Sudah hampir dua bulan dia bersekolah di kampung. Perjalanan pergi tidak terasa kerana Atok Budin menghantarnya dengan basikal. Perjalanan pulang sebaliknya penuh dengan cabaran; panas terik, tahi lembu, Hamzah Gila.
Hamzah Gila suka menyakat budak-budak pulang dari sekolah.
"Apa pandang pandang. Keh syium kang baru aok tahu," kata Hamzah kepadanya apabila dia merenung.
Ketakutan, dia berlari bagai nak gila. Tiba di rumah atok dia mengadu, "Atok, tadi saya kena kejar dengan Hamzah Gila."
"Lain kali jangan tenung dia," jawab atok ringkas.
Esoknya dia bertembung dengan Hamzah Gila dan buat tak tahu.
"Oi gila!" kata Hamzah Gila kepadanya, terasa hati.
YOU ARE READING
Antologi Certot Emila
KurzgeschichtenKadang-kadang ketika buat kerja pun otak saya memutarkan sedutan kisah-kisah lama, umpama promo wayang ketika menonton wayang di kaca TV. Tangan masih tekun seadanya. Itulah. Maka muncullah certot 100 perkataan. Kalau panjang-panjang, tak jalan kerj...