Princess Night

16 0 0
                                    

"Hey, aku nak gak pakai benda tu!" laung aku sambil mengancing shawl yang sentiasa meleret dari kepalaku. roommate aku galak memakai maskara, eyeliner dan apa sahaja bahan yang kau panggil sebagai make up. "datanglah cepat kalau nak pakai! dari tadi asyik dok kancing je," jerit Rif pula walaupun jarak antara kami tidak sampai dua meter pun. aku cepat-cepat melilit shawl di kepalaku dan sebaik sahaja aku pasti bahawa tiada sebarang urat rambut yang terkeluar, aku terus menghadap Rif.

"Hah, cepatlah pakaikan!" aku pejam mata rapat-rapat, meminta dia untuk cepat memakaikan eyeliner yang berada di dalam genggamannya kepada kelopak mataku.

"hishh. geraklah mata kau,"

"alaa. pakaikan jelah. takkan kau nak biar kawan kau yang sorang ni je yang buruk. rosak gambar kau nak post kat ig nanti,"

"yelah, yelah," Rif melalukan eyeliner tersebut dengan berhati-hati pada mataku. sambil itu, fatin mula memasangkan lagu symphony dendangan clean bandit feat zara larsson di smartphonenya.

"Hah!"

"Eh, babilah kau!" jari yang dari tadinya elok melukis pada mataku terus terhenti dek sergahan lagi seorang beruk yang terus melengkapkan kuota roommate di maktab ini; Nurlin.

"Eh, kau ni blahlah. tak pasal-pasal buruk mata aku nanti!" aku menghalau nurlin yang telah lengkap berpakaian dengan dress turqoise bersama dengan lilitan shawl putih yang aku sendiri tak tahu macam mana dia buat di kepalanya. wajahnya telah elok bersolek dan comfirm akan mendapat sekurang-kurangnya 100 likes di ig. dia menjelirkan lidahnya dan sambung membaca novel gantung:2 milikku sementara menunggu kami siap. Rif menyambung kerjanya pada mataku yang sebelah kiri pula.

"wey, nurlin! tolonglah aku. kau kan dah siap. macam mana ni?" fatin menyuakan shawl pinknya kepada nurlin setelah fedup pada percubaan kali ke 4.setelah hampir setengah jam kami bersiap, kami mengambil barang masing-masing dan berlalu keluar daripada bilik. aku tidak lupa pada alat kawalan jarak jauh yang elok telah aku sorok di sebalik lipatan pakaianku di dalam lovcker setelah memastikan roommateku telah berlalu keluar.

aku tak boleh gagal kali ni!

suara hatiku melonjak kegembiraan.

"Cepatlah wey! kau beranak ke apa dalam bilik tu, lama sangat!" Fatin mula menjerit daripada cermin yang terletak dalam jarak 4 bilik daripada bilik kami.

"Ha! ya, ya! aku datanglah ni!" aku cepat-cepat menyusup alat kawalan jauh yang hanya sebesar ipod tersebut di tas tangan hitamku dan terus berlari ke arah mereka yang masih ralit mengambil beberapa gambar. mentang- mentanglah dah cun sekarang , pakai make up.

"Hoi! tangkap gambar tak ajak en," aku menyergah mereka.

"alaa. baru warm up ni. nah jom tangkap gambar sekali," Rif mengangkat fonnya tinggi sehingga cukup wajah kami semua muat di skrin tersebut. antara roommate aku, dia lah yang paling tinggi sekali, jadi untuk mereka yang tinggi di luar sana sedarlah bahawa anda sepatutnya bersyukur.

seteleh mengambil beberapa gambar(hampir berpuluh sebenarnya), kami bergerak ke dewan tempat majlis princess night bertemakan oscar party berlangsung. kami mengambil tempat di bahagian tengah dewan yang telah kami tandakan awal-awal lagi dengan bantuan fatin kerana dia merupakan salah seorang ajk yang menguruskan hiasan dewan petang tadi.

malam tersebut, majlis memulakan acara dengan nyanyian pelajar form 4. flashlight. agak bosan walaupun adalah gempak sikit. lame.

"wey, korang," aku memanggil rakan-rakankusecara berbisik; tidak mahu mengganggu mana-mana manusia di sekitar kami walaupun aku yakin bahawa nyanyian seorang lagi pelajar sama batch dengan aku akan menenggelamkan mana-mana bunyi yang terhasil di dewan ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fairy TaleWhere stories live. Discover now