🍥 Bab 7 🍥

86 11 0
                                    

Zulkarnain sedang bersiap-siap untuk ke warung Tok Abah. Bersemangat pula dia pada pagi itu.Maklumlah,hendak berjumpa dengan buah hati pengarang jantung dia.
Sedang dia mengatur langkah untuk keluar dari biliknya,Puan zakiah menggamitkan tangannya kearah Zulkarnain.

"Ada apa umi panggil Nain?"Dia melabuhkan punggungnya di sebelah uminya di sofa ruang tamunya.Uminya hanya tersenyum lalu menggenggam tangan anaknya itu. "Umi,ada apa ni? janganlah buat Nain risau."Zulkarnain mengusap tangan uminya.Pelik sungguh tingkah lakunya pada pagi itu.

"Nain,sampai bila Nain nak membujang sayang?" Tanya uminya lembut.Nain mengalihkan pandangannya ke bawah.Buka dia tidak mahu berkahwin,tetapi dia risau jika dia memilih pasangan yang salah.Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. "Nain,umi tanya ni sayang."Puan Zakiah mengusap lembut belakang anaknya itu.Dia tahu apa yang berada di fikiran anak sulungnya itu.

"Umi kalau Nain tak jawab boleh tak?Nain dah lambat ni.Assalammualaikum umi."Dia menyalam tangan uminya lalu mengucup pipi wanita itu.Dia menyarung kasutnya dan terus menuju ke warung  Tok abah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalammualaikum Tok Abah.Maaf Nain lambat.Ada hal tadi."Tok abah hanya mengangguk dan tersenyum."Nain jaga kedai dengan Lia kejap ye.Tok nak pi pekan jap." Nain mengangguk.Dia terus menyusun kerusi dan mengelap meja.Dia perhatikan sekeliling. Mana Dahlia?

Tiba tiba dia terdengar Suara di dapur.Dia yakin bahawa itu Dahlia.

Melepaskanmu..
bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..
pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hatii..kala malam tidur........

Dahlia menyanyi penuh emosi sambil mengaturkan barang di dapur itu.Dia masih tidak perasan bahawa Zulkarnain berada di situ sambil melihat gelaatnya.

Dahlia memusingkan badanya kebelakang.Mulutnya terkunci
"Zul...Zulkar..Nain..apa awak buat dekat situ?"Zulkarnain ketawa terbahak bahak.
Dahlia mengerutkan dahinya.Senduk ditangan diletakkan dibahu.Dia berjalan kearah Nain ala ala gangster gituw. "Awak dengar saya nyanyi?"Dia menghalakan sensuk itu ke dagu Zulkarnain.Muka Zulkarnain berubah.Dia membuat muka selamba."Salah ke saya dengar awak nyanyi?" Tanyanya sambil mengangkat kening dan tersenyum sinis.Tangannya disilangkan ke dada.

"Salah tu tak salah.Yang salah bila awak gelak sampai tak ingat dunia.Awak ingat saya nyanyi tak sedap?"Giliran dia pula yang mengangkat kening. "Sedap..Cuma tu lah..macam suara katak."Kata Nain sambil berlari meninggalkan Dahlia.Dia pula apa lagi.Dia kejar Nain satu kedai.Senduk di tangan masih di genggam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mereka mengelap meja di kedai itu.Penat sungguh badan Zulkarnajn dan Dahlia.Hari ini ramai pula pelanggan di kedai.

"Dahlia,Kalau Nain cakap Nain suka Lia,Lia okay tak?"Tanya Zulkarnain setelah selesai mengelap.Dahlia mengerutkan dahi. Soalan apa yang Nain tanya aku ni?
"Kalau lia tak nak hawab tak pe.Nain faham."Nain tersenyum tawar. "Awak,Saya bukan tak terima.Cuma saya tiada pengalaman."Dahlia menundukkan kepalanya. "Lia,kalau Nain ajak Lia kahwin..Lia okay tak?"Kata Zulkarnain sambil memandang tepatt kearah Dahlia.
Dahlia terkedu.Dia memicit pipinya.
"Kahwin?!?! Nain bergurau ke?"Dahlia semakin bingung.Apa yanh lelaki ini fikirkan sampai ajak aku kahwin? "Nain x bergurau.Nain serious."katanya sambil menunjukkan riak serious. Dahlia kaku. Aku nak kahwin ke?!?!??!?!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam..sori kalau bab ni pendek..ehehehe..busy la kata kan..okay..hope kormg suka...bye..love u😙😙

Xoxo;
Gloria Dee🌬

A Guy From The BookWhere stories live. Discover now