Aku duduk di meja belajar sebaik sahaja aku selesai mandi.
Aku meng'on'kan laptop lalu membuka youtube.
Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Tanpa membuang masa, aku pun membuka pintu.
"Eo? J-Hope? Kau nak apa?"
"Saja je. Aku bosan la."
Lalu dia terus masuk ke dalam bilikku dan baring di atas katil.
Selamba badak dia je masuk bilik aku tanpa kebenaran. Lantak la.
Aku duduk kembali di meja belajar dan layan youtube.
"Kau layan apa?"
J-Hope membongkok di sebelahku.
"Layan diorang buat dance cover je."
Jawabku tanpa melihat dia. Tumpuan aku lebih kepada screen laptop.
"Sana sikit. Aku nak join jugak."
Dia menolak aku sedikit dan duduk di kerusi yang sama.
Aish dia ni.. ingat bontot kau kecik ke -,-
"Bosan la layan ni. Tengok benda lain la."
Tanpa segan silu, dia search sesuatu.
"Kau layan la sorang-sorang. Aku nak layan phone."
Aku bangun lalu menghempaskan badan di atas katil. Aku mengambil bantal lalu meniarap.
"Weyy J-Hope.."
"Apa?"
"Kau ada instagram?"
"Ada. @junghope94"
Katanya tanpa memandang aku. Syok sangat layan youtube tu. Apa yang dia layan pun aku tak tau la.
Aku search username dia.
Ha.. jumpa pon.. Aku membuka profile dia.
Fuh.. banyk betul followers dia. Beribu kau. Tapi yang dia follow 10 orang je. Macam mana la dia boleh dapat banyak followers. Aku kena tanya dia ni.
"J-Hope~~"
"Wae?"
"Macam mana kau buat followers instagram kau ramai? Share arr sikit petua duh.. aku pun nak followers banyak."
Dari posisi meniarap, aku duduk. J-Hope memandang aku.
"Secret."
Dia tersenyum.
"Alah! Bagitau je la. Tak payah arr kedekut."
Aku mencebik.
"Tak nak bagitau jugak. Kau kena la berusaha duhh kalau nak followers ramai."
"Berusaha apa duh.. following kau 10 orang je. Tapi followers kau beribu. Tak ke masuk akal?"
"Betul kau nak tau?"
Aku mengangguk laju. Gila kau tak nak tau.
"Tapi cara aku agak kejam sikit. Tak la kejam mana. Tapi boleh dikatakan kejam jugak la."
Aku membuat muka -,- kau nak bagitau aku ke kau nak merepek?
"Ha yela. Bagitau je la."
Dia memusingkan kerusi memandang aku.
"Cara aku senang je. Aku follow orang.. then aku.."
"Kau apa? Cakap terus arr woi. Tak payah nak gantung."
YOU ARE READING
[C] babysitter | hoseok.
Fanfiction+ Kerjaya aku sebagai babysitter... Start : 161212 Complete : 170116 ©️ Jung Hoseok's Fanfiction