Bab 1

2.9K 76 2
                                    

HAIQARL menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian itu kepada seorang perempuan. Shafiyah hanya menahan geram apabila melihat tunangnya bersama orang lain! Amboi siap berpegang tangan bagai! Apa makna semua ni?!

Amarahnya kian memuncak, terus didekati Haiqarl dan perempuan itu. Zulaikha?! Sahabat baiknya sendiri!

Haiqarl mati kata. Zulaikha menelan air liurnya. Pahit.

"Apa makna semua ni,Qarl?," Suara Shafiyah sedikit terketar. Rela ataupun tidak ,dia harus menerima yang tunangnya berlaku curang! Air matanya ditahan daripada mengalir.

Haiqarl cuba memutar belitkan ceritanya.

"Ya,fiya. Kitaorang tak ada apa apa hubungan. Just kawan baik," Zulaikha cuba menyelamatkan keadaan.

Shafiyah adelina mengepalkan tangannya menjadi satu penumbuk. Giginya diketapkan menahan sabar. Akhirnya gelas kaca diatas meja itu dicampakkan kelantai.

Prang!

Orang lain mula memandang mereka . Tiada setitik pun air mata mengalir dipipi nya. Buat apa dia bazirkan air matanya buat lelaki yang tak guna itu ?

"Aku tak nak dengar apa apa! Haiqarl , its over," Dia terus meninggalkan tempat itu.

Haiqarl cuba mengejar Shafiyah, ditarik lengan perempuan itu daripada meninggalkannya.

Automatik,tangan Shafiyah naik dan menampar pipi lelaki itu kuat. Puas! Teramat puas!

"Aku tak nak dengar apa apa penjelasan lagi! Jelas lagi terbukti, kau curang dengan aku! Kau lamar Ika?!," Suara Shafiyah laju meninggi.

"Can't you give me some space to explain about this?," Soal Haiqarl. Shafiyah menggeleng lemah.

"Qarl. I dah banyak kali dengar orang duduk menjaja cerita buruk pasal you . Dorang cakap you keluar dengan perempuan lain,makan bersama,suap antara satu sama lain. You tahu apa perasaan I masa tu? I kecewa sangat sangat! Tapi I buang perasaan tu! Sebab I percayakan you 100%.But today,benda tu dah jelas. Depan mata I , you sanggup lamar Ika. Kawan baik I sendiri ! Haiqarl,I nak kita putus.
Lantaklah apa you nak cakap,ni keputusan. I never regret it ,"

"Dan kau,Ika. Balik rumah sewa tu ,pack barang barang kau dan berambus! Aku tak nak ada kawan perangai macam binatang! Aku buat baik dengan kau tapi ini yang kau balas? Kau rampas tunang aku! Sebab kau dia berlaku curang!,"

"2 tahun,Ika. 2 tahun aku bertunang dengan dia. Dan akhirnya kau musnahkan sebagai orang ketiga. Pergilah kau,bercintalah kau dengan Haiqarl. Kitaorang dah tak ada apa apa hubungan lagi. Dah happy sekarang?," Soal Shafiyah Adelina , empangan air matanya pecah juga akhirnya .

'Kau kuat,Fiya. Lepaskan semuanya,' Bisik hatinya.

"Fiya,tak boleh buat Abang macam ni. Abang sayangkan Fiya sangat sangat. Ika tak bermakna untuk Abang ataupun perempuan perempuan yang Abang pernah keluar selama ni. Abang buat macam tu,sebab Fiya. Sebab Fiya selalu busy dengan kerja Fiya. Abang bosan sangat sangat, That's why I do that," Jawabnya.

Sekali lagi Shafiyah menampar pipi Haiqarl. Dah banyak kali lelaki itu mencuranginya.

Semua orang direstoran melihat adegan itu. Zulaikha terus meninggalkan mereka berdua ,kerana tak sanggup melihat beberapa pelanggan sedang berbisik dan menyalahkan dirinya keatas perkara ini.

Shafiyah pergi kemeja Haiqarl dan kembali bersama gelas minuman Haiqarl. Haiqarl sudah dapat agak apa yang akan terjadi selepas ni.

" i hope this is the last time we meet ! ,"

Shafiyah menghayunkan tangannya. Dan......

Bush!

Haiqarl sudah selamat bermandikan air oren itu.

"FIYA,Mama tak akan setuju cadangan Fiya! Indonesia tu jauh,Fiya! Takkan sebab ni Fiya nak larikan diri pergi sana?,"

"Kenapa nak lari dari masalah ? You have to selesaikan this problem. Bukan semua masalah akan hilang kalau Fiya lari ! Pergilah beribu batu sekalipun , masalah ini takkan selesai ! You need to give Qarl some space to explain about this ,"

Datin Juwita berdiri disebelah Shafiyah.Anak matanya tidak beralih dari melihat apa yang dibuat oleh anaknya.

Shafiyah terus mengemas pakaiannya dan disumbatkan kedalam begnya.

"Please Ma, bagi Fiya masa untuk terima semua ni. Dina terlalu cintakan Qarl. But suddenly dia buat Fiya macam ni. Hati Fiya sakit,Ma! Terlalu sakit!," Shafiyah Adelina memukul dadanya sambil menangis. Dia menunjuk betapa sakitnya hatinya pada masa itu.

Datin Juwita terus menarik anak tunggalnya kedalam pelukan, diusap kepala Shafiyah berulang kali dan dikucupnya.

"Kalau fiya pergi sana,Mama tak ada siapa siapa pun kat sini. Mama hanya ada fiya sorang je. Papa dah tak ada,sayang. Abang Alif hilang entah ke mana dan sekarang ni fiya nak
.....," Ujarnya.

Shafiyah mencium tangan tua itu berulang kali. Air matanya diseka berulang kali. "Mama bagi fiya masa. Bagi fiyA ketenangan. Bagi fiya sedar yang Qarl dengan Fiya dah tak ada apa apa hubungan," Rayu Shafiyah.

'Mama tolonglah faham keadaan fiya,' Desisnya.

"Kalau itu yang fiya rasa jalan yang terbaik. Mama izinkan,sayang," Terlalu berat untuk Datin Juwita melepaskan anak tunggalnya. Namun dia terpaksa mengizinkan untuk memberi ketenangan buat anaknya.

"Satu je yang fiya nak Mama tolong fiya," Luahnya. Shafiyah meluahkan apa yang diinginkan , manakala Datin Juwita hanya mengganguk faham.

"Terima kasih,Ma,"

"Mama janji takkan beritahu sesiapa tentang ni. Demi anak Mama, Mama sanggup buat apa sahaja," Datin Juwita sudah berjanji.

"Nanti kawan Fiya datang bawak Fiya pergi airport ,so Mama tak payah susahkan diri hantar Fiya," Katanya lemah. Datin Juwita mengganguk.

DATIN Juwita mencium dahi Shafiya Adelina lama,berat sungguh untuk melepaskan anaknya. Pipinya dikucup silih berganti. Tak cukup dengan itu,dipeluk Shafiya kuat seperti tidak mahu melepaskannya. Air matanya turun membasahi pipi tuanya.

Bahu Shafiya dipegang kemas. "Janji dengan Mama,sayang. Selalu contact Mama bila dah sampai kat sana,"

Shafiya mengganguk lalu mengesat air mata jernih mamanya. "Fiya janji,Ma,"

Farah mengesat air matanya yang mengalir ,terasa sedih apabila melihat babak perpisahan ini.

"Fiya," Panggil Farah. Dia mengangkat tangannya sambil menunjukkan jam tangannya. It's time to go.

"Fiya pergi dulu,Ma. Jaga diri , Jaga kesihatan, Jangan sakit ye,Ma," Ujarnya.

Datin Juwita mengganguk berulang kali ,air matanya pantas diseka. Shafiya Adelina menyalami tangan tua Datin Juwita.

"Fiya pun sama. Yang penting jaga solat,sayang," Pipi anaknya diusap.

Kini tiba giliran Farah menyalami Datin Juwita. "Farah,jaga anak Auntie ye?," Farah mengganguk.

Mereka berdua memasuki kereta myvi milik Farah. Dan akhirnya kereta itu meluncur pergi.

Datin Juwita terduduk diatas lantai, Matanya dipejam untuk menerima yang Shafiya sudah tiada disini lagi.

FARAH dan Shafiya selamat memasuki pesawat. Tinggal lagi 2 minit ,pesawat ini bakal berlepas. Shafiya Adelina memejamkan matanya.

'Kau kena kuat,tak boleh lemah. Redha lah. Qarl bukan jodoh yang terbaik buat kau. Sekarang ni, kau kena ubah diri kau. Tutup pintu hati kau untuk terima mana mana lelaki lagi. Cukuplah kau dikecewakan,' Gumamnya.

Selamat tinggal sejarah.

Mulakan hidup baru.

Dengan Azam yang baru.

Guys ! Hohohoh ! Long time no see ! Fyi , sy dh tuka jln certa ni 😂 so seme nme pun sy tuka (bergntung kpd keadaan) 👌 . Tlg ksik cdgn pls nme ap yg sesuai tuk si Akif Naim tu :") .

Be MineWhere stories live. Discover now