fairy tale

34 2 1
                                    

Aku selalu berharap kisah cinta aku akan menjadi seindah belle yang berjaya membahagiakan beast dia yang turns out rupa-rupanya seorang prince yang kacak lagi berjaya ataupun seperti kisah cinta cinderella yang berjaya menemui kebahagiaan selepas prince charmingnya membebaskan dia daripada penguasaan ibu dan adik beradik tirinya yang kejam itu.

Happily ever after.

Itu yang aku impikan setiap kali aku dicerca teruk oleh rakan-rakanku di sekolah. Selepas aku dibuli teruk oleh sekumpulan pelajar yang tak kenal erti kesian. Walaupun kehidupan aku tidaklah seteruk cinderella yang hidup sebatang kara which is obvious sebab aku ada keluarga yang selalu support aku tetapi rasa kosong dalam hati ini still...lohong?

"Awak sayang saya tak?" Aku memandang tajam ke arah sepasang mata yang garang di hadapan aku ini.

"Kau ni dah kenapa? Sakit eh? Hahahha!" Makhluk berupa seperti Maleficent yang memakai tudung sekolah secara tiba-tiba menyampuk perbualan antara aku dan prince charmingku di sebelahnya. Maleficent tersebut menghentak kepalaku ke dinding tandas sekali lagi.

"Arghh!" Aku menjerit sedikit. Termasuk yang ini, dah lebih 3 kali aku ditahan di dalam sebuah bilik air lama jauh di belakang sekolah. Jarang orang lalu dekat sini jadi walau macam mana pun aku mintak tolong, usaha aku hanya sia-sia sahaja. Sama seperti darah yang kini mengalir deras di kepalaku. Mengotorkan terus tudung sekolahku yang telah dicemari dengan air jamban sebentar tadi. Aku dah biasa jadi semua benda ni sepatutnya tak bagi apa apa effect kat perasaan aku. Tapi ni...

"Sayang dah tak sayang lagi ke kat biy,huh?"aku memandang lagi ke arah prince charming yang sudah siap sedia dengan perakam video di tangannya. Senyuman yang lemah masih terukir di bibirku khas untuk dia. Aku terjatuh ke lantai. Kepalaku rasa berpinar-pinar. Lagi 2 orang minion Maleficent menghampiri aku lalu mengangkat kedua belah tanganku. Mereka mencabut tudung sekolahku dengan kasar membiarkan sahaja rambut yang dipotong pendek ditatap oleh semua orang. Badanku kini dalam posisi seperti Jesus yang disalib cuma tanganku tidak dipaku dan hanya 5 orang sahaja di dalam tandas termasuk aku.

"Gunting baju dia, Rafiq! Sekarang!" Prince charming memberikan perakam video tadi kepada Maleficent lalu mengambil gunting dari dalam poket seluar hijau sekolahnya itu. Aku tersenyum lagi. Dia nak selamatkan aku ke? Dia menghampiri aku. Aku masih lagi menatap wajahnya. Air mataku mengalir perlahan membelah pipiku. Hangat. Matanya masih memandang lantai. Tangannya yang memegang gunting tersebut tergetar-getar dan cuba menghalakan ke arah hujung baju kurung sekolahku.

Kaki ku secara spontan terangkat dan memberikan beban kepada minion Maleficent yang masih memegang erat kedua belah tanganku. Aku mengepit kepala Prince charming ku.

"Sayang dah tak sayang biy lagi ke??"  Aku membuat muka sedih. Air mata laju mengalir di pipi. Aku mengepit kepalanya dengan kuat lagi.

"Ergh! Ergh!" Dia cuba mencari nafas. Tangannya cuba untuk menarik kakiku yang semakin kuat mengepit lehernya.

Bam!

Badanku terhempap ke lantai. Gunting yang dipegang oleh my prince charming tadi terlepas jatuh ke lantai juga. Prince charming dah tak gerak. Kuat sangat ke aku kepit tadi? Kesian prince charming... Salah seorang minion cuba untuk menggapai gunting tersebut. Aku dengan pantas menggapai gunting dan membenamkan gunting ke kepalanya. Darah memercik keluar melekat di baju kurung sekolah yang kotor dan rabak ni. Aku mengesat wajahku yang penuh dengan darah minion tadi dengan lengan baju kurung sekolah. Aku melipat lengan tersebut lalu berlari ke arah minion lagi satu yang masih tercengang di tepi dinding.

Takut eh? Hihihihi.

Aku menendang kuat perutnya. Dia terbatuk kuat. Oh, memanglah. Dah minion sorang ni perempuan. Lemahkan? Tangannya memegang perutnya yang senak itu. Tapi dia lemah. Aku menumbuk wajahnya yang selama ini dipuja lelaki secara bertubi-tubi. Dia jatuh ke lantai. Mungkin kerana tidak larat lagi untuk berdiri menahan seranganku. Saat terbaik. Aku melutut di kedua belah tangannya yang telah aku elok letak di sisi badannya.

"Tolong jangan bunuh aku. Aku ada mak ayah yang tunggu akubkat luar tu." Dia merayu. Huh.

"Habestu yang dari tadi korang cuba nak jahanamkan aku tak fikir pulak aku ada mak ayahkan? Hah!!" Dia menangis. Hah, nangislah nangis. Aku tanpa mempedulikan lagi tangisannya terus menusuk gunting yang aku pegang erat pada kedua belah tanganku ke perutnya secara berkali-kali. Segala perasaan bercampur baur. Puas, geram, takut. Perutnya kini terburai dan hancur. Aku juga secara tidak sengaja telah membiarkan ususnya terburai begitu sahaja. Aku menoleh laju ke belakang. Secara tepatnya ke arah Maleficent yang dok sibuk merakam segala perbuatan aku lagi. Aku senyum ke arahnya. Dia tersentak lalu terundur ke belakang sehingga tiada lagi ruang untuknya berundur. Aku bangun lalu secara perlahan-lahan berjalan ke arahnya. Setapak demi setapak.

"Tolong! Tolong!" Dia menjerit? Haih, dah lupa ke kat sini takde orang. Tangannya yang mengeletar secara tak sengaja telah menjatuhkan perakam video tadi. Aku semakin hampir dengannya sehinggalah hidung kami tersentuh.

"Takut ke?" Soal aku. Nafasnya yang tidak teratur menghembus kuat di bibirku. Heh. Tangan kananku masih bermain dengan gunting berdarah di sebelahku. Dahagakan darah si Maleficent ini pula. Bibir kami bersentuh. Secara paksa aku cuba untuk memasukkan lidahku di dalam bibirnya. Lembut. Tangan kiriku menahan kuat tangan kirinya di dinding. Dadaku menindih dadanya dengan kuat. Aku dapat rasakan matanya terbeliak dengan besar sekali. Hihihihihi.

Tangan kananku kini menyucuk kuat gunting tersebut pada lehernya. Darah memancut keluar dengan laju sehingga terkena baju, rambut dan wajahku. Tetapi aku masih dalam posisi yang sama malah kedua belah tanganku kini menahan kuat kedua belah tangannya. Dadanya berombak dengan kencang. Aku menghalang dia daripada rebah dan terus menggelupur kesakitan sambil aku yang masih menindihnya ke dinding. Lidahku masih bermain dengan lidahnya yang hampir layu. Darah yang keluar daripada mulutnya aku telan. Biarlah tak sesedap jus oren tetapi aku puas. Puas akhirnya menewaskan si Maleficent yang selama ini telah menyumpah hidupku di sekolah ini. Yang selama menghalang aku daripada terus bersama dengan prince charmingku. Lama aku menahannya sehinggalah dia tidak lagi bergerak meronta untuk aku melepaskannya. Aku undur ke belakang sedikit. Dia terjatuh dengan kuat. Aku beralih pula kepada prince charmingku yang masih baring.

Tidur ke sayang?

Aku mengucup lembut bibirnya semula. Lembut dan perlahan. Tidak seganas tadi. Gunting berdarah yang masih berada di tangan kananku aku benamkan kuat di perutku sambil tangan kiriku pula memegang erat tangan kanan prince charmingku yang berasa di sebelah.

"Akhirnya kita akan bersama sayang. Mungkin bukan di syurga tapi kita masih tetap bersama,kan?" Aku menyalurkan segala keperitan di perutku yang berdarah pada tangan prince charming.

Heh.

Segala pandanganku kemudiannya menjadi kabur lalu gelap. Gelap dan sejuk.



......................................................

Please bagi komen tau. Saya pun still baru bab2 buat cerita ni. Jadi segala bentuk komen amatlah dihargai.  😘😁

And kalau rasa cerita ni best please lah vote eh.

Fairy TaleWhere stories live. Discover now