Bab 2

1.8K 50 1
                                    

Shafiya menunggu Farah yang sedang mengambil bagasi mereka. Malas lah nak pergi sana! Dah lah sesak dengan lautan manusia! Shafiya membuka telefonnya. Takut takut , ada benda penting.

"Mamat ni tak habis habis lagi mengacau hidup aku. Tak puas lagi ke kecewakan aku?," Gumamnya , sim cardnya dicabut dan dibuang kedalam tong sampah yang berdekatan.

Tak ingin aku nak tengok nama dia lagi! Sekarang dia sudah memulakan hidup baru! Baginya Haiqarl adalah sejarahnya yang tak mungkin akan diingati.

Sedang dia membebel , seorang lelaki  melanggarnya. Telefon yang dipegang terus selamat mendarat keatas lantai.

Lelaki itu terus mengambil telefonnya yang mendarat diatas lantai itu. Lelaki itu menundukkan kepalanya berulang kali sebagai tanda mintak maaf.

"Maaf, saya tak nampak. Saya tergesa gesa tadi," Ujar lelaki itu sambil menundukkan kepalanya lagi. Haish,nak ikut orang jepun ke macam mana?

Lelaki itu menghulurkan telefon miliknya , Shafiya terus merentap telefonnya daripada dipegang oleh lelaki itu. Tidak, screennya retak. Huaaaa.

Fiqrash segera mengambil dompetnya , 2 keping not 100 dihulurkan sebagai tanda maaf. "Saya mintak maaf sangat sangat. Flight saya dah nak berlepas. Jadi saya pergi dulu ye," Fiqrash terus meninggalkan Shafiya

Tak kuasalah nak buat sesi berkenalan ! Takut terlepas flight.

"Dah,jom lah," Farah menyedarkan lamunan Shafiya. Dia mengganguk laju.

'' Asal screen phone kau retak? Apa jadi?," Soalnya sambil berjalan.

"Adalah,"

"Kita duduk hotel ke??" Soal Shafiya. Farah menggelengkan kepalanya. "Then?," Shafiya mengerutkan dahinya.

"Rumah kakak aku,takkan kau tak ingat kakak aku duduk dekat Indon ? . Mahal lah hotel kat sini. So ,kita save budget je lah," Ujarnya sambil ketawa.

Shafiya mengangkat bahu. Apa yang lawak pun dia tak tahu.

Shafiya hampir ternganga apabila melihat rumah kakak sahabatnya. Rumah itu berdekatan dengan bukit dan juga sungai! Tambahan pula rumah itu ialah rumah kayu moden, sesuai untuk memberi ketenangan.

(Gambar boleh rujuk media,sayang)

"Meh,jemput masuk. Maaflah fiya , rumah Akak tak sebesar banglo fiya yang kat KL tu," Fakiah menjadi segan apabila melihat Shafiya sedang meninjau kawasan rumahnya.

"No Akak to me it's very perfect. Pandai Akak cari rumah kat sini. Tenang betul. Hilang kejap masalah yang berserabut kat fikiran saya ni," Puji Shafiya dengan sengihan.

Fakiah senyum sampai ketelinga apabila mendengar pujian itu. Farah menyiku perut kakaknya.

"Tak payah nak perasan lah," Bebelnya.

"Fiya daripada kamu duk tercegat kat luar sana,meh lah masuk," Jemput Fakiah. Ain Medina mengganguk lalu memasuki kediaman itu!

'Tak dinafikan! Dalam rumah pun cantik! Pergh,hebat tul Kakak Farah,'

"Hah,Farah. Bawak dia masuk dalam bilik dia,Akak nak pergi buat minum petang. Fiya nanti masuk bilik mandi ye, segarkan sikit badan tu," Kata Fakiah lembut.

Farah mencebik. "Eleh,dari tadi asyik si minah ni. Dah bilanya turn Farah?," Soal gadis itu sekadar itu berjenaka.

Fakiah mencubit pipi Farah,kuat. "Alolololo,adik akak ni.....manja betul! Intan payung,mandi ye nanti. Eh,jangan mandi dalam bilik air,mandi kat tepi sungai tu! Biar jumpa dengan penunggu kat situ. Hihihi," Ujar Fakiah sambil ketawa berdekah dekah. Shafiya juga ketawa.

Seronok betul melayan perangai kakak Farah!.

'TAHNIAH Tengku Fiqrash Idham ! Welcome to our company ," Tengku Ziyad menepuk tangan didalam bilik mesyuarat sambil memeluk anak sulungnya.

"Thanks you guys ! I dont know how to explain my feeling right now. I cant believe that i dah jdi bos korang , even i still mentah dalam dunia perniagaan. But its okay since kat sini dah ada orang berpengalaman kan? Mari kita sama sama bangunkan  Herman's Holdings!," Ujar Tengku Fiqrash sambil tersenyum.

Senang betul hidup jadi orang kaya bukan? Lepas belajar ke tak memang sah sah akan jadi CEO syarikat keluarga kan ?

Inara menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada bos barunya. Lepas ini bersemangatlah nak bekerja lepas dapat bos yang hensem kan ?

Tambahan pula , dia adalah personal assistant Fiqrash! Amboi , lepas ni senang lah nak cuci mata !

Ada pula yang sudah mengecop sebagai calon suami. Biasalah perempuan pantang jumpa lelaki yang hensem hensem ni.

"Inara!," Panggil Tengku Ziyad.

Segera Inara berjalan kearahnya.

"So Fiq, ni PA Fiq,Inara,"

"Hai," Inara menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Tengku Fiqrash menyambut huluran itu.

"I hope kita boleh bekerjasama,"

"Ya sure," Inara memberikan senyuman yang semanis madu kepada Fiqrash! .

Ada beberapa staf sudah menjeling. Yalah siapa tak kenal Diva tu? Buat opis ni macam bapak dia punya !

"ARGH!," Jerit Haiqarl kuat dibiliknya. Mana kau hilang Fiya?! Yang ni semua sebab betina sundal tu lah! Haiqarl meramas rambutnya,kasar. Gambar gambar dia bersama Shafiya Adelina dibaling kelantai. Telapak tangannya meraup mukanya.

"Mana kau hilang Fiya?!," Jeritnya kuat.

Perangainya tak ubah seperti orang yang hilang akal. Apabila dia datang kerumah Datin Juwita,mesti akan ada hempasan pintu yang kuat. Memang layak dia dilayan sedemikian! Memainkan perasaan anak orang ,siapa tak geram?

"Qarl. Bukak pintu ni!," Datin Mastura mengetuk pintu anak terunanya. Makin diketuk ,makin kuat suara Haiqarl menempik. Kena sampuk dengan hantu ke apa?

"Aku nak Shafiya! Kau faham tak?!," Jerit Haiqarl. Rambutnya sudah kusut.

Biliknya juga sudah bersepah ,seperti baru dimasukki penyamun.

"Qarl! Dengan cakap papa! Kau bukak pintu ni sekarang!," Jerkah ayahnya sambil mengetuk pintu Haiqarl. Gayanya seperti ingin memecahkan pintu bilik itu sahaja.

"Qarl nak Fiya! Papa,Mama tolong carikan Fiya! Qarl nak kahwin dengan dia!, Fiya milik Qarl sorang je!," Haiqarl melemparkan semua benda yang diatas meja pejabatnya. Dengan MacBooknya juga dibaling kelantai.

Kepalanya digaru! Kemudian dia tiba tiba menangis tak tentu pasal.

"Fiya.... Abang mintak maaf... Fiya..... Abang tak nak sakitkan hati Fiya.... Fiya..... kahwin jom. Abang... Nanti Abang jaga Fiya elok elok.. Abang tak nak sakitkan hati Fiya dah," Ujarnya seperti sedang bercakap dengan Shafiya Adelina!

Shafiya Adelina dah tak ada kat sini! Susah sangat ke kau nak faham?

Be MineWhere stories live. Discover now