PART 2

18 1 3
                                    

Wafiyya menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu bawah. Dia melihat Arina sedang menonton televisyen di ruang tamu itu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Arina yang masih ralit menonton televisyen.

"Apalah..Tak bestlah tengok drama cinta islamic ni.. meh sini remote tu.."Wafiyya ingin mencapai remote yang berada di atas meja tamu. Tetapi remote itu telah disambar dahulu oleh Ariana.

"Tak boleh..aku nak tengok drama ni..Best apa drama syurga cinta ni.." Ariana menyorokan remote itu di belakangnya .Wafiyya memuncung. Sakit hati di buatnya. Dari tadi kau tengok drama, Turn akulah pulak. Gerutu hatinya.

Ariana melihat wajah Wafiyya yang sudah masam mencuka.

"Nahlah..Lawak aje. Itu pun nak merajuk. Macam mana la ada saumi nanti. Jenuh weyh nak pujuk nanti.."Ariana memberi remote itu kepada Wafiyya.
 Wafiyya tersengih seperti kerang busuk di pasar minggu.

"Sayang kau..." Wafiyya memeluk bahu Ariana lalu mencapai remote dari tangan Ariana.
"Wiya..aku nak naik atas dulu..dah layu dah mata aku ni.." Ujar Ariana lalu menyusun langkah ke arah tangga.

"Ala..temanlah aku tengok tv" Wafiyya menghalang. Langkah Ariana mati seketika.

"Lahh..kau tengoklah sorang-sorang.." Ariana menolak lalu meneruskan langkahnya.
Pandangan Wafiyya beralih semula ke arah skrin televisyen.

*******

Wafiyya dan Ariana keluar beriringan dari dewan kuliah.

"Wiya aku nak pergi tandas jap,eh.Sakit perut ni.."pinta Ariana.Mukanya seperti kerang busuk menahan sakit perut.Pantas dia berlari ke arah toilet.Wafiyya menunggu di bangku batu berdekatan toilet.sementara menunggu Ariana,dia bermain handphonenya.

Tiba-tiba..

"Assalamualaikum.."ucap satu suara garau.
Wafiyya terkejut lalu kepalanya menoleh ke belakang."owh... Nazmi. Ingatkan sapalah tadi. Terkejut aku."
Nazmi tersenyum."Ingatkan Zack la tadi kan?kau tunggu sapa ni?" Nazmi menyakatnya 

"Jangan lebih-lebih eh..Nanti kasut aku ni masuk mulut kau. Tu,tunggu Yana.. Dia pergi toilet  kejap"ujar Wafiyya menjuih mulut ke arah toilet perempuan. Nazmi terangguk-angguk takut. Mak aii..garangnya..

"Eh,kau orang berdua nak join sekali tak pergi Langkawi? Kita pergi jalan-jalan."ajak Nazmi. Pandangannya beralih ke arah Nazmi.
"Buat apa?buang masa aje. Baik study lagi bagus"Wafiyya menolak. Matanya tertumpu semula pada skrin handphone.

"Yela.. Budak pandaikan.. Asyik nak berkepit dengan buku je." Perli Nazmi. Dia menggaru kepala. Itulah sikap Wafiyya .Setiap kali ajak ke mana-mana ada saja alasan dia menolak.Haish..

"Bebe..jomlah.Boleh tenangkan fikiran di sana.Yang pergi ke sana aku, Amar, Haziq, Nazrin, Zakuan, Yana pergi sana.Jomlah.."Nazmi cuba memujuk.

Terbeliak mata Wafiyya di buatnya.
"What!!!! Zack pergi sekali?No! aku takkan pergi! Lagi satu. kenapa Yana takde beritahu aku pun yang dia join kau orang semua.?" Wafiyya menyoal. Si mamat kerek tu ikut sekali?Hmm..memang taklah aku ikut sekali. Gerutu hatinya.

"Ye..Yana ikut sekali. Mungkin dia lupa nak bagi tahu kau kot" Nazmi membuat andaian.

Wafiyya tidaklah mengenali sangat dengan perangai lelaki itu. Apa yang membuatkan dia tidak suka pada lelaki itu apabila dia mendengar kawan-kawan perempuannya bercerita yentang sikap playboynya. Sejak dari itu dia mula bersangka buruk terhadap lelaki itu .Perempuan mana yang nak suami mereka seorang yang bersikap sebegitu? kalau ada pun mungkin wayar perempuan itu sudah terbelit.

"Ala... Wiya,kau tak nak join ke.? Yana join sekali..."soal Nazmi sekali lagi untuk mendapat kepastian.

"No! Are BIG....NO!!"ujar Wafiyya.

Matanya meliar mencari kelibat Ariana .Dia melihat Ariana baru keluar dari tandas dan sedang menuju ke arahnya.

"Oklah,aku balik dulu .Assalamualaikum." Ujar Wafiyya lalu bingkas bangun menuju ke arah Ariana.

"Yana, Kenapa tak beritahu aku yang kau join dia orang?" Soal Wafiya. Sampai hati sahabatnya itu tidak memberitahu tentang perkara itu kepadanya. Terasa sedikit terkilan sebenarnya... Tetapi dipendamkan sahaja..

Ariana membetulkan tudung shawl yang dipakaianya. " Aku baru nak bagitahu kat kau... Tapi si Nazmi tu dah bagitahu dulu..? Terang Yana muka slumber.  

Wafiya termenung sejenak. Nak pergi ke tak nak?. Yana pun ikut sekali.. Takkanlah nanti aku tinggal sorang-sorang. Lagipun takkanlah nak biarkan Yana pergi keseorangan.

Akhirnya..

"Yana.. Aku nak pergilah.. Aku pergi ni pun sebab kau tau. Kalau tak , takdanya aku nak pergi.."Wafiyya memberikan kata putus.

Ariana sudah senyum sampai ke telinga. Sayang juga Wafiyya ni dekat aku. Ops..maaf, kami bukan geng serai sejati...hahaha...


B*E*R*S*A*M*B*U*N*G...

CINTA HATI IMAM MUDAWhere stories live. Discover now