🍥Bab 1🍥

337 27 3
                                    

Dahlia mengemas barang-barangnya dan memasukkannya ke dalam kotak di birai katilnya.Seminggu sahaja lagi dia akan berpindah ke kampungnya bersama Ibu dan Ayahnya. 23 tahun dia tinggal di rumahnya ini bersama ibu dan ayahnya disini. Suka duka mereka dikongsikan disini.

Kini mereka mengambil keputusan untuk berpindah kerana Encik Arman, bapa kepada Dahlia di naikkan pangkat sebagai guru besar di sebuah sekolah di Kampung halamannya, Kuala Kangsar, Perak.

"Dahlia sayang, dah kemas ke koleksi buku Lia kat rak buku tu?" Tutur Puan Mawar, ibu kepada Dahlia. Lemah lembut sahaja perwatakkannya. Setiap bait katanya dapat mencairkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Mungkin sebab itu Ayah jatuh hati kat ibu?

"Oh Lia lupalah ibu.Nanti Lia buat. Sekarang ni tengah kemaskan baju-baju ni ibu." jawab Dahlia.
"Ibu bukan apa Lia.Ibu nak sebelahkan mana satu nak sedekahkan dekat anak buah kamu dekat kampung.Maklumlah buku kamu tu banyak buku kanak-kanak. Mana yang kamu nak sedekah letak dalam kotak ni ye." kata Puan Mawar sambil menghulurkan beberapa kotak kepadanya.

"Okay ibu. Nanti eh? Lia nak siap dah ni."Lia menjawab dengan sopan. "okay" Jawap Puan Mawar singkat sambil menunjuk simbol 'ok'.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyaknya buku aku! mana satu nak start ni? hais susahlah macam ni!- Bisik Dahlia dalam hatinya.
Kemas yang ni dulu lah- Dahlia terus ke rak yang pertama. Bayangkan ada lima rak bukunya. Memang tidak dinafikan Dahlia seorang Ulat buku. Dari kecil hingga sekolah menegah. Sewaktu di Universiti dulu dia kurang membeli buku dan baca kerana kekangan masa yang suntuk. Dia hanya berpeluang membaca buku di perpustakaan.

Dahlia meletakkan sebuah kotak yang penuh dengan buku cerita kanak-kanaknya. Dia beralih ke rak dibawah sekali. Berhabuk!

"Eh, ni buku yang Tok Abah bagi dulu!" Dahlia menjerit gembira. Senyuman terpancar di wajah ayunya lantas menepis habuk-habuk di buku itu.Buku itu di selak-selak.

Rindunya. Dulu taksub gila aku dengan buku ni. hahahahaha. bukan wujud pun mamat ni. hanya khayalan si penulis.- Bisik hatinya. Ingat lagi dia pernah berangan untuk menunggu jejaka seperti itu suatu hari nanti. Buku yang berkisahkan seorang perempuan yang mencari cinta sejatinya.Macam Cinderella dan Prince charming dan beauty bersama beastnya.Snow White juga tidak ketinggalan.

"Apa kata aku baca balik. Mana lah tahu boleh hidup pula mamat ni." Dahlia berseloroh. Dia mengambil tempat di atas sofa kecil di hujung bilik bacaan itu dan akhirnya dia tertidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hey gaiss..hehehhe..done for this bab..hehhe..maaf kalau ade tersalah or else..hope u gais enjoy..dont forget to like and comment..hehhe

A Guy From The BookWhere stories live. Discover now