Awek Kena Kentut
Kebang!
Kebang!Bunyi budak bukak tutup locker. Aku dengan Aril tengah cari port nak letak beg. Ada discussion dalam perpustakaan. Dah dua kali pusing, tak jugak jumpa locker kosong. Selalunya, kalau sorang jumpa siapa yang paling dekat mesti nak sumbat beg dorang sekali.
Satu locker ni boleh muat dalam 4 beg, itu pun habis sumbat. Dah dapat, aku terus masuk dalam. Duduk luar panas, boleh rentung kalau tunggu lama. Masa lalu dekat pintu masuk perpustakaan, aku ada selisih dengan awek ni. Pakai kaca mata, badan dia kecik molek. Aril pun usha jugak, memang awek pakai kaca mata ni tarikan sungguh.
Dah masuk, terus pergi dekat ruang discusion. Sambung kelas macam biasa.
......
Perpustakaan Lendu ada tiga tingkat, tingkat atas adalah buku rujukan untuk pelajar masscom, art dengan business. Belah bawah banyak buku untuk rujukan agama, buku tesl dan buku-buku lain. Ada satu sudut untuk baca surat khabar, sudut untuk membaca pun ada.
Kalau masuk, lepas palang automatik ada sofa untuk tengok tv. Remote pun ada dekat situ, tapi selalunya kalau budak masuk bila toleh nampak la Kuda Belang Mengawan, Singa Menguap, kadang-kadang nampak Najib. Channel pelik-pelik yang akak staff tu bukak.
Dengan kad metrik yang pelajar ada, boleh pakai PC dekat dalam ni. Satu kad boleh guna satu jam. Facebook, Youtube dan seangkatan dengannya tak boleh bukak melainkan lepas pukul 5. Ini bagi mengelakkan pelajar ponteng kuliah dan staff ponteng kerja.
Dekat belah luar, ada satu laman yang menghadap tasik. Kalau duduk sini masa buat kerja, boleh terlelap. Angin dia sepoi-sepoi puaka. Memang layan ngantuk kalau buat kerja dekat sini. Dan tingkat paling bawah sekali adalah untuk kegunaan kelas Bel. Ada satu bilik mesyuarat untuk buat speaking test.
Susah nak tengok perpustakaan ni penuh, melainkan ada kelas atau minggu peperiksaan. Pelajar boleh lepak dekat sini sampai 11 malam je, lebih masa akan tibanya En.Gotam, Batman lendu untuk halau kau balik. Pantang dia kalau nampak orang merendek atas pukul 11 malam.
......
Mata dah separuh, apa madam membebel kat depan aku tak fokus sangat. Kelas mula pukul 3 petang, lepas balun nasi sepinggan. Memang belaian jiwa beb! Tambah pulak air-cond yang maha sejuk, mesti mengantuk punya.
Tengah sedap layan lentok, tiba-tiba Aril cuit aku.
"Nyet, oi Nyet!"
"Apa?"
"Aku haus la, jom calo beli air."
"Kan ada air free, minum air free jela."
"Mana doh air free?"
"Bukak je locker kat luar tu, mesti ada budak bawak air punya."
"Kepala hotak kau, haram doh."
"Hahaha, aku takda sen ni Ril."
"Aku payung la Nyet, jom jom."
Melayu, payung, dan percuma. Tiga benda ni memang tak lari dari identiti Melayu. Benda free beb, tibai jela. Aku dengan Aril undur pelan-pelan, masa Madam pusing amik barang dalam beg dia, aku dengan Aril lari.
Tekak haus kalau duduk Lendu ni, panas dia Ya Rabbi. Pernah aku jemur baju pukul 10 pagi, pukul 10.30 kering dah. Dah selamat lari dari kelas, aku dengan Aril melilau dulu dalam perpustakaan. Tak buat apa pun, saja usha awek. Dua-dua single kan, mana tau jackpot dapat Zaujah.
Puas cuci mata, aku keluar pergi Kafe Sunshine. Tak ramai orang dah. Semua dah kenyang makan dekat kafe Jebat masa tengah hari tadi. Masuk dalam terus ambil air, Aril bayarkan. Fuh nikmat dapat Coke sejuk masa cuaca terik. Rasa sejuk dia mengalir dalam usus.
YOU ARE READING
Aku Rindu Lendu
HumorZaman diploma adalah zaman yang gemilang bagi budak-budak Masscom UiTM Lendu. Nyet, salah seorang dari pelajar Masscom bersama dengan kawan baik dia Arel, Lah, Wan dan Man menghabiskan hidup Lendu gila-gila dorang dengan buat banyak perkara yang me...