Kini, aku dah jadi babysitter kepada Liyoung selama sebulan. Biler aku nak balik pun tak tau la.
Tiba-tiba aku teringat dekat eomma. Alahai, rindunya dekat eomma. Dah lama aku tak jenguk eomma selama aku jadi babysitter ni. Erm.. hari ni aku nak pergi rumah la.
"J-Hope~"
Aku mencari J-Hope. Aik? Mana dia ni? Dalam bilik tak ada. Dapur tak ada.
"Jung Hoseok!"
"Apa?"
Dia tiba-tiba muncul dekat belakang aku. Ish dia ni. Nasib baik aku tak melatah.
"Aku nak pergi rumah aku kejap tau."
Macam mintak izin dekat suami pulak. Ehh.. ke situ pulak kau fikir ye Ahri. Entah-entah J-Hope tak ada perasaan langsung dekat kau.
Ye. Jujur aku cakap yang aku dah mula sukakan J-Hope. Sejak biler? Aku pun tak tau sejak biler. Perasaan tu datang tiba-tiba.
"Hoi! Boleh pulak mengelamun. Dah sampai mana? Malaysia?"
Aku mencebik.
"Boleh ke tak?"
"Kau nak buat apa?"
Ish dia ni. Aku tanya, dia pergi tanya aku balik.
"Aku rindu dekat eomma aku. So, aku nak pergi jenguk eomma aku. Dah lama kott sejak aku duduk sini."
Harap-harap la dia bagi. Aku memandang dia dengan muka penuh harapan.
"Erm.. yela."
"Yeay! Tak sia-sia nama kau J-Hope. Hoho.. aku nak pergi bersiap."
Terus aku berlari ke bilikku dengan girang.
Selepas aku dah bersiap, aku turun ke bawah.
"Ahri! Biar aku hantar kau."
"Ehh tak apa la. Aku boleh pergi sendiri."
"It's okay. Aku pun nak keluar jumpa member."
"Okey la."
Aku dan dia keluar rumah lalu masuk ke dalam kereta.
•••
"Alright. Thanks J-Hope."
"No prob. Kalau nak balik, call je aku. Aku boleh ambikkan."
Aku hanya sekadar mengangguk lalu menutup pintu. Aku melambaikan tangan kepadanya.
Tanpa membuang masa lagi, aku terus masuk ke dalam rumah.
"Eomma!"
"Ye y-- omo! Ahri-ah!!"
Aku dan eomma saling berpelukan.
"Huwa.. rindunya dekat eomma."
"Nado!"
Aku meleraikan pelukan. Eomma menarikku ke sofa lalu kami duduk.
"Kenapa lama sangat tak jumpa eomma? Sibuk sangat ke jadi babysitter tu?"
Eomma pout. Eh eh eomma ni. Nak buat muka comel pulak. Tapi tu la, tak jadi. HAHAHAHA. Heol, jahatnya aku.
"Mianhae eomma."
"Gwaenchana. So, kamu duduk sana berapa lama?"
"Mollayo. Ahjumma Jung tak balik lagi dari oversea. Ahri kena duduk sana sampai Ahjumma Jung balik la."
Eomma menganggukkan kepalanya.
"Eh? Ahjumma Jung ada anak lelaki kan?"
"Yup. Eh kenapa eomma tanya? Bukan eomma dah tau ke?"
Eomma tersengih.
"Eomma lupa la."
Aku hanya tergelak kecik.
"Tapikan, boleh la eomma jadikan dia menantu."
Eomma tersenyum penuh makna. Aku dapat rasakan yang muka aku berbahang.
"Ish eomma ni. Apa yang eomma merepek ni? Orang tak suka la dekat dia tu."
Nafiku. Giler kau nak cakap jujur? Malu arr aku nanti duhh..
"Erm.. yela tu. Dah la. Eomma nak pergi masak. Kamu pergi la bersiap dulu."
"Nae.."
Aku bangun dari sofa lalu naik ke bilikku. Aku berjalan ke katil dan menghempaskan badan.
Agak-agak sekarang ni dia tengah buat apa eh? Dah makan ke?
Eh? Dah kenapa aku tetiba cakap pasal dia ni? Baik aku mandi.
Tuala yang elok tersangkut di belakang pintu aku ambik lalu masuk ke dalam bilik air.
•••
Malam sudah pun melabuhkan tirai. Ceh ayat dia 😂
Erm.. baik aku balik sekarang.
"Eomma.. Ahri balik dulu ehh."
"Okey. Balik dengan anak Ahjumma Jung tu kan?"
Lambat-lambat aku mengangguk. Aku tak call J-Hope pun sebenarnya. Saje nak jalan ambik angin malam.
"Mana dia? Tak ada pun dekat depan."
"Erm.. Ahri suruh dia tunggu dengan taman. Okey la eomma. Ahri pergi dulu. Annyeong.."
Siap aku memakai kasut, aku keluar dari rumah.
Wah.. dah lama tak jalan-jalan macam ni. Aku tersenyum nipis.
Tiba-tiba seseorang melanggar bahu aku dengan kuat sehingga aku terduduk. What the.. aku dah lama tak carut ni. Jangan bagi aku mencarut macam dulu la. Aku memandang orang tersebut dengan tajam.
"Tch."
Dia memandang sekilas lalu pergi meninggal aku.
Eeii.. kurang ajar betul. Aku bangun lalu menepuk debu yang terlekat di punggung aku dengan geram.
"Kalau aku jumpa kau lagi, tau la nasib kau."
Baru je aku nak melangkahkan kaki aku semula, tiba-tiba seseorang menekup mulut dan hidung aku dari belakang. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.
Tak lama kemudian, aku rasa lemah sebab terhidu sesuatu dari kain yang ditekup. Dan, pandangan aku gelap.
To Be Continue
YOU ARE READING
[C] babysitter | hoseok.
Fanfiction+ Kerjaya aku sebagai babysitter... Start : 161212 Complete : 170116 ©️ Jung Hoseok's Fanfiction