Aku terlebih sosial

13.6K 92 0
                                    

"Uwahhh,mengantuknya."kata Qila sambil menguap.
"Kau nak balik ke Qila?"tanya rakan Qila iaitu Fifi.
"Mmm,nak balik dah,karang tak pasal-pasal,aku kena tido luar."ujar Qila.
"Ok,bye Qila."ucap Fifi

******
*Di rumah*
Apabila Qila selesai memakir kereta,dia melangkah masuk ke rumahnya.Tiba-tiba dia terdengar seperti seseorang sedang mengaji di bilik solat rumahnya.Dia fikir ayahnya sedang mengaji,tetapi bila diamati suara tersebut,dia mendapati suara tersebut tidak pernah didengarinya sebelum ini.

"Eh,ni bukan suara ayah ni,takkan lah suara ayah sexy macam ni.Tak mungkin.Ya Allah,cairnya aku dengar suara hamba Allah ni."ujar Qila.
Dengan perasaan ingin tahu,Qila pun melangkah menuju ke bilik solat.Dia pun meninjau ke dalam bilik solat dan terkejut serta terkedu apabila melihat lelaki yang kacak,beriman sedang mengajar adiknya mengaji.
"Ya Allah,dahlah suara sexy,muka hensem,putih,mata sepet,bibir pink pulak tu.Eishh,kalau aku dapat dia ni,bertuah betul aku."ujar Qila.
Suara merdu lelaki tersebut mengasyikkan Qila sehingga dia tidak sedar adiknya yang sedang mengaji keluar menghampirinya.
"Kak,kenapa tinjau-tinjau ni?"tanya adiknya.
"Eh,Aiman.Man,sape tu?"tanya Qila pula.
"Oh,tu Ustaz Rayyan,dia ajar Aiman mengaji.Okaylah kak,Aiman nak pegi toilet kejap.Akak jangan macam-macam ae dengan Ustaz Rayyan."kata adiknya.
Qila senyum sinis apabila mendengar kata-kata adiknya.
Lalu dia meluru masuk ke bilik solat dan terus melutut di hadapan Ustaz Rayyan.
"I nak goda u boleh?"tanya Qila sambil menunjukkan reaksi muka comel.
"Allahuakbar,Astaghfirullahalazim!"ucap Ustaz Rayyan kerana terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Qila.
"Boleh tak?"tanya Qila lagi.
"Awak ni siapa?"tanya Ustaz Rayuan kehairanan.
"Saya rasa saya jodoh awak kot."usik Qila.
"Hmmm?"tanya Ustaz Rayyan lagi.
Tiba-tiba,Aiman memegang bahu Qila sambil berkata"Kak,kan Aiman dah kata,jangan buat apa-apa dengan Ustaz Rayyan."ujar Aiman.
"Eh,mana ada akak buat apa-apa dekat Ustaz Rayyan,akak borak je."balas Qila.
"Yelah,tepi kak,Aiman nak sambung mengaji ni."
"Hmm,yelah,bye Ustaz comel,Assalamualaikum."kata Qila kepada Ustaz Rayyan lalu meninggalkan bilik solat.
"Maaflah Ustaz,akak saya tu memang macam tu."ujar Aiman.
"Eh takpe,takpe."Ustaz Rayyan.

Qila kemudiannya berjalan menuju ke bilik ayah dan ibunya.
Pintu bilik ayah dan ibunya diketuk berkali-kali.

"Ibu,bukaklah pintu."ujar Qila.
"Masuk jelah."balas ibunya.
Lalu,Qila terus masuk ke bilik ibu dan ayahnya.
"Ibu,sape yang hire Ustaz Rayyan mengajar adik mengaji tu?"soal Qila.
"Ayah kamu.Kenapa?
"Auchhh,thank you so much ayah."ucap Qila yang gembira dengan kehadiran Ustaz Rayyan.
"Thanks?Kenape?"tanya ayahnya pula.
"Yelah,ayah hire Ustaz untuk bimbing adik ke jalan yang diredhai."balas Qila.
"Adik kamu tu kecik lagi,senang dibentuk,takdelah ayah risau sangat.Ni kamu ni,yang 'rumah kata pergi,kubur kata mari' ni pun tak berubah-rubah lagi."perli ayahnya.
"Haish,haa ni yang malas nak cakap dengan ayah ni,orang tanya sepatah,beribu-ribu patah jawabnya.Bukan tu je,topik pun dah bertukar jadinya."jawab Qila.Lalu melangkah keluar dengan menghetak-hentakkan kakinya,tanda marah.

I Nak Goda U Boleh?Where stories live. Discover now