aku berpergian dengan kalimah safara
bermusafir itu tujuan pertama
menyelam lautan ilmu itu tujuan teragungkerana hatiku seperti lampu yang kosong dan tidak dipetik
maka aku mencari saliran elektrik
untuk menyatukan aku dengan pemetik lampu3 tahun aku disini
tidak seperti para ulama warasatul anbiya
yang mengahabiskan berjuta tahun untuk mencari secebis ilmuwalau 3 tahun
aku merasai keperitan berpisah dengan pemilik qalbukubagaimana pula dengan mereka?
adakah aku mampu menjadi mereka?
tidak! bahkan tidak sedikit sama sekali.mungkin hanya kerana aku mengikuti jejak mereka. aku menyaksikan diriku bermusafir.
adakah musafir ini diterima atau dihisab?
hanya Penciptaku yang akan menilai
terkadang aku silap berniat kerana hasutan nafsu
terkadang aku betul berniat kerana alam mendoakankini akan ku tetapkan niat
agar musafir bermakna dunia akhiratakan ku letakkan kalimah agung di hati
malah akan ku letakkan dunia di tangan
walaupun sukar akan ku cuba meminta pertolongan Penciptamusafir ini
aku menyaksikan diri sebenar
sebenar benarnya yang mungkin tidak kamu mengenaliberjalan di dalam kefanaan
terkadang berjalan di kejahilantersengih malaikat melihat
tersenyum syaitan yang terkadang menggenggam kutapi hati ku?
jiwa dan raga ku?ketahuilah dalaman ku sangat meraung mencari lagi pencipta ku.