulak sampai. So lepas Isyak kita orang semua keluar balik nak cari kedai makan. Dah habis makan and cari barang apa semua kita orang balik ke kem tu. Lepastu meeting untuk persiapan esok sampai pukul 1.00 pagi.

Aku dan lagi 3 orang fasi tido dewan (sebab sejuk) lagi 3 orang tido asrama pelajar tu dan fasi perempuan termasuk penasihat aku tido rumah banglo tu. Biasalah bila tido tempat baru ni memang tak selesa sangat nak tidor, asyik asyik terjaga. So dalam pukul 3.00 pagi mcm tu aku terjaga sebab terdengar bunyi air paip terbuka. Okay masa tu aku pikir penasihat aku bangun sebab nak amik air sembahyang so aku pun bangunlah keluar pegi tengok. Tuptup takada orang okay tapi air paip tu still terbuka. Aku dengan keadaan mamai tu cepat cepat masuk balik dewan dan sambung tido balik. Sampailah ke subuh, kami semua bangun dan terus bersiap untuk sambut adik adik program. Pukul 9.30 pagi sampailah malam program berjalan.

Selalunya selepas program kami akan meeting kejap. Masa meeting tu anak penasihat aku ni dia main snap snap gambar guna camera. Lepastu tetiba si adik tu cakap "bang tngok abang tu senyum senyum dekat abang" dekat abang dia. Masa tu semua diam kejap. Masa tu juga kawasan dewan bahagian belakang tu gelap sikit so budak tu nampak "abang" tu belakang tu.

Habis je meeting kami semua pegi kedai makan sebab lapar punya pasal. Masa makan tu fasi lain tanyalah mcm mana muka abang tu, lepastu budak tu cakap "abang tu pakai baju putih". Dah habis makan apa semua, aku and the geng pun balik ke kem tu balik. Masa otw balik tu aku tertido dalam van sebab penat sangat kot.

Masa sampai kem tu mcm segarlah sikit sbb dapat tido kejap dalam van. So masa sampai tu, aku dan 2 orang fasi lagi tido dekat dewan tu lagi malam tu. Masa tu dah pukul berapa dah tak ingat tapi masa tu pagi, masa nak try lelapkan mata tu aku asyik dengar bunyi anjing menyalak je dekat luar kem tu. At the same time, aku rasa mcm diperhatikan. So setiap kali aku terjaga aku akan pandang bilik yang dijadikan office tu. Every time okay aku akan pandang bilik tu. Oh yeah, masa tu aku and lagi 2org fasi tu tido betul betul depan bilik yang dijadikan office tu and dekat dengan pintu keluar masuk.

Tetiba aku terdengar suara perempuan berbisik. Aku diam je masa tu sampai aku ws penasihat aku "dia cakap tido je jangan layan" okay aku cuba masa tu tapi makin lama makin kerap suara perempuan tu berbisik. Badan aku masa tu mcm nak keluar ke dewan dan dalam otak aku masa tu pikir pokok paya belakang kem tu je. Tak tahu kenapa so aku lawan dengan istigfar dan baca doa apa yang patut. Lama kelamaan aku mengigil satu badan, mengigil yang aku susah nak control. Aku kejutkan member aku sorang pun tak bangun sebab mungkin dorang tu letih sangat kot. Masa tu aku dah menangis dah sebab cuak gak lah masa tu.

Kejut punya kejut, member aku yg sorang ni pun terjaga. Aku cakap "aku nak keluar dari dewan ni" so dia bawak aku dalam keadaan aku mengigil tu ke rumah banglo tu. Aku rehat kejap dekat ruang tamu rumah tu,aku tido dekat atas sofa member aku tido bawah. Aku tido menghadap tangga, masa lelapkan mata tu aku rasa tak sedap hati mcm diperhatikan. Sampailah ke subuh semua kembali normal. Cuma masa slot sembahyang subuh tu aku tanya sorang budak ni "tido tak semalam" lepastu dia cakap "tak bang sbb 'dia' main dekat toilet"

Aku cerita dengan orang lain termasuk penasihat aku. Lepastu penasihat aku pun cakap "saya pun kena semalam ada orang main guli dalam bilik kami". Sampailah habis program takada masalah pun, alhamdulilah termasuk aku. Takada demam ke histeri ke takada alhamdulilah.

So kami pun pulang ke kuantan petang ahad tu juga. Pengalaman ni memang aku tak boleh lupa. Walaupun aku tak nampak namun ganguan suara tu betul betul buat aku cuak. Namun begitu, tiada apa yang boleh berlaku tanpa izinnya.

End.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 17, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kem Muar Johor 👻Where stories live. Discover now