" Macam mana kesihatan ibu kau beb ? " wajah keruh dan tidak bermaya Nasha diperhati oleh Adlina satu persatu.
" Macam tulah. Masa dah semakin suntuk. Keadaan ibu aku pun kau paham pahan jelah " keluh lagi Nasha.
" Kau sabar ya, aku yakin ujian semua ni yang tuhan kasi memang ada hikmahnya. Ingat beb, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. So i trust you baby you can do it ! " ujar Adlina dengan wajah yang ceria yang dibuat dibuat. Dia juga berasa simpati akan nasib ibu kawannya tapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa apa.
................................................
" Aku cuma cadangkan jela. Tapi nak ke bos kau kasi ? " tanya Adlina ragu ragu.
" Aku try. Insyaallah dia akan kasi. Walau macam mana sekali pun, aku akan tetap nak mintak dengan dia esok hari " azam Nasha. Dia sudah tekad dengan keputusannya.
" Kesihatan ibu adalah paling penting sekarang ni. Untuk ibu, nyawa Nasha sanggup Nasha korbankan " bisik hati kecilnya.
............................................................
" Encik, takkan 30000 pun tak boleh ? Okay saya faham, Encik susah nak percayakan saya apatah lagi saya ni bekerja disini tak sampai setahun tapi saya janji saya akan bayar " Nasha masih berusaha memujuknya bosnya. Namun harapannya untuk mendapatkan wang tersebut seolah olah semakin tipis.
" Bukan saya taknak kasi pinjam dekat awak. Malah saya pun turut bersimpati dengan keadaan ibu awak tetapi jumlah yang awak minta tu terlalu besar Nasha " ujar Encik Aniep, pemilik Escape Room yang terletak di Klang merangkap CEO Escape Room seluruh cawangan.
" Kalau macam tu, Encik potong je 75 % gaji saya setiap bulan. Tolonglah Encik saya memang betul betul terdesak ni " rayu lagi Nasha. Namun apakan daya, Encik Aniep hanya menggelengkan sahaja kepalanya.
...............................................
" Baiklah. Saya pergi sekarang " . Dengab keadaan tergesa gesa, Nasha pantas bergegas ke Hospital Sultabah dimana hospital yang menempatkan ibunnya.
" Beb, kasitau kat bos aku kena pergi hospital. Ibu aku kritikal ! "
" Okay okay. Hati hati weh. Aku doakan ibu kau selamat " sempat Adlina berpesan kepada sahabatnya.
.............................................
" Alhamdulillah, ibu cik berjaya melepasi keadaan kritikal. Keadaannya sudah kembali stabil seperti sediakala " terang Doktor Adrian sejurus keluar dari bilik 550.
" Terima kasih doktor sebab dah menyelamatkan nyawa ibu saya. Saya nak tanya, kenapa keadaan ibu saya sampai begitu sekali ? Bukan doktor dah masukkan ubat bius ke dalam badannya ?"
" Perutnya sudah terlampau rosak. Kuman pula dah semakin merebak. Ubat bius itu hanyalah untuk sementara sahaja Cik. Satu satunya cara untuk memulihkan adalah melakukan pembedahan untuk membuang kuman kuman tersebut " tambahnya lagi lalu berlalu pergi untuk memberi ruang kepada Nasha.