Dia melihat sekeliling. Rumah yang diduduki selama beberapa tahun akan ditinggalkan.
"Selamat tinggal pokok rambutan, pokok gajus. Selamat tinggal pokok ru dan orang-orang kenit," bisik hati anak kecil itu.
"Cepat, trak mahu bergerak," lambai emaknya.
Dia berlari melintasi sangkar burung merbok kepunyaan ayah. Terhenti. "Selamat tinggal," katanya.
"Aku nak pindah. Kau jaga diri elok-elok." Burung berkicauan. "Apa? Kau nak ikut?" tanyanya.
"Baik," katanya sambil membuka pintu kecil sangkar.
"Jumpa di sebelah sana, ok. Selamat tinggal!" lambainya sambil berlari ke arah trak askar yang sarat dengan perabot.
Seperti sangkar, rumah juga telah kosong.
Ayah tidak muncul. Tiada selamat tinggal.
YOU ARE READING
Antologi Certot Emila
القصة القصيرةKadang-kadang ketika buat kerja pun otak saya memutarkan sedutan kisah-kisah lama, umpama promo wayang ketika menonton wayang di kaca TV. Tangan masih tekun seadanya. Itulah. Maka muncullah certot 100 perkataan. Kalau panjang-panjang, tak jalan kerj...